Anwar Ganti MB Selangor?

Jalan buntu dan teramat rumit untuk sdra Anwar yang bergelar Sang Rajawali ini menduduki kerusi singgahsana yang sangat diidamkannya.Para juak-juak Sang Rajawali bertungkus-lumus bergerak kesana-sini melobi dan mengangkat Sang Rajawali yang akhirnya berjaya mendapat gelaran anugerah tokoh paling berpengaruh ke 100 di dunia ini.Hebat.

Namun tugasan itu belum selesai kerana Sang Rajawali tidak terasa gelombang yang mendesak untuk berlakunya peralihan kuasa yang entah bila.Cuma Nujum Pak Belalang saja yang dapat meramalkan kejadian yang ditunggu-tunggu itu berlaku dengan luar biasa.Ia memang luar biasa.

Kekuatan Sang Rajawali ini tidak sehebat sewaktu kepimpinannya di ABIM dulu,kini ia lebih kepada berpolitik yang menghalalkan cara untuk memudahkan proses ke arah tujuan yang satu iaitu KUASA.

Untuk itu,saya mencadangkan agar Sang Rajawali ini mengambilalih kepimpinan Menteri Besar Selangor daripada sdra TS Khalid Ibrahim.Ini akan memperlihatkan dengan jelas bentuk wawasan dan pemerentahan yang ingin dibina oleh Sang Rajawali yang sangat-sangat diharapkan oleh para juak beliau untuk memerentah.Saya rasa,TS Khalid tidak akan berkecil hati,itupun jika Sang Rajawali berjaya untuk memenangi seberang kerusi di DUN Selangor.Apakah akan berlaku sesuatu yang MENAKJUBKAN bila Sang Rajawali ini menjadi MB Selangor dan akan terubahkah segala-segalanya,yang miskin menjadi kaya,yang pemabuk menjadi alim ke masjid,yang gila rasuah menjadi pesedekah atau yang zalim menjadi penyayang..atau mungkinkah akan berlaku "jadi-jadian" yang berpeleseran di Shah Alam.Mampukah Sang Rajawali ini?.Atau cemburukah Tok Guru Nik Aziz di Kelantan?.

Peralihan kuasa di Selangor dari TS Khalid Ibrahim kepada sdra Anwar adalah wajar jika benar-benar Sang Rajawali ini ingin mentadbir dan dituntut oleh para juak Pakatan Rakyat.Mengetuai sesebuah negeri berbanding dengan menjadi TPM adalah berbeza.Pada saya mentadbir sesebuah negeri cukup mencabar dan memberikan kesan jangka pendek bentuk pentadiran yang ingin di bawah oleh peneraju.Oleh itu,Sang Rajawali patut bersedia dahulu mengambil alih pentadbiran Selangor selaku MB barulah ke PM.Itupun jika benar berlaku sesuatu yang "luar biasa".Saya melihat,para idola Sang Rajawali ini sangat mengharapkan itu berlaku.Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat.

 

Your Name:


Your Comment: