Debat 15 Julai Perangkap atau Sandiwara DSAI.
Tajuk: Hari ini membentuk kerajaan,esok turun harga minyak.

Saya tidak melihat betapa perlunya Debat berkaitan isu harga minyak di war-warkan buat masa ini dan tidak perlunya pihak kerajaan membenarkan ianya dilaksanakan.Berdasar pemerhatian dan kajian saya ia cukup menguntungkan di pihak Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi Penasihat PKR Anwar Ibrahim dalam hal ini.
Dalam kenyataan penuh makna Penasihat PKR ini."Kita mahu ambilalih kerajaan kerana hari ini kita ambilaih kerajaan esok harga minyak tetap turun". Kaedahnya saya akan terangkan pada 15 Julai, inilah pertama kali saya nak ajak saudara-saudara tengok televisyen di Malaysia ini.
Dalam hal ini jelas ia akan mempolitikkan isu ini kepada khalayak ramai dan membentuk satu agenda tersirat yang cukup matang bagi apa yang dicanangkan pada September kelak.Itupun antara benar atau tidak.
Imej pemimpin biasanya dilakukan dengan menonjolkan personaliti walaupun fakta dalam debat itu sendiri ada yang mengarut dan tidak berasas.Saya tidak menyatakan Yb.Ahmad Shabery tidak mampu menangkis dan mengeluarkan idea-idea bernas dalam isu harga minyak ini cuma khuathir isu ini akan digunakan oleh pihak pembangkang sebagai gelanggang jongkang jongkit menari rentak sama akhirnya terpijak paku.
Dalam tempoh inilah ruang ini pasti digunakan sebaik mungkin?Persoalan"ta kut" tidak timbul di sini,lagi pun Datuk Shahrir Samad sudah berjaya menjelaskan kepada rakyat sebelum ini.Kenapa lagi perlu melayan kerenah yang tidak membawa impak besar kepada kerajaan yang mendapat mandat rakyat.
Sebaiknya diatur saja pakar ekonomi di pihak kerajaan dan pembangkang mengadakan debat bagi menjelaskan isu harga minyak yang tidak dapat diturunkan itu. Berkompromi sedemikian dalam bertukar pendapat dan idea secara pakar dengan pakarnya adalah lebih baik dan tidak timbul dipolitikkan atau serang-menyerang dalam hal ini.Ini lebih akademik dan menjurus kepada fakta yang lebih global serta menyeluruh.
Sudah barang tentu semua golongan akan memberikan tumpuan minat terutama golongan cerdik pandai,mahasiswa dan para tokoh usahawan sehingga golongan marhaen sekalipun.
Sekali lagi,saya menegaskan tidak ada faedahnya Debat ini dilangsungkan oleh tokoh politik yang berkepentingan "nyata" lagi bersuluh.Tugas negara lagi banyak untuk di martabatkan daripada sibuk mengatur program debat yang tidak sedikitpun mencatatkan sejarah di masa silam kelak.
Sekian.
Mendapat Pendidikan Awal di SK Pekan Tawau
1971-1976 Ke Sekolah Menengah Holy Trinity
Tawau 1977 dan SMJK ALL SAINTS Kota Kinabalu
Melanjutkan Pelajaran di Universiti Tempatan dalam Jurusan Teknologi Maklumat.Berkelulusan Bachelor Of Information Technology With Honours.
Erti Kemerdekaan..A.Samad.Said