Memperkasakan dan memartabatkan UMNO tercinta.

Bukan bermakna kita tercari-cari formula dan menerjah rimba tebal yang seakan mendesak untuk kita terangkan bumi tercinta ini.Apapun siap siaga demi bangsa dan negara yang aman dan makmur ini mesti DIPERTAHANKAN ke tangan mereka yang menjamin keutuhan dan perpaduan masyarakatnya pada bila ia berlaku.Pada kita UMNO adalah tulang