BERKECAINYA PKR DI SABAH

Orang Sabah tahu siapa Anwar Ibrahim dengan konco-konconya yang seumpama kain basahan saja.Kalau orang kampung kami panggil juak-juak PKR ini "air palacahan".Terlalu banyak temberangnya dan berjanji kosong dan tidak ada satupun yang boleh dibanggakan.Dr Jeffrey anak jati Sabah ini sayang terlalu taksub dengan Anwar,tapi tidak mustahil beliau juga akan meninggalkan PKR sedikit waktu lagi.Kita tahu politik Dr ini,beliau juga mempunyai agenda tersendiri untuk kelangsungan politik peribadi beliau.
Jangan harap Anwar dan PKR dapat menganggu gugat kesetiaan rakyat Sabah terhadap BN,khasnya Parti UMNO.Tidak ada satupun jasa yang di bawah Anwar sewaktu beliau pernah berkedudukan tinggi dalam kerajaan.Anwar umpama burung kakak tua yang hanya pandai berkata-kata tetapi tidak tahu apakah yang dikehendaki oleh rakyat Sabah.Rakyat Sabah mencintai kedamaian dan keharmonian,kami hidup dalam pelbagai kaum dan kami dapat berkongsi sama idea dan warisan yang ditinggalkan oleh datuk nenek kami.Kehadiran PKR tidak perlu di bumi Sabah.
Perpecahan berlaku kini dalam PKR Sabah,sudah terang lagi bersuluh.Nyata rakyat Sabah tidak boleh diperbodohkan dalam soal politik semacam wayang kulit itu.Biar seribu kali pilihan raya kecil di Sabah pasti Anwar dan Pakatan Rakyat akan hanyut bagai "si Luncai terjun dengan labu-labu".
Misi 16 Sept GAGAL dan malah berguguran sebiji-biji di telapak tangan dan menjadi tahi.







Erti Kemerdekaan..A.Samad.Said