HIKMAH DISEBALIK KEKALAHAN

Bukan masanya untuk menuding jari di atas kekalahan di P 36 Kuala Terengganu.Nampaknya pucuk pimpinan akan terpaksa melakukan "Post Mortem" dalam gabungan BN itu sendiri.Berlaku kesilapan memilih wakil calon  bukan satu punca yang serius pada pandangan saya,harus diingat ada ketikanya pada waktu-waktu yang lepas calon BN boleh memenangi dengan bergaya tanpa mengambil kira keseriusan dalam hal memilih calon.

UMNO dan BN perlu menjana satu suntikan baru yang dapat mengangkat kembali keperkasaan gabungan ini dengan membuat kajian menyeluruh dan mempastikan fungsi rakan dalam BN memberikan komited yang mempunyai nilai tambah yang bermakna.

Segalanya kita serahkan kepada pucuk pimpinan untuk melakukan sesuatu yang terbaik.Pada pimpinanlah yang kita harapkan agar dapat memartabatkan haratuju Parti UMNO yang tercinta ini.

BN susun semula imej parti kembalikan keyakinan rakyat-Najib

Barisan Nasional menerima kekalahan calonnya Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan perasaan terbuka kerana percaya pada prinsip demokrasi selain menghormati pilihan rakyat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini bukan bermakna akan melemahkan iltizam dan semangat BN untuk terus berkhidmat kepada rakyat tetapi akan melipatkan gandakan usaha memberi khidmat berbakti kepada rakyat.
“BN akan melakukan apa-apa yang perlu untuk menyusun semula imej parti dan dasar serta pendekatan bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN. Saya amat yakin, kesudahannya rakyat akan merasakan BN masih parti terbaik memimpin negara kita,” katanya.
Laporan lanjut...

Your Name:


Your Comment: