Permatang Pauh: UMNO Relevan Untuk Menang.

DAP dengan angkuhnya dan percaya bahawa Anwar adalah satu-satunya pemimpin melayu yang telah meletakkan cita-cita mereka dengan jayanya berserta konsep “Malaysian Malaysia” yang dapat diterima pakai oleh PKR dalam agenda politik mereka dewasa ini.

Adalah cukup memeranjatkan bilamana di war-warkan jika berjaya menguasai Parlimen Negara mereka bersedia berkongsi kuasa dengan mengwujudkan jawatan baru bagi Tim.Perdana Menteri daripada bukan melayu.Kebenaran ini belum dapat dipastikan,hanya jika benar ia satu gimik politik bagi mendapatkan sokongan dari pengundi Cina.
Permatang Pauh adalah medan yang harus diguna sebaik mungkin bagi UMNO selaku parti orang-orang melayu perlu menjelaskannya “Agenda Tersirat” itu kepada seluruh rakyat Malaysia dan pengundi-pengundi di Permatang Pauh.
Sesal dahulu pendapatan,Sesal kemudian tidak berguna!UMNO adalah tunggak kekuatan orang-orang melayu,orang melayu harus bersatu.Pemimpin datang dan pergi,namun bangsa melayu tidak seharusnya terkotang-kating di tanahnya sendiri.Politik yang merosakkan perpaduan bangsa adalah sangat merugikan dan ini sudah tentu menyukarkan untuk dipulihkan.
Walaupun tiada sesuatu yang merapatkan jurang yang berbeza di antara UMNO dan PAS.Kepimpinan PAS yang bersedia untuk meneruskan sesi perbincangan walaupun seakan-akan di warung kopi namun maknanya cukup besar dalam melanjutkan perpaduan bangsa dan kekuatan agama itu sendiri.


Erti Kemerdekaan..A.Samad.Said