Senasibkah UMNO Senasib Parti GOLKAR?

Melihat kepada ketidak tentuan dalam erti kata kecelaruan Parti Melayu UMNO dewasa ini sangat membimbangkan kita.Walaupun kenyataan Tim.Presiden UMNO Datuk Seri Najib bahawa kedudukkan Parti masih stabil"cuma perlukan suntikan semangat" namun dari pemerhatian kita UMNO kini dalam dalema yang amat sangat.Bermula dari Negeri Perlis dan kini yang paling mendesak ialah Negeri Trengganu.
Apakah penting sangat jawatan Menteri Besar itu dari mempertahankan kewibawaan UMNO dalam menangani krisis demi krisis.Kita orang Melayu kita ada adat-budaya dan kesopanan ,kenapa kita tidak boleh berunding baik dan bertolak-ansur dewasa ini?Sedangkan kini kita cukup tercelar dan untuk berlari pun sangat letih.Batang tubuh UMNO itu lebih penting daripada individu tertentu,perpaduan yang sering dilaungkan pemimpin kita nampaknya tinggal laungan saja.Susah sangatkah untuk kita menerima/cadangan titah Sultan,sedangkan kita diminta taat setia kepada Raja dan Negara.Itu terdapat dalam Rukun Negara.Yang dulunya para generasi muda diarah memahaminya.Cukup meluas di media-massa ketika itu.Kini seolah-olah kita seumpama"melastik getah kedinding kena kemuka sendiri".Betulkah begitu wahai pemimpinku.
Cukuplah kita bergelut dengan tugasan /jawatan yang tidak menjaminkan keamanan dan kestabilan dalam Parti UMNO itu sendiri.Bersatulah dan berikanlah contoh teladan yang baik ketika kita berkrisis sesama sendiri.
Cukup menakutkan kalau kita tidak dapat menerima kenyataan dan membuat kerenah sendiri,akibatnya tidak mustahil lagi nasib UMNO seakan Parti Golkar di Indonesia nanti.Mungkin orang melayu masih ada harapan untuk berpayung di Parti UMNO ini,tapi macam mana pada kaum lain yang muak dengan kerakusan kita dalam merebut jawatan.Adakah sokongan itu boleh lagi kita dapat pada PRU13 kelak.Atau mungkin,jika kelangsungan ini berterusan akan banyak berlaku perpecahan sesama sendiri.Cawangan demi cawangan akan banyak yang bubar.Atau mungkin sangat kendur semangat,akhirnya lompat ke Parti lawan.Siapakah yang dipersalahkan?Saya,awak,k ita..bukan jawapnya PEMIMPIN!
Semoga tulisan sekelumit ini boleh menjadi peringatan dan kesedaran untuk para pimpinan yang telus dan jujur dalam perjuangan Bangsa,Agama dan Negara.
Mendapat Pendidikan Awal di SK Pekan Tawau
1971-1976 Ke Sekolah Menengah Holy Trinity
Tawau 1977 dan SMJK ALL SAINTS Kota Kinabalu
Melanjutkan Pelajaran di Universiti Tempatan dalam Jurusan Teknologi Maklumat.Berkelulusan Bachelor Of Information Technology With Honours.
Erti Kemerdekaan..A.Samad.Said