SABAH DIANAKTIRIKAN...DIHINA PULA..Sdra Anifah.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Terima kasih YB, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya dengan YB, ada berapa kali YB datang ke negeri Sabah?
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Dua tiga kali.
Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Dua tiga kali tidak mencukupi YB untuk menilai rasa hati orang-orang Sabah. Jadi kalau YB seperti Ahli-ahli YB daripada Sabah yang sering menyuarakan tentang... (ada yang minta laluan) ...Tunggu sekejap, tentang perasaan rakyat Sabah. Barangkali inilah daripada satu punca masalah bahawa apabila ada pemimpin-pemimpin datang dua tiga kali sudah membuat satu rumusan, bahawa Sabah itu apabila mereka datang cuma sampai ke Kota Kinabalu sahaja YB. Tidak pergi kawasan-kawasan seperti Kinabatangan, Beluran dan kawasan Kalabakan. Jadi inilah satu fenomena yang kita sama sekali kita menolak oleh kerana datang ke Sabah dua kali, tiga kali sudah membuat andaian. Sedangkan kita yang selaku Ahli YB yang turun ke kawasan pada tiap minggu maka pandangan kita selalu diketepikan. Ini daripada satu masalah, masalah pemimpin-pemimpin kita termasuklah YB dari Kuala Krau. (minta laluan) Ya, YB Kota Belud.



Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Tuan Yang di-Pertua, Ahli YB daripada Kota Belud, bahawa bukan kita yang menetapkan tarikhnya. Itu adalah satu-satu isu yang kita mempertikaikan bahawa, biar pun kita dalam satu rumah banglo yang besar, tapi kita tidak merasa nikmat. Nikmat yang dirasai oleh kumpulankumpulan dan orang-orang yang tertentu. Jadi apabila kita bersuara YB, apabila kita mengutarakan perasaan rakyat, mereka menganggap kita hendak melompat. Sudahlah kita dianaktirikan, dihina pula. Jadi kalau sudah dianaktirikan dan di hina pula, ke mana kita nak pergi? Rumah teres pun, tereslah YB. [Ketawa] Apa gunanya banglo kalau sekumpulan sahaja yang merasai nikmat. Kita mahu biarpun teres sama-sama kita kongsi. Kalau pun banglo, sama-samalah kita menikmatinya. (laluan) Jangan separuh banglo separuh teres. Kita dalam banglo pun tidur di tepi tandas, apa gunanya.

Untuk selanjutnya disini
Secara jujur saya mengucapkan terima kasih Datuk dan syabas untuk rakyat SABAH.Masih ada yang sayang NEGERIKU!Mana pemimpin PBS?
Mendapat Pendidikan Awal di SK Pekan Tawau
1971-1976 Ke Sekolah Menengah Holy Trinity
Tawau 1977 dan SMJK ALL SAINTS Kota Kinabalu
Melanjutkan Pelajaran di Universiti Tempatan dalam Jurusan Teknologi Maklumat.Berkelulusan Bachelor Of Information Technology With Honours.
Erti Kemerdekaan..A.Samad.Said