BILA PAS MENCANANG KERAJAAN PERPADUAN

 

Pada dasarnya dan secara mudahnya, PAS adalah Islam, dan begitu juga dengan UMNO. Dalam situasi sekarang, kedua-dua parti ini sedang menghadapi masalah yang sama, iaitu perpecahan orang Melayu / Islam akibat pentafsiran-pentafsiran yang berbeza tentang agama Islam itu sendiri. Hal tersebut ditambah dengan beberapa isu lain yang menyangkut persoalan masyarakat yang berkaitan pula dengan beberapa bidang merentasi sosiopolitik, juga sosioekonomi.

Justeru, cadangan Setiausaha PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan agar UMNO dan PAS ‘bersatu’, ada eloknya dilihat dari kaca mata positif dan menyisihkan ‘seketika’ sikap prejudis di antara satu sama lain oleh kedua-dua parti yang mewakili umat Islam di Malaysia ini. Juga atas dasar ukhuwah Islamiah, gesaan dan saranan ini sewajarnya disambut dengan hati yang terbuka oleh para anggota kedua-dua parti Melayu-Islam yang terbesar di negara ini.

Menyatukan ummah dan mengelak perpecahan merupakan tugas-tugas kemasyarakatan (muamalat) yang mempunyai kedudukan yang penting, sehingga dihargai lebih tinggi daripada ibadah-ibadah ritual.

Faktor penunjang lahirnya persaudaraan dalam erti luas ataupun sempit adalah persamaan. Semakin banyak persamaan, akan semakin kukuh pula persaudaraan. Persamaan rasa dan cita merupakan faktor dominan yang mendahului lahirnya persaudaraan hakiki, dan pada akhirnya menjadikan seseorang merasakan akan derita saudaranya, menghulurkan tangan sebelum diminta, serta memperlakukan saudaranya bukan atas dasar ‘take and give’.

Islam hadir dengan menekankan hal-hal tersebut, dan menganjurkan kita mencari titik temu persaudaraan. Jangankan terhadap sesama Muslim, terhadap non-Muslim pun demikian. Persaudaraan Islam merupakan idea sosial yang teragung.  Sebarang perbuatan atau tindakan yang boleh merosakkan nilai ini dianggap merosakkan agama. Umat Islam seperti satu jasad atau satu bangunan.  Saling memelihara dan mengukuhkan antara satu sama lain.

'Ukhuwah’ dalam pengertian yang biasa diertikan sebagai ‘persaudaraan&rsquo ;, diambil daripada akar kata yang pada asalnya bererti ’memerhatikan&rsquo ;. Makna asal ini memberi kesan bahawa persaudaraan mengharuskan adanya perhatian semua pihak yang merasa mereka bersaudara. Maknanya, setiap orang Islam hendaklah menanamkan perasaan dalam diri masing-masing bahawa mereka antara satu sama lain adalah bersaudara.

Al-Quran ada menyebut bahawa sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara dan yang menjadikan mereka bersaudara ialah akidah dan keimanan. Keutuhan mereka tidak akan berpecah melainkan jika mereka murtad daripada Islam.

Ukhuwah Islamiah merupakan satu istilah yang sudah diterima di kalangan masyarakat, iaitu suatu ikatan persaudaraan yang berdasarkan iman. Jadi istilah yang lebih tepat sebenarnya adalah ukhuwah imaniyyah kerana di dalam al-Quran, persaudaraan ini memang dikaitkan Iangsung dengan iman. Renungi firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertawakallah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (al-Hujuraat: 10)

Maksud firman Allah s.w.t ini dimulai dengan semacam satu ketetapan bahawa umat Islam pasti akan berpecah-belah. Dalam situasi berpecah-belah itu, masing-masing akan berusaha untuk menghancurkan atau mengalahkan satu sama lain.

Sejarah telah mencatat bahawa peristiwa kewafatan Rasulullah s.a.w hampir mencetuskan pergaduhan sesama Muslim sehingga Umar mengambil inisiatif dengan tegas meminta semuanya bersetuju melantik Abu Bakar sebagai pengganti Rasulullah s.a.w.

Demikianlah seterusnya suasana tidak aman dan konflik timbul di kalangan umat Islam pada zaman pemerintahan Uthman (Bani Umaiyah) dan Ali. Dan jika kembali pada surah AI-Hujuraat ayat 9, ajaran tentang ukuran yang seharusnya dilakukan untuk menyelesaikan konflik, di mana Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya, jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah, jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan dengan adil (menurut hukum Allah), sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”

Seterusnya sangat relevan jika kita renungi firman Allah s.w.t dalam surah al-Hujuraat ayat 11 yang memberi petunjuk atau teknik yang begitu praktikal bagaimana untuk memelihara ukhuwah dalam konteks kehidupan umat Islam sekarang.

Memang sebahagian daripada prasangka itu dianggap sebagai satu sikap waspada. Mungkin pada tempat-tempat atau saat-saat tertentu di mana kita harus berprasangka kepada orang kerana situasi sekarang berkehendakkan begitu sebagai satu ‘kewaspadaan’ . Itu tidak berdosa. Tetapi kalau terlalu berprasangka seperti dinyatakan al-Quran itu, maka besar sekali kemungkinan kita jatuh kepada prasangka yang mengarah kepada dosa.

Demikian al-Quran memberikan dasar ajaran bagi mengubah dan menegakkan ukhuwah lslamiah sebagaimana terkandung dalam surah al-Hujuraat ayat 9 hingga 13 yang memuatkan banyak falsafah ukhuwah lslamiah tersebut. Inti ajarannya ialah mencari jalan damai ketika berselisih, tidak melampaui batas dalam perselisihan, bersikap jujur, saling menghargai dan bersikap rendah hati untuk mengakui kesalahan atau kesilapan sendiri.

Dalam usaha memantapkan ukhuwah lslamiah ini, ia bukan sekadar penjelasan dari segi persamaan pandangan agama atau sekadar toleransi mengenai perbezaan pandangan melainkan yang Iebih penting lagi adalah Iangkah-Iangkah bersama umat Islam sehingga dapat merasakan nikmatnya persaudaraan satu iman itu.

Salah satu hadis yang terkenal dalam persoalan ukhuwah adalah sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada sahabat, Ibnu Umar, yang bermaksud: “Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim yang lain .Ia tidak menganiayanya, tidak pula menyerahkannya (kepada musuhnya). Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi pula keperluannya. Siapa yang melapangkan suatu kesulitan seorang Muslim, Allah akan melapangkan baginya satu kesulitan pula daripada kesulitan-kesulitan yang dihadapi di hari kemudian.”

Persaudaraan dalam Islam berlandaskan iman kepada Allah, cinta kerana Allah dan benci akan sesuatu kerana Allah, dan seseorang mukmin yang merupakan saudara bagi mukmin yang lain mempunyai pertalian persaudaraan yang lebih kuat daripada pertalian darah di kalangan adik-beradik kandung.

Pertalian keimanan inilah yang memperkukuh hubungan sesama individu dalam masyarakat, dan yang menjadikan masyarakat satu unit sosial yang tersusun rapi dan utuh.

Demi memantapkan ukhuwah Islamiah yang diperlukan, bukan sekadar penjelasan segi-segi persamaan pandangan agama atau sekadar toleransi mengenai perbezaan pandangan. Malah yang lebih penting lagi adalah langkah-langkah bersama yang dilaksanakan oleh umat sehingga seluruh umat merasakan nikmatnya.

Justeru kita mengakui al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup, seharusnya kita berusaha mencipta kebaikan dalam kehidupan ini. Kita harus memperbaiki hubungan persaudaraan sesama Islam dan mencipta perdamaian di antara pihak-pihak yang bermusuhan.

Hanya tali Allah s.w.t sahaja yang dapat memberi pegangan kepada semua orang dan dengan nikmat itu mereka dapat hidup sebagai saudara.  Tiada yang dapat menyatukan hati melainkan persaudaraan kerana Allah s.w.t, iaitu persaudaraan yang membuang segala dendam kesumat, sikap mementingkan diri sendiri serta kelompoknya.

Janganlah dilanggar perintah Allah ini sekiranya kita benar-benar sayangkan agama, bangsa dan negara dan tidak ingin melihat kehancuran ummah dan negara di tangan kita sendiri.

Apakah sekarang kita dalam suasana bersatu dengan pengertian yang sebenar-benarnya?

Dipetik dari Portal Islam Hadhari(Ketua Editor)



posted by: Abdullah Ansary (reply)
post date: 06.12.09 (5:09 am)

Perbezaan pendapat antara dua golongan utama dalam PAS ada kaitan dengan kecenderongan Nik Aziz, dengan bisikan anak didik Anwar dalam PAS-Husam dan kamaruddin jaafar- mempercayai janji berbilion dicurahkan ke kelantan jika Anwar jadi PM.

Kedua, Nik Aziz ambil hukum tiada saksi maka Anwar tak ada sondolmi, boleh di sokong.

Ketiga dendam kejatuhan kerajaan PAS Kelantan semasa berpisah dari BN. Dendam inilah puncanya.

Jadi Nik Aziz tidak tertarik dengan hujah haji Hadi yang lebih meletakkan hukum tidak membenarkan ditutup pintu rundingan dalam Islam.

Golongan pro-hadi secara diam tahu tentang masalah tabi'i sex Anwar, dan tidak boleh terima dia sebagai layak menjadi PM. hadi bimbang menyandarkan masa depan parti kepada satu pihak sahaja kerana nanti apbila DAP dan PR dapat lumpuhkan kekuasaan politik orang Melayu PAS akan dituduh bersubahat.

DAP tetap dengan agenda menjatuhkan kuasa politik Melayu, dan menggunakan PKR dan PAS semata-mata untuk tujuan ini. If you can't beat them, join them and then destroy them.

Apa nak dibanggakan PAS apabila Nizar cuma boneka DAP? jadi DAP dah kawal Perak dan Penang. Mana PAS nak pergi nanti? Maaf tapi Tok Guru Nik aziz pandai cakap sahaja tetapi mudah dipengaruhi oleh mereka yang rapat.

haji Hadi dari dulu bukan mudah diperdaya. jadi PAS Kelantan cawangan PKR?



posted by: ku dee (reply)
post date: 06.13.09 (11:47 pm)

Yang jelas sdra,PAS masih bermain wayang kulit dalam mencapai erti perpaduan sebenar itu.Di atas ketidak sependapat para pemimpinnya sangat nyata.Soalnya kenapa Hj.Hadi tiba-tiba tersentak bangun untuk menyedarkan ahli-ahli Pas bahawa erti "Penyatuan Ummah" dan "Perpaduan" itu tidak ada bezanya untuk satu gerakan Islam kembali membina kekuatan bersama.
Apakah kerana juak-juak Anwar telah bermain mata sesama DAP untuk menyekat ke maraan PAS dalam satu Kerajaan Malaysia yang dibina atas Perpaduan tadi.
Awas ,jangan sampai pemimpin PAS diperkudakan sehingga boleh terjadi "meludah ke langit terpercik kemuka sendiri".
Fikir-fikirkanlah.

Your Name:


Your Comment: