HUDUD ANWAR VS HUDUD PAS

Nampaknya PKR menjadi pening lalat bila mana PAS dengan pendiriannya untuk melaksanakan hukum hudud jika berlaku kerajaan baru yang diidam-idamkan mereka selama ini.Manakala De Facto PKR Anwar pula cuba menjadi master mind dalam membetulkan keadaan bila mana DAP tidak bersetuju dalam hal pelaksanaan Hukum Hudud berkenaan. Peliknya Anwar berkata" bahawa hukum hudud hanya terpakai kepada orang Islam dan bukannya di seluruh negara adalah membingungkan lagi".Dalam hal ini PAS mahu mewujudkan sebuah Negara Islam.

UNDILAH CALON BN WAN AHMAD FARID

Untuk memancing undi adalah sangat mudah dan sanggup melakukan kenyataan sehingga lupa kepentingan masyarakat majmuk Malaysia.Nampaknya tidak ada satu dasarpun yang boleh dibanggakan kepada Pakatan Rakyat untuk menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia.Melihat dalam situasi ini mereka sanggup bercakaran sesama sendiri untuk kepentingan parti masing-masing.Arah tuju yang mereka bawa juga sangat kabur,pakatan mereka adalah pakatan yang tidak menjamin kebaikkan untuk rakyat.

Kerjasama yang di war-warkan selama ini juga adalah sangat rapuh.Lakonan demi lakonan cuba diketengahkan sebagai agenda yang tersembunyi.Pengundi di P36 Kuala Trengganu sangat bijak dan pastinya menyedari siapakah yang patut mereka wakili dan memilih pemimpin yang mempunyai wawasan serta kesungguhan untuk membawa kesejateraan rakyat di sana.

 

Your Name:


Your Comment: