DUN PERMATANG PASIR: Rohaizat Othman berwibawa calon muda UMNO.


Habis Akal,Baru Tawakal
Sdra Rohaizat berkelulusan Undang-undang dengan usia semuda 38 tahun adalah merupakan calon Pemuda dan untuk generasi mendatang.Adalah penting masyarakat Permatang Pasir mengalu-alukan seorang tokoh muda ini yang boleh membawa kesejahteraan bagi mereka.Melalui kebiasaannya dapat duduk dan mengambil tahu hal ehwal masyarakat setempat adalah wajar untuknya diberikan sokongan sepenuhnya.
Kalau sebelum ini,DUN Permatang Pasir hanya mendapatkan retorik dan gah dari wajah politik tempang PAS dan kini cuba pula digula-gulakan dengan tokoh kitar semula yang sudah banyak kali ditolak oleh masyarakat pengundi yang pernah ditandinginya.

Kali ini PAS meletakkan calon kitar semulanya Sdra Mohd Salleh Man untuk mendapatkan sokongan khas dari PKR Permatang Pauh dan seterusnya memancing rakyat agar umpan basi ini pun boleh engkau jadikan YB DUN Permatang Pasir .
Umpama:
Ikan Tergantung,Kucing Tunggu
BUAT KETUA PAKATAN PEMBANGKANG

UMPAMA:
ANTARA PENGKHIANAT BANGSA DAN MENCARUTKAN AGAMA
Kira-kira 300 orang ahli 11 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan depan Menara Dato Onn, PWTC selama sejam mulai jam 10.45 pagi untuk menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa Melayu. Perhimpunan itu diadakan menjelang mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang berlangsung di ibupejabat UMNO yang terletak di menara itu. Sepanjang perhimpunan beberapa orang pemimpin NGO berucap mempertahankan kenyataan Muhyiddin itu. Mereka bersurai tidak lama lepas Timbalan Perdana Menteri tiba untuk menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi BN. Berbagai sepanduk yang mengecam Anwar dan menyokong Muhyiddin dikibar sepanjang perhimpunan itu. - 10/8/2009

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengarahkan polis untuk menyiasat ada blog dan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang yang 'mencarutkan' Islam dalam komen mereka. Menurut beliau, dalam apa-apa pun keadaan, negara mempunyai undang-undang dalam salah satunya Akta Hasutan. "Harap pihak berkuasa siasat dan jika didapati ada kesalahan yang boleh disabitkan maka tindakan perlu diambil terhadap sesiapa pun yang menyebabkan perkara yang dikaitkan dengan hasutan," katanya.


Erti Kemerdekaan..A.Samad.Said