DAP BERCELARU,PKR-PAS BINGUNG.

 Tun Abd.Razak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:

  • mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan
  • mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991.Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng telah menolak dasar ini dan dengan terang menunjukkan betapa sikap DAP terhadap pemimpin orang melayu yang ingin membantu bangsanya sendiri.Sedangkan dengan jelas proses penyusunan semula masyarakat telah banyak memberikan impak baik dari segi ekonomi malah sosial dan kestabilan politik di negara ini.Tindakan Lim Guan Eng ini telah menunjukkan sudah terang lagi bersuluh"Siapa DAP".Adakah posisinya parti berbilang kaum atau untuk memperjuangkan nasib satu kaum.Fikir-fikirkanlah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memberi amaran kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya tidak membuat kenyataan yang boleh memarakkan ketegangan kaum.

Lim, selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang semalam, memberitahu pemberita bahawa kerajaan negeri pimpinan DAP itu tidak akan mengamalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Lim juga berkata DEB, yang diperkenalkan pada 1971 selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969 untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat, merupakan punca kepada “kronisme, rasuah dan ketidakcekapan.”

Abdullah memberitahu Bernama selepas mengadakan pertemuan dengan para pegawai tinggi kerajaan di pejabatnya di sini bahawa DEB yang diperkenalkan Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sebenarnya telah berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan ini telah memberi faedah kepada semua kaum.

Lihat saja apa yang terjadi di Perak,Barisan yang rapuh ini tidak mungkin dapat tidur sebantal malah hayatnya pun tidak panjang.PAS dan DAP yang sebenarnya umpama langit dan bumi,tidak akan sentiasa sependapat dalam banyak hal.Dalam hal untuk memilih MB pun dah bercelaru inikan pula membela kebajikan dan nasib rakyat.Satu ke hulu yang satu lagi ke hilir,PKR kebingungan entah arah mana yang hendak dibawah kepimpinan negeri yang dimenangi.

Saya tidak tahulah kalau Presiden Pas boleh menerima penolakkan DEB bersama DAP dalam hal ini.Walaupun dikatakan yang dibangkitkan adalah soal"pelaksanaan&quo t; DEB itu sendiri.Dalam hal ini,Kerajaan tidak akan melaksanakan sesuatu dasar kalau bukan telah dibincangkan bersama baik di Parlimen dan dalam Majlis Ekonomi yang mana pihak pembangkang juga adalah ahli panelnya.

 

 

 

 

Your Name:


Your Comment: