Kekalkah Ketuanan Melayu.

Perjalanan yang panjang dan penuh liku perlu banyak yang diperbetulkan.UMNO adalah Parti Pilihan orang melayu dan harus segar dan harum semarbak.Dengan UMNO Ketuanan Melayu dapat dipertahankan,Malangnya ini tidak diperjelaskan kepada generasi muda dewasa ini.Generasi muda terlupa bahawa kita dalam Raja Berperlembagaan di mana kebanyakkan negeri adalah dalam naungan daulat Raja itu sendiri.Lihat apa yang terjadi di Perak.

Semoga Kekuatan UMNO dan kebijaksanaan pemimpin memperbetulkan tanggapan salah yang telah disumbat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ke atas anak-anak melayu.Di abad ke 21 ini,informasi sangat penting.Harus cepat dan pantas sebagai maklumat yang benar dan berkesan.

Akar umbi UMNO tidak harus melatah dan kelam kabut.Perlunya tenang dan berhemah menangani isu-isu yang mendatang.Jangan mudah patah semangat,juang tetap berjuang.Mari kita bersama pemimpin.Kita kembalikan maruah para pejuang UMNO yang telah kembali ke rahmatullah dan memerdekaan negara ini.

 

Adalah menjadi harapan kita pemimpin yang ada .Saya percaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah 2 pemimpin besar yang akan memulihkan kembali calar yang terguris pada gabungan BN.Sokongan tidak berbelah bagi harus kita ketengahkan demi masa depan Ketuanan Melayu tidak terhakis di bumi sendiri.

Perpecahan dikalangan kita harus dielakkan.Kita rapatkan barisan dan marilah wahai Melayu,jangan lupa hari ini terbukti sudah perpecahan di kalangan kita telah diteguk oleh mereka yang mengambil kesempatan nyata.



posted by: Dani Sik (reply)
post date: 03.21.08 (6:33 am)

Kami orang kampung,Pulun sakan tapi orang atas berebut kedudukan,ahli biasa macam kami mana ada kuasa,suara kami bukan orang nak dengar,kami sayangkan UMNO...Tolonglah ORANG ATAS jangan guna parti untuk KEPENTINGAN PERIBADI...,Kami nak rapat barisan macamana,orang atas pun tak boleh belaga bahu..



posted by: kudee (reply)
post date: 03.22.08 (5:48 am)

Ya.Saya percaya sdra masih sayangkan UMNO.Parti Ketuanan kita.Segala yang sdra luahkan pasti akan diambil perhatian yang sangat serius ditelinga pemimpin kita,baik pemimpin kecil dan besar.Yang penting...agenda melayu harus ada kelangsungan.



posted by: PA DIN Kulai (reply)
post date: 08.15.09 (4:08 am)

Saya sanggat berharap orang UMNO mempunyai sikap Cintakan bangsa dan Negara dengan menghargai setiap sumbangan kearah kebaikan orang melayu dan hindarkan sikap memburukkan pemimpin Melayu sama ada di peringkat atas maupun di peringkat bawah di samping setiap individu sentiasa berfikiran positif ka arah Bersatu, Berjaya orang melayu.

Your Name:


Your Comment: