Khairy Jamaluddin Bakal Ketua Pemuda UMNO Malaysia?

 

Saya sealiran berfikir dengan sdra Datuk Jamlus Aziz Ketua Pemuda UMNO N.Sembilan bahawa orang yang paling layak menerajui Pemuda UMNO bagi mengganti Datuk Seri Hishammuddin secara ikhlas adalah sdra Khairy Naib Ketua Pemuda dewasa ini.

Berdasarkan pengalaman dan kejayaan beliau membawa arah tuju Pemuda bersama Ketuanya Datuk Seri Hishammuddin perlu minda pemuda ketika ini memikirkan secara rasional dan berhemah.Pada saya,sebarang kritikan yang dilontarkan kepada beliau adalah seumpama permainan politik "cubit paha kanan,paha kira terasa sakit".Beliau menjadi "mangsa" keadaan yang tidak seharusnya sebilangan kecil pimpinan UMNO terikut-ikut.

Memang sesuatu kerugian besar tokoh yang sudah digilap dan banyak melakukan pengorbanan dalam perjuangan parti tidak dapat menyumbang kehadapan sekiranya sdra Khairy tidak diberikan peluang ini.Sebagai ahli biasa,harapan kami ahli-ahli UMNO diseluruh negara biarlah perebutan jawatan itu dilakukan dengan "timbangtara" yang cukup teliti dan jangan bermainkan emosi yang direka cipta oleh mereka yang kecewa.Umno sebuah parti yang utuh dan sudah tentulah berpayung dipersadanya "Melayu Takkan Hilang Di Dunia".

Saya percaya dan yakin pemimpin akar umbi akan menyokong sdra Khairy untuk meneruskan agenda politik melayu di kalangan Pemuda UMNO.

klik di sini.Pemuda NS: Rugi jika tak pilih Khairy

 Bakal Ketua Pemuda UMNO Malaysia ke 11.

 



posted by: che shamsuzuha bin che noh (reply)
post date: 08.09.08 (4:02 am)

umum mengetahui KJ telah menerapkan budaya politik wang yang parah ibarat barah yang semakin sukar untuk diubati. diakui bahawa saudara KJ mempunyai kelebihan pada dirinya sebagai pemimpin, namun orang lain juga mempunyai kewibawaan yang sama. namun jelas dek kerna saudara KJ mempunyai kekayaan yang tidak dimili oleh orang lain, KJ cepat berada di tangga yang agak teratas. strategi DSAI digunapakai untuk memastikan KJ melonjak naik dengan mendadak. yang penting sdejauh manakah perjuangan yang ingin dibawa oleh saudara KJ, adalah sekadar ingin berkuasa atau mengaut kekayaan negara??? jika itulah niat mu sudara KJ, nescaya Malaysia ini akan dipimpin dikalangan mereka yang tidak jujur dan korupsi.

Your Name:


Your Comment: