Pertahankan DEB...Itu maruah Melayu !


Kira-kira 1,000 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat berhimpun di Dataran Shah Alam hari Rabu bagi membantah cadangan PKR dan DAP yang kini memerintah Selangor untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Perhimpunan yang berlangsung di dalam hujan lebat itu menyaksikan perhimpunan yang dinamakan Himpunan Melayu Selangor itu dipenuhi dengan ucapan yang membantah cadangan pihak kerajaan negeri Selangor untuk menghapuskan DEB. Beberapa pemimpin perhimpunan itu dalam ucapannya mengutuk cadangan menghapuskan DEB yang disifatkan mencabar kesabaran orang Melayu. Malah mereka melaungkan slogan Hidup Melayu dan Daulat Tuanku berharap agar Sultan Selangor terus diberikan kekuatan untuk mempertahankan kepentingan orang Melayu di Selangor. Perhimpunan berkenaan berlangsung dalam masa setengah jam dan berjalan dengan aman dan pihak polis kelihatan berkawal di sekitar Dataran Shah Alam sepanjang perhimpunan itu berlangsung. - 19/3/2008

Your Name:


Your Comment: