Memperkasakan UMNO Tanggungjawab Bersama Siri 1.

Saya sebelum ini tidak mencetuskan apa-apa idea dan cadangan dalam memperkasakan UMNO,sebagai sebuah parti yang penuh kewibawaan dan banyak berjasa kepada masyarakat Malaysia keseluruhannya.Apatah lagi orang-orang melayu khasnya di Semenanjung Malaysia.
Melihat situasi keputusan di Bukit Gantang dan sebelumnya semacam berdetik hati ini untuk mengutarakan pandangan dan pendapat untuk sama-sama kita menilainya.Pada saya orang Melayu tidak lari di dalam UMNO malah bertahan dalam parti ini.Apa yang kita lihat dan saksikan sebenarnya timbul kumpulan etnik yang lain daripada melayu itu sendiri seolah-olah ada sesuatu yang mereka inginkan dan idamkan.Harus diingat,banyak kerusi orang melayu yang bergantung kepada masyarakat Cina dan India untuk di menangi bagi parti UMNO.Sekitar 80an dan 90an mereka bulat memberikan undi kepada calon UMNO tapi kini mereka beralih arah.
Kenapa ini terjadi?Apakah Anwar telah berjaya manipulasikan pelbagai isu kepentingan mereka atau janji yang terlalu besar yang tidak pernah mereka rasai sebelum ini dalam BN.Saya percaya pemimpin dalam UMNO akan bersedia menerima pandangan dan pendapat dari rakan-rakan mereka dalam BN jika ia sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikkan untuk generasi mendatang.
UMNO tidak bersalah dalam hal ini,pemimpin harus berubah dan membetulkan arah tuju yang lebih dinamik dan mendapat keyakinan dan kepercayaan rakyat jelata.Rakyat tidak bosan kepada UMNO cuma bosan kepada pemimpin yang bercakaran,rasuah dan selalunya memberikan “Mee Segera” bila memerlukannya.
Saya tertarik bila Negeri Sembilan mengadakan satu minggu satu kampung yang di adakan oleh Menteri Besarnya untuk mengetahui permasalahan rakyat di negerinya.Ini idea yang baik dan harus dipuji semoga ia berjalan seperti mana yang dikehendaki.Kalau dilihat di mana-mana pun,kampung sekarang sudah dikuasai oleh mereka yang berpelajaran tinggi malah memegang jawatan tertinggi masyarakat.Inilah generasi masa kini UMNO kena fikirkan.Kalau di Sabah saja ada sebuah kampung,ketua kampungnya berkelulusan Sarjana Ekonomi dari luar negeri(sudah bersara dalam jawatan kerajaan).Jadi tidak hairanlah pengaruh masyarakat kampung dalam menentukan sesebuah parti itu mendapat undi atau tidak terletak pada YB-YB yang kerap mengunjungi mereka.
Kita bukan berada lagi di abad 18,19 dan 20 tapi kini sudah memasuki abad 21 yang mana masyarakatnya berpelajaran,sekurang-kur angnya satu isi rumah mempunyai seorang yang berkelulusan ijazah.Pengaruh mereka dalam kemasyarakatan sangat berfaedah digunakan oleh pihak lawan.
Bayangkan sudah puluhan ribu kader-kader PAS dilahirkan melalui PASTI bermula dari zaman kanak-kanak lagi.Yang pastinya kanak-kanak yang mendapat didikan di PASTI tidak akan lupa pada bulan terang yang diserap dalam sanubari mereka.Itu kejayaan PAS dalam system pendidikan mereka.Tapi apakah UMNO sudah terlupa,PAS hanyalah sebuah parti sedangkan UMNO adalah Parti pemerentah terbesar.Untuk itu KEMAS harus dikaji semula keberkesanannya dalam memacu agenda dan membina negara bangsa yang sebenar.
Kepimpinan Ketua-ketua Cawangan UMNO juga sebaiknya dilakukan anjakan paradigma dengan mengubah stail kepimpinan yang ada dengan satu garis panduan yang lebih mantap dan jitu agar mendapat kepercayaan dan keyakinan masyarakat setempat.Ada baiknya biarlah mereka yang berpendidikan tinggi mengambil alih jawatan tersebut daripada mereka yang tidak bermaya lagi untuk bergerak dan mengadakan siri dialog bersama masyarakat.Harus diingat kebanyakan para belia dalam sesebuah kampung adalah golongan yang berpelajaran dan anak-anak Universiti yang sudah tentu sentiasa melihat perkembangan politik negara.
Terus terang saya katakan kebanyakan ketua-ketua cawangan UMNO tidak dapat membantu mereka yang diatas pagar,ini kerana ada ketua cawangan yang melakukan tabiat “sambil menyelam minum air “saja sifatnya.Ini berlaku bila ada satu-satu pilihanraya berlangsung.
Semoga di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd.Razak dengan Satu Malaysia akan dapat melakukan perubahan dan kejayaan besar yang lebih menyakinkan.Sokongan padu dan secara jujur serta ikhlas kita berdiri teguh di bawah kepimpinan beliau.
Erti Kemerdekaan..A.Samad.Said