BILA WAKTUNYA PEMIMPIN MELAYU MAHU SEPAKAT.

    

Mempertahankan Ketuanan Melayu harusnya kita rujuk kepada sejarah silam,bagaimana para pejuang Melayu ketika itu bersedia untuk bersatu mempertahankan "Bangsa"nya.Mereka dapat menghindari kefahaman atau idealogi dalam aliran yang berbeza pendapat demi rumpun Melayu sentiasa terbela.Sejarah politik orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu bangkit menentang penjajah,kini orang Melayu sudah lupa Tanahairnya sendiri yang dahulunya diperkasakan oleh pemimpin atau pejuang bangsa yang sudah berpergian.Politik dalam perebutan kuasa memerentah menjadi agenda utama untuk direbuti oleh pemimpin Melayu yang kini bercakaran sesama sendiri.

Sudah sampai masanya pemimpin tertinggi orang Melayu di negara ini bersatu dalam bermaufakatan ke arah penyatuan Bangsanya itu sendiri.Sebelum ada yang "meneguk air keruh" jika benar ianya keruh.Sejarah UMNO di dalam sejarahnya penuh liku dan onak berduri ketika di zaman Datuk Onn dan Tengku Abd.Rahman,kenapakah kita lupa?Memangkah orang Melayu itu mudah lupa...atau kita dibuai mimpi yang panjang.Kekuatan orang Melayu terletak di bahu Parti UMNO itu sendiri.Kerana memang UMNO itu Parti Melayu.

Kepentingan Melayu: Pas, PKR sedia muafakat dengan UMNO

 

Your Name:


Your Comment: