Versi 16 Sept: Pengumuman Skrip Untuk Pentas Teater.

Skrip disusun dan diatur dengan cukup menarik dan amat berkesan.Ia boleh saja menyakinkan sesiapa yang mendengarnya.Cara ia dimuntahkan seakan-akan skrip itu amat realiti dan bukannya profolis Sang Rajawali.Entah,berapa lama skrip itu di reka cipta dan di proses bagi membentuk plot sejarah Malaysia yang baru.
Cukup malang skrip itu tidak mendapat keyakinan jitu oleh para alim ulama PAS.Ketidak hadiran Presiden PAS dalam hal ini membuat skrip itu hambar dan ia menjadi pinggiran serta hanyut di buai mimpi yang ngeri.Mungkin Skrip itu wataknya tidak cukup untuk di buat teater agar boleh di pentaskan oleh sdra Dinsman.Atau barangkali,para watak yang ada tidak bisa berlakon dengan menyakinkan seperti Seniman Ulung P.Ramlee.
Bagi mengubah skrip itu,Sang Rajawali mengumumkan ada lebih kurang 32 pelakon yang akan menyokong Sang Rajawali dalam pentas teater itu nanti.Sibuklah para wartawan ingin tahu para pelakon itu.Sedihnya Sang Rajawali,tidak bersedia mengumumkan pelakon hebat yang dimilikinya itu,katanya takut nanti bisa-bisa tak boleh menghafal skrip yang indah dan termahal itu.Oh!Bengong lagi.
Kata Sang Rajawali,beliau bersedia memberikan nama pelakon itu kepada pihak penguasa untuk menyatakan kesediaannya untuk dilakonkan.Tetapi ditolak keras! kerana para pelakon yang dikatakan ada dimilikinya itu hanyalah gimik dan pentas teater yang dibuatnya itu hanyalah sekadar teater LAWAK yang teramat melucukan para audien yang menonton dan menyaksikan.Kita tunggu lagi,barangkali ada lagi skrip baru..
Mendapat Pendidikan Awal di SK Pekan Tawau
1971-1976 Ke Sekolah Menengah Holy Trinity
Tawau 1977 dan SMJK ALL SAINTS Kota Kinabalu
Melanjutkan Pelajaran di Universiti Tempatan dalam Jurusan Teknologi Maklumat.Berkelulusan Bachelor Of Information Technology With Honours.
Erti Kemerdekaan..A.Samad.Said