Anwar Gusar Bila Kerajaan Perpaduan Menjadi Kenyataan.

 

Siapa yang tidak gundah-gulana bila PAS mencanangkan Kerajaan Perpaduan,bila ketegasan Tuan Guru Abd.Hadi dalam hal ini dengan sokongan Timbalan Presiden PAS Ust.Nasaruddin setelah menyedari penuh timbang tara yang wajar bagi agama.bangsa dan negara.Sdra Anwar semacam diam dalam kelemasan yang amat sangat,sudah tentu beliau berusaha menyakinkan Tok Guru Nik Aziz bahawasanya usaha murni itu tidak membawa kebaikkan jika cita-cita besar sdra Anwar tidak menjadi kenyataan pulak.

Adalah sesuatu yang mustahil bila Tuan Guru Abd.Hadi memberikan kenyataan dalam ucapan di Muktamar PAS baru-baru ini untuk membina Kerajaan Perpaduan tanpa mengambil kira risiko dan akibat yang akan mendatang pada pimpinan beliau.Sudah tentu ianya telah diperhitungkan sebaik mungkin atau barangkali ada sesuatu yang"diketahui" oleh Tuan Guru ini dalam PR yang tersangatlah sulitnya.

Keikhlasan Presiden UMNO dalam membincangkan kerajaan Perpaduan yang di war-warkan oleh Presiden PAS,jelas menunjukkan sifat terpuji dan menyakinkan rakyat jelata bahawa Datuk Seri Najib bersedia untuk mendengar dalam hal penyatuan umat melayu dan bangsa itu sendiri demi keutuhan agama Islam.

Apa-apapun dalam hal ini,bersediakah Tuan Guru Hj.Hadi merealisasikan usul beliau tanpa gangguan PKR dan DAP?

 

Your Name:


Your Comment: