HUSAM TERSELAMAT TAPI ARIFFAHMI YANG TERPIJAK PAKU.

Sudah terang lagi bersuluh kehadiran Yb.Abd.Hadi Awang dan Datuk Harun Din untuk menasihati Tok Guru Nik Aziz agar memecat menantunya Ariffahmi adalah atas usaha dan nasihat YB.Husam untuk kononnya menjaga nama baik PAS dan Kerajaan Kelantan yang kini bercelaru itu.Apa tidaknya para rakyat Kelantan kini sedang memerhati apakah yang akan dilakukan oleh kerajaan Kelantan jika ada keraguan yang munasabah atas kes pecah amanah itu.
Perlu nampaknya diselesaikan lebih awal sebelum ia berlarutan dan pembuktian dalam siasatan SPRM akan menyusul dalam hal Perbadanan Menteri Besar Kelantan(PMBK).Oleh itu YB Husam cuba dengan sebagai pendesak untuk meletakkan jawatan EXCO dan jawatan dalam PAS adalah bom jangka yang akan memaksa Tok Guru Nik Aziz menolak mentah-mentah Ariffahmi yang dalam bermasalah itu.Akhirnya Yb.Husam terselamat dari terpijak paku yang bertaburan itu.
Apa-apapun kumpulan dalam pengaruh Ariffahmi tidak akan duduk diam dalam hal ini.Pasti akan berlaku rombokan besar dalam EXCO kerajaan Kelantan oleh Tok Guru Nik Aziz dalam sedikit waktu lagi.Kita percaya siapakah yang akan mengambilalih jawatan CEO PMBK ini kelak, kalau bukan orang yang siap siaga untuk berkerjasama dengan sdra Ariffahmi juga.Sebelum ini pun sdra Ariffahmi adalah seolah-olah bayang-bayang Tok Guru Nik Aziz dalam segala urusan PMBK di Kelantan.Oleh kerana YB HUsam tidak bersedia untuk duduk bersekongkol dalam hal yang meragukan di pentadbiran PMBK ini,akhirnya YB Husam menjadi pendesak yang menghancurkan kepercayaan Tok Nik Aziz kepadanya.Kenyataan sdra Ariffahmi yang bila di tamuramah berkaitan perletakan jawatan beliau,beliau hanya patuh dan mengikut gesaan Tok Guru Nik Aziz saja,jadi macam mana dengan Yb.Abd.Hadi dan Datuk Harun Din?Kalau bukan gesaan dan datang dari mulut Tok Guru Nik Aziz sudah tentu sdra Ariffahmi tidak akan melepaskan jawatan CEO PMBK ini.Seperti mana yang sepatutnya beliau sudah lama melepaskannya.
Dinasti Tok Guru Nik Aziz di Kelantan apakah akan berkekalan lama atau akan berlaku perpecahan yang amat ketara dari segi kesediaan juak-juak penentang dalaman yang nampak wujud.Ini juga kita boleh lihat perselisihan pandangan dan pendapat bersama Nasaruddin dengan Tok Guru ini dalam hal menjana Perpaduan.Sudah tentu agenda besar ini tidak akan lenyap begitu saja,Nasaruddin sudah banyak merangka dan mengatur strategi untuk membentuk kerjasama dalam kumpulan pelapisan PAS di Kelantan yang sependapat dengannya.Apa tidaknya sehingga begitu kesanggupan Tok Guru Nik Aziz mengerah Nasaruddin keluar PAS dan melepaskan Jawatan dalam PAS.Bukan ini ada 2 kumpulan dalam PAS Kelantan antara Nasaruddin dan Tok Guru!
Adakah YB Nasaruddin hadir bagi terlibat menasihati Nik Aziz dalam hal PMBK ini dan pemecatan Ariffahmi.Tentu sekali tidak.Memang sudah diatur dengan serang jantung di luar Parlimen! Begitu juga dengan sakit tulang belakang Husam.Fikir-fikirkanlah.
11.24.09 (12:56 am) [
edit]
0
Comments
HUSAM TERPIJAK PAKU LALU LETAK JAWATAN PILIHANNYA.
BENARKAH BERPUNCA DARI ISU BESAR DALAM PMBK.KELANTAN.SEKALIGUS MELIBATKAN ABDUL ARIFFAHMI YANG MERUPAKAN MENANTU TUAN GURU NIK AZIZ SENDIRI.SIAPA ANGKARA BERKONSPIRASI UNTUK MENYINGGIRKAN HUSAM
SEOLAH-OLAH PENTADBIRAN KERAJAAN KELANTAN MENABUR RIBUAN PAKU
UNTUK HUSAM MEMIJAKNYA.
IA BUKAN ISU POLITIK TAPI HUSAM NAIK KERANA POLITIK
DAN POLITIKLAH JUGA YANG AKAN
MENGHAKIMI KELEMAHAN KERAJAAN KELANTAN KINI.
KITA TUNGGU SIASATAN SPRM SETERUSNYA.
11.22.09 (9:16 am) [
edit]
0
Comments
PAKATAN RAKYAT TAK SEPAKAT SOAL DALAM SATU SIMBOL GABUNGAN
DE Facto Pakatan Rakyat DSAI bingung dan terkapai-kapai mencari formula untuk mengatasi 1Malaysia yang kini menarik minat dan menyakinkan generasi masa kini.Apakah dengan kuasa yang ada sdra DSAI boleh bermain telunjuk agar sistem 2 parti berjaya terbentuk.Apakah dengan Perlantikkan Penasihat Ekonomi Selangor dengan Harga RM1 itu pengubat hati anak-anak terpelajar ini.GIMIK.Saya percaya PR ini akan berusaha mencari-cari satu idea untuk dapat di war-warkan yang menarik dan menguntungkan PR.
Yang jelas kesepakatan PAS untuk salam mesra bersama DAP tidak banyak menguntungkan untuk PAS,malah PAS terpaksa menerima padah apabila peratus anak muda mula berkurangan untuk menerima perjuangannya yang seakan-akan sudah menyimpang dari hala-tuju yang asal.
Apakah golongan muda ini suka bila PAS boleh berpeluk dan mencium tangan sesama DAP sedangkan agenda Perpaduan yang kuat itu boleh digagalkan dengan alasan dendam kesumat yang tidak sudah-sudah itu.UMNO lebih banyak mengutamakan kepentingan perpaduan semua kaum malah penyatuan orang-orang melayu sudah berabad diangkat oleh Parti Ulung ini.Nyatalah,PR adalah agenda DSAI yang "menghalalkan cara" untuk mencapaikan matlamatnya walaupun orang melayu tidak menyokongnya,tentu pelik bila PAS yang tidak memperjuangkan atas dasar melayu itu dapat tidur sebantal dengan DAP yang tidak menerima Negara Islam terbina di Malaysia.
Apakah benar Tok Guru Nik Aziz sebagai Presiden kerohanian PR dapat persetujuan DAP/DSAI?.Setelah di war-warkan tokoh Islam ke 42 dalam"Top Muslim". Pada saya,DAP sudah cukup bersyukur asalkan dapat sokongan PAS dan PKR untuk kekal mereka menerajui P.Pinang sampai bila-bila.Tidak ada yang berharga yang diberikan PAS dan PKR kepada DAP kalau bukan P.Pinang.DSAI pula pastinya berfikir panjang idea Zaid Ibrahim ini menguntungkan atau membawa rebah kepada batang tubuhnya sendiri.
Kita akan sentiasa menunggu Simbol Gabungan parti PR dan siapakah yang akan mengetuainya nanti!.Sudah tentu PAS tidak akan berdiam diri jika sdra Lim Kit Siang di lantik atau DSAI membolot kesemua jawatan utama dari satu ke satu hingga ketua pembangkang.
11.21.09 (9:18 am) [
edit]
0
Comments
DE Facto atau Diktaktor Anwar.
Rajawali patah sayap akan rebah di kerusi kuasanya dengan sikap angkuh dan halobanya,akhirnya akan terbongkarlah yang disangka intan rupanya kaca itu di mahkamah rayuan setelah hampir waktu sia-sia kepimpinannya yang mengcengkam apa yang diperkatakan Pakatan repuh itu.
11.07.09 (7:33 am) [
edit]
0
Comments
BERKECAINYA PKR DI SABAH
Orang Sabah tahu siapa Anwar Ibrahim dengan konco-konconya yang seumpama kain basahan saja.Kalau orang kampung kami panggil juak-juak PKR ini "air palacahan".Terlalu banyak temberangnya dan berjanji kosong dan tidak ada satupun yang boleh dibanggakan.Dr Jeffrey anak jati Sabah ini sayang terlalu taksub dengan Anwar,tapi tidak mustahil beliau juga akan meninggalkan PKR sedikit waktu lagi.Kita tahu politik Dr ini,beliau juga mempunyai agenda tersendiri untuk kelangsungan politik peribadi beliau.
Jangan harap Anwar dan PKR dapat menganggu gugat kesetiaan rakyat Sabah terhadap BN,khasnya Parti UMNO.Tidak ada satupun jasa yang di bawah Anwar sewaktu beliau pernah berkedudukan tinggi dalam kerajaan.Anwar umpama burung kakak tua yang hanya pandai berkata-kata tetapi tidak tahu apakah yang dikehendaki oleh rakyat Sabah.Rakyat Sabah mencintai kedamaian dan keharmonian,kami hidup dalam pelbagai kaum dan kami dapat berkongsi sama idea dan warisan yang ditinggalkan oleh datuk nenek kami.Kehadiran PKR tidak perlu di bumi Sabah.
