UMNO - SIAPA PERKASAKAN SIAPA?

Cukup menyedihkan dan teramatlah parahnya nasib batang tubuh UMNO itu bila para pemimpin bercakaran sesama sendiri,entah sampai bila kekalutan ini berakhir! Entah,siapakah yang ingin diperkasakan oleh mereka.Adakah UMNO itu sendiri atau individu yang mengaku tersangatlah perihatin tentang nasib bangsa.Berbulan sudah kedengaran caci-mencaci,seorang mengata dia yang betul,yang lain salah.seorang lagi menyampuk"Akulah pilihan anda".

Kalau dilihat,sudah tentu generasi muda Melayu mengatakan "Aku bosan dengan pemimpin sebegini yang dulunya mengajar tentang kesopanan dan adat budaya yang baik kini ia pula bercakaran sesama sendiri.Tidak adakah jalan "keluar" untuk ini.Apakah dunia politik melayu sudah terlalu sempit.Saya masih yakin,orang-orang melayu boleh bersatu dalam apa keadaan sekalipun.

Saya setuju,biarlah pemimpin menyelesaikan sesama mereka.Namun jangan sampai tatasusila bangsa dicemar dengan tingkah yang cukup"kurang ajar".Dimana Kesopanan dan Kesusilaan kita selama ini.Perebutan kuasa sangat merbahayakan UMNO itu sendiri.Ingatlah pada sejarah UMNO itu sendiri.Dari Parti Negara ke Semangat 46 hingga UMNO diharamkan sehingga kini adakah ia masih bergolak.Jawapan ditangan anda.

Serahkan kepada Ahli-ahli akar umbi untuk menentukan bila tiba Mesyuarat Agung UMNO nanti.Bergeraklah secara tertib dan sopan,bakal pemimpin sentiasa diperhatikan.Bukan untuk setakat merebut jawatan dalam UMNO tetapi bakal menanti PRU13 kelak.Keyakinan rakan UMNO dalam BN sangat diperlukan untuk meneruskan agenda Negara.Cukuplah kecuaian/lalainya para pemimpin UMNO selama ini.

 

Your Name:


Your Comment: