Channel Pemuda Siri 2

Perjalanan Pemuda UMNO di dewasa ini tidak boleh lagi di bawah ketiak pucuk pimpinan tertinggi.Pemuda harus bergerak mengikut acuan dan gerak hati yang benar-benar dapat menyakinkan dalam slogan Satu Malaysia khasnya menjurus kepada satu bangsa Malaysia yang majmuk ini.
Pemuda UMNO perlu melepaskan jika benar “Anda Syok Sendiri”, dalam banyak hal.Apa yang perlu Pemuda lebih konsisten dan mempunyai agenda/program yang sangat menarik minat golongan belia kita.Ada banyak mekanisma dalam batang tubuh PEMUDA itu sendiri,yang boleh kita ketengahkan.
Penglibatan Pemuda dalam aktiviti sosial,pendidikan,sukan,h iburan,keagamaan dan kebajikan sangat menarik jika ia lebih diperkasakan dan di permantapkan mengikut tata susila bangsa yang menggabungkan semua Pemuda dalam BN.
Sdra Khairy tidak hanya berperanan sebagai penceramah atau perasmi majlis saja,ini patut di sedari.Yang penting sentiasa mempunyai program mendampingi rakyat jelata khususnya golongan belia dan beliawanis kita.
Kenapa tidak gunakan rangkaian televisyen(ASTRO)untuk satu program khas golongan belia yang diprogramkan sendiri.Saya rasa tidaklah menyukarkan jika ia dapat di jana untuk kebaikkan golongan muda ini yang semakin terhakis jiwa bangsanya dan ini dapat digerap dan digalas dari slogan “Satu Malaysia” itu sendiri.
Pada program rangkaian belia tersebut patut ada :
1.Jiwa dan Raga dalam Satu Malaysia
2.Semangat Sejarahwan
3.Keagamaan
4.Sukan
5.Hiburan
6.Kemasyarakatan
7.Politik tempatan
8.Pendidikan
9.Anugerah/Hadiah(pemenang para belia dalam program)
10.Sudut Pidato
Erti Kemerdekaan..A.Samad.Said