NASHARUDDIN BERMAIN WAYANG DI MANEK URAI

 

SAAT AKHIR

Taktik wayang kulit disebalik tabir untuk mendapatkan simpati dan kejutan konon,apabila belaku pertemuan besar beliau dengan Tok Guru Nik Aziz akan dapat mengambil hati pengundi manek urai dengan harga yang cukup mahal setelah isu perpaduan bangsa berkecai tidak semena-mena itu.

Yang pastinya ini akan berlaku!Jika tidak.jelaslah PAS menghadapi permasalahan besar dalam 2 team yang akan membawa kapal yang mempunyai 2 nakhoda yang berlainan arah.

Pengundi di Manek Urai sudah pastinya menyayangi dan mahukan UMNO memimpin dan menerajui

N41 Manek Urai sebaik mungkin.Sejarah membuktikan Manek Urai adalah kerusi yang pernah di menangi UMNO.Isu-isu yang diputar belitkan oleh macai-macai DSAI telah banyak merugikan penduduk di Manek Urai.

Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat: Kita berlainan Parti tapi tujuan adalah sama,untuk mencurah bakti kepada penduduk-penduduk di Manek Urai demi perpaduan kita utuhkan.

Mari kita utuhkan perpaduan bangsa?

khairy:pemimpin PAS seperti Presidennya Datuk Seri Hadi Awang dan timbalan, Nasharuddin Mat Isa jelas tunjuk isyarat mahu perpaduan antara kedua-dua parti demi masa depan orang Melayu dan Islam.

Khairy percaya, ramai pemimpin dan ahli PAS inginkan perpaduan bersama dengan UMNO.
“Dulu Haji Hadi lagilah fanatik hinggan keluar amanat tentang UMNO...kalau dulu beliau radikal, fanatik dan ortodok tapi kini boleh cakap soal nak bincang tentang perpaduan dengan UMNO, apa lagi pemimpin lain kecuali Husam,” katanya.
Menurut Khairy, jika BN menang di Manek Urai maksudnya pengundi PAS menolak perpecahan umat Islam serta syarat mereka menolak Husam bersama kumpulan Erdogan yang menentang hasrat perpaduan orang Melayu.
Sehubungan itu, beliau mempelawa PAS bersama-sama UMNO dan meninggalkan DAP serta PKR sebelum parti itu dihina apabila terpaksa ikut telunjuk pemimpin pembangkang parti lain.
Mengenai calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, Khairy amat yakin Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai itu boleh jadi wakil rakyat yang membawa perubahan kepada penduduk Manek Urai.
“Beliau tak seperti orang lain berebut-rebut nak jadi calon. Tuan Aziz tolak kerana katanya bimbang tidak dapat pikul amanah untuk penduduk Manek Urai. Dia lebih utamakan rakyat daripada dirinya,” ujar Khairy.

 

Your Name:


Your Comment: