Khairy dan Pemuda UMNO Penyejuk Hati Penduduk Manek Urai.

 

Khairy berserta Pemuda UMNO yang pastinya bersiap sedia dengan penuh tawadduk dan merenung sejenak rangka kerja yang baik dan tepat bila saja lampu hijau sudah diperolehi untuk mempastikan calon BN sdra Tuan Aziz Tuan Mat dapat memenangi kerusi Manik Urai.Sebenarnya,persiapan mendekati penduduk Manek Urai dengan berhemah dan menunjukkan kedatangan seluruh Pemuda UMNO adalah untuk kembali merapatkan tali persaudaraan serta bersedia untuk mendengar sebarang permasalahan yang dihadapi penduduk dengan tekun dan sabar.

Pemuda tidak boleh gelojoh dan menunjukkan sikap teramat tahu segalanya,kehidupan dalam suasana kampung tidak sama dengan di bandar,ini kena ingat.Kalau sebelum ini kita perhatikan Pemuda suka sangat dengan membuat dan membawa "slogan atau motto" untuk mana-mana pilihanraya sedangkan ia tidak menepati apa-apapun.

Ketika ini saya merasakan PAS telah menggunakan isu "kelulusan" untuk menarik sempati kepada penduduk Manek Urai.Memang ini disengajakan.Satu serangan secara senyap yang dapat membantu pengundi-pengundi atas pagar mengundi mereka atas dasar simpati.Sehinggakan Media Perdana pun boleh terperangkap bila saja pembaca berita menyebut "Calon Pas Seorang Pemborong Jual Ikan ".Tentu saja pada kita orang bandar ada rasa gelihati dan ketawa tetapi harus diingat Pengundi-pengundi Manik Urai entah apa yang dirasakan mereka.

Kita cukup percaya kali ini pengundi-pengundi Manek Urai akan dapat menerima kembali calon UMNO untuk memimpin dan membawa mereka ke era yang menjamin masa depan dan lebih baik dengan pimpinan Pengerusi UMNO Kelantan yang berwibawa dan baik hati , Datuk Mustapha Mohammad.

Pemuda UMNO datang ke Manek Urai bukan untuk menjalankan satu kerja atau tugasan dalam lingkungan fail-fail yang tertunda,ia datang adalah untuk memulihkan minda dan wadah serta menyakinkan jaminan masa depan orang-orang melayu hanya terjamin dalam UMNO bagi  kesejahteraan seluruh seluruh bangsa melayu itu.Pemuda UMNO juga bukan saja untuk golongan Pemuda tetapi sebagai penyampai maklumat yang tepat dan bernas untuk orang-orang melayu seluruhnya.

Your Name:


Your Comment: