ANTARA PENGKHIANAT BANGSA DAN MENCARUTKAN AGAMA

Kira-kira 300 orang ahli 11 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan depan Menara Dato Onn, PWTC selama sejam mulai jam 10.45 pagi untuk menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa Melayu. Perhimpunan itu diadakan menjelang mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang berlangsung di ibupejabat UMNO yang terletak di menara itu. Sepanjang perhimpunan beberapa orang pemimpin NGO berucap mempertahankan kenyataan Muhyiddin itu. Mereka bersurai tidak lama lepas Timbalan Perdana Menteri tiba untuk menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi BN. Berbagai sepanduk yang mengecam Anwar dan menyokong Muhyiddin dikibar sepanjang perhimpunan itu. - 10/8/2009

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengarahkan polis untuk menyiasat ada blog dan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang yang 'mencarutkan' Islam dalam komen mereka. Menurut beliau, dalam apa-apa pun keadaan, negara mempunyai undang-undang dalam salah satunya Akta Hasutan. "Harap pihak berkuasa siasat dan jika didapati ada kesalahan yang boleh disabitkan maka tindakan perlu diambil terhadap sesiapa pun yang menyebabkan perkara yang dikaitkan dengan hasutan," katanya.

Your Name:


Your Comment: