De Facto PKR Gagal Menghayati Erti Kemerdekaan!
“Ini medan untuk kita merdeka, malam ini saya nak (mahu) isytiharkan moto kita merdeka. Bulan ini bulan ogos, kita merdeka, kita tuntut kemerdekaan. Itu motto kita. Kita hendak merdeka dari kezaliman, kita hendak merdeka dari rasuah, kita nak merdeka dari penindasan, kita nak merdekakan rakyat supaya keadilan tertegak,” kata calon PKR DSAI.

Motto PKR di Permatang Pauh sangat menyedihkan dan semacam mereka yang terpinggir dari arus perdana.Kenapa harus mencemar Kemerdekaan Negara dengan Gimik politik menuntut kemerdekaan rekaan semata-mata bagi mengabui mata,telinga pengundi Permatang Pauh.
Siapa kata kita tidak merdeka dari segi keadilan sosial,masyarakatnya mempunyai leluhur budi kesopanan bangsa dan kepedulian terhadap agama dan negara.
Kenapa harus di bawah pengundi Permatang Pauh masalah peribadi,siapa tertindas siapa?
Kita mempunyai sistem kepolisian yang berhemah dan cukup berkesan serta dihormati diseluruh dunia.Jadi,adalah bohongan semata-mata penindasan berlaku di negara ini!cukuplah permainan politik yang menghalalkan cara bagi mengaut keuntungan dengan membohongi rakyat yang celik ini.Malaysia adalah sebuah negara yang mengariskan kedaulatan undang-undang harus dipatuhi oleh seluruh masyarakatnya dengan dijamin kesejahteraan mereka.
Kerajaan Barisan Nasional pada hari ini mempertahankan itu semua daripada berlakunya sesuatu dari anasir-anasir luar yang sangat memerbahaya.UMNO tidak akan lalai daripada kelecikkan dan agenda wayang kulit DSAI dengan rakan-rakan rapatnya dalam Pakatan Rakyat atau Pakatan Anda.
Saya akan yakin pasti akan berlaku sesuatu yang dapat menyedarkan penduduk Permatang Pauh walaupun kebanggaan itu belum tiba.

Erti Kemerdekaan..A.Samad.Said