Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak : PM Ke 6

 

Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selamat mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru dan sumpah menyimpan rahsia tepat jam 10.10 pagi Jumaat di hadapan Yang di-Pertuan Agong. Majlis mengangkat sumpah yang penuh dengan adat istiadat itu berlangsung dengan disaksikan oleh rakyat seluruh Negara melalui siaran langsung yang disiarkan oleh TV1.

Selesai acara mengangkat sumpah majlis diteruskan dengan pengurniaan Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) kepada isteri beliau Jeane Abdullah yang juga membawa gelaran Tun. Selepas majlis berkenaan, Najib bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor telah pergi ke rumah ibunya Tun Rahah Tan Sri Noah. Setelah menemui bondanya, Najib kemudian menunaikan solat Jumaat bersama-sama dengan Abdullah di Masjid Negara.



posted by: Hajah Rodziah bt Bidin (reply)
post date: 08.10.09 (12:28 am)

Tahniah buat Datuk Seri kerana telah berjaya merubah suasana yang suram kepada suasana ceria di kalangan penduduk Malaysia. Rakyat telah mula bersemangat semenjak Datuk memegang teraju pemerintahan.Harapan kami guru2 veteran agar gaji kami dipertimbangkan berdasarkan pengalaman mengajar dan bukan berdasarkan PTK.Saya ingin menyentuh mengenai kekalahan kawasan Tanjung Malim kepada pembangkang adalah kerana faktor calon. Majoriti penduduk Melayu mengatakan mereka protes orang India sebagai calon kerana majoriti penduduk adalah Melayu . Cadangan saya supaya pada masa akan datang kawasan yang mempunyai penduduk 50 peratus Melayu supaya diletakkan calon Melayu agar tiada lagi undi protes . Terima kasih .

Your Name:


Your Comment: