Isu suruh PM letak jawatan : Mukhriz bebas

Mesyuarat Exco Pemuda UMNO Malaysia hari Selasa memutuskan tindakan exconya Datuk Mukhriz Mahathir yang menghantar surat kepada Perdana Menteri memintanya meletakkan jawatan dianggap tidak bersalah.
Keputusan ini dibuat kerana surat berkenaan bersifat peribadi dan penyebaran surat berkenaan dibuat oleh pihak lain tanpa pengetahun Mukhriz sendiri.
Keputusan Pemuda itu telah disambut dengan tepukan gemuruh oleh para penyokong Mukhriz yang turut berada di luar bilik mesyuarat semasa sidang media diadakan.
Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, ada agenda yang lebih besar yang perlu diselesaikan oleh Pemuda dan Pemuda mahu melupkan episod surat Mukhriz berkenaan.
Sementara itu, Mukhriz ketika ditemui wartawan selepas sidang akhbar berkenaan berkata, beliau tetap berpegang kepada surat yang dihantarnya kepada Perdana Menteri.
Beliau menjelaskan semasa mesyuarat Exco Pemuda keputusan yang dicapai ialah mereka bersetuju untuk tidak bersetuju berhubung dengan isu berkenaan. - 18/3/2008
Erti Kemerdekaan..A.Samad.Said