Perpecahan berlaku kini dalam PKR Sabah,sudah terang lagi bersuluh.Nyata rakyat Sabah tidak boleh diperbodohkan dalam soal politik semacam wayang kulit itu.Biar seribu kali pilihan raya kecil di Sabah pasti Anwar dan Pakatan Rakyat akan hanyut bagai "si Luncai terjun dengan labu-labu".
Misi 16 Sept GAGAL dan malah berguguran sebiji-biji di telapak tangan dan menjadi tahi.
10.22.09 (7:33 am) [
edit]
0
Comments
PENDUDUK BAGAN PINANG N31: TOLAK PAS
nan jauh tak terjelang,nan dekat tak tertandingi
(sudah terlalu uzur )
10.10.09 (10:42 am) [
edit]
0
Comments
BAGAN PINANG JANGAN JADIKAN KUDA TUNGGANGAN PAS DAN ANWAR
Tan Sri Mohd Isa Samad berdepan dengan calon PAS Zulkifli Mohd Omar di Bagan Pinang jawapan keramat itu akan dapat diketahui pada 11 Oktober ini.Apakah keputusan keramat itu akan membuktikan penduduk Bagan Pinang melakukan pilihan bijak yang tidak berbelah bagi untuk UMNO dan BN sekaligus Penduduk Bagan Pinang merupakan titik sejarah orang-orang melayu di negara ini dapat diperkasakan dalam dunia abad ke 21 ini melalui Parti UMNO untuk terus mencurahkan bakti bukan sahaja kepada mereka malah kepada semua kaum sesuai dengan gagasan 1 Malaysia.
Apa yang nyata,PAS selama ini telah diperkudakan oleh PKR dalam usaha pemimpin de facto mereka Anwar Ibrahim yang selama ini telah bermain wayang yang semakin lama terserlah sikap dan arah tuju yang seolah-olah mengerikan jika kita amati agenda tersembunyi itu.
Bersediakah para juak-juak PAS menerimanya jika pemimpin pun tidak dapat "membaca " apakah disebalik agenda yang tersembunyi itu.
FIKIR-FIKIRKAN LAH.
10.03.09 (9:56 am) [
edit]
0
Comments
SALAM EIDUL FITRI
KITA RASA BERSYUKUR DI ATAS RAHMAT DAN NIKMAT YANG DIBERIKAN OLEH ALLAH SWT YANG MAHA PEMURAH DAN PENGASIH TELAH MEMBERIKAN KITA SEBUAH NEGARA YANG MAKMUR DAN AMAN DAMAI.MALAH KITA DAPAT HIDUP BERSAMA TANPA PERSENGKETAAN SESAMA SENDIRI SEPERTI MANA YANG BERLAKU DI DUNIA LUAR YANG AMAT MENGERIKAN ITU.
MARILAH DALAM GAGASAN 1 MALAYSIA INI KITA SATUKAN MANA YANG TELAH KITA LALAIKAN SELAMA INI DAN KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN APA YANG SELAMA INI KITA TERLEPAS PANDANG.
SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA YANG MULIA INI TANPA KIRA FAHAMAN POLITIK KITA PERLU SEADANYA INSAF DAN SEDAR BAHAWA KITA ADALAH INSAN YANG AMAT LEMAH DAN KEMBALILAH SERTA JABATLAH TANGAN MEMOHON SILAP DAN SALAH APA-APAPUN YANG SELAMA INI KITA TIDAK SEFAHAMAN DAN SEPENDAPAT.
09.23.09 (12:28 am) [
edit]
0
Comments
Blog Saya Di serang lagi!
Sudah hampir sebulan saya tak dapat menulis bermula dari Sambutan Hari Kemerdekaan 2009
Bolg ini di serang dengan penghantaran virus dan cuba merosakkan skrip yang ada.Pada saya mereka yang melakukan adalah dayus dan sangat menjejekkan.Saya perlu bersabar dan membaiki apa-apa yang diperlukan untuk meneruskan Merubah Citra Bangsa yang dimusnahkan oleh para juak PAKATAN RAKYAT yang sangat rakus dan gila kuasa itu.
KETUA PEMUDA UMNO KHAIRY JAMALUDDIN
BERSAMA WARGA EMAS DIPROGRAM NUR RAMADHAN
MASJID UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.
09.08.09 (9:11 am) [
edit]
0
Comments
BENARKAH CALON PAS SONGLAP WANG PILIHANRAYA?
UMPAMA:
APA BOLEH BUAT,SAKIT MENIMPA SESAL TERLAMBAT
SELAMAT MENGUNDI
UNDILAH
DENGAN PENUH BIJAKSANA
DEMI
ANAK BANGSA ANDA
TERJAMIN
DUN PERMATANG PASIR.
08.20.09 (8:10 am) [
edit]
0
Comments