Momentum Manek Urai: Keluar Dari Tempurung

 

Syabas dan tahniah kepada Pak Pah dan barisan Pemuda UMNO dan Puteri serta Wanita UMNO yang berkerja keras dalam usaha menjamin kelangsungan Parti UMNO di hati rakyat.Kejayaan mengagalkan PAS meraih undi seperti yang mereka jangkaan sehingga tergamam setika dan sukar mempercayainya dengan hanya majoriti 65 undi yang sangat tipis itu.

Kehadiran dan kesangguhan TPM bersama rakyat di Manek Urai dapat memberikan banyak impak dan keyakinan semasa kempen berlangsung.Adalah jelas,kekuatan PM dan TPM dalam agenda satu Malaysia yang dapat di fahami dan diterima rakyat sebagai wadah dan arah tuju membentuk sebuah Negara yang bersatu padu serta membangun seiring dengan pembentukkan bangsa bermaruah menambat hati rakyat.

Pada calon UMNO Tuan Aziz Tuan Mat yang pastinya anda mendapat sokongan yang menyakinkan dan memberikan satu titik awal bahawa orang-orang melayu berpegang pada janjinya untuk bersatu dan berpayung di Parti UMNO yang sememangnya utuh dan menjamin kelangsungan bangsa.Anda adalah yang terbaik untuk Manek Urai,Cuma ada segelintir yang tidak mau keluar-luar dari tempurung parti PAS atau PR itu sendiri.Sokongan yang besar 5283 itu sangat berharga bagai intan yang tidak ternilai,anda pada saya masih berpeluang jika 2013 di letak semula di Manek Urai.Teruskanlah,mencurah bakti di Manek Urai jangan tunggu PRU 13 bergerak sekarang.Anda adalah YB UMNO.

Harus di ingat Kelantan adalah merupakan “puting beliung” yang menggerakkan ancaman dan merubah minda masyarakat melayu sehingga penyebab berlakunya aliran-aliran yang tidak menyokong kepimpinan UMNO ketika ini.Kelantan juga yang menjadikan seolah-olah ikutkan di Semenanjung Malaysia beralih arah sehingga Selangor,Kedah,P.Pinang dan Perak(ketika itu) dapat di rampas PR ke tangan BN.

Tapi dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai pola dan momentum “rebut puting beliung” itu semakin jelas berkurangan dan seakan-akan ada yang mahu keluar dari tempurung kegelapan yang teramat sangat itu.Kacau bilau dalam PAS,pergeseran Datuk Nik Aziz dengan T.Presiden PAS dalam isu perpaduan juga memberikan betapa curangnya ketokohan yang dibanggakan selama ini,sedangkan Islam penganjur perpaduan sejagat tanpa mengira bangsa dan agama.

Campur tangan Defacto Anwar Ibrahim dalam hal dalaman PAS sangat mengecewakan ahli-ahli PAS.Bukan saja semasa beliau sebagai mahasiswa ketika itu tapi sehingga kini mengambil tangan seolah-olah maha tahu.Bila timbul dan berbangkit keperluan bangsa dalam penyatuan perpaduan dengan suasana harmoni dan saling mencurahkan pandangan dan pendapat terhalang dengan hanya seorang individu yang mempunyai agenda tersendiri.Ini sangat merugikan bangsa melayu.

Cetusan dan tanda protes itu di tunjukkan di Manek Urai,orang-orang melayu menyedari UMNO dapat memberikan jaminan dan mempertahankan hak ketuanan melayu yang semakin tercabar dan akan tercabar.Apa yang berlaku di Kedah juga satu pengajaran untuk di sedari,bagaimana jika situasi itu “mereka adalah pemerentah Negara” yang pastinya akan berlaku tuntutan demi tuntutan sehingga kerak pun tiada yang tinggal.

Sampai bila PAS tidur nyenyak di tempurung Pakatan Rakyat.

Your Name:


Your Comment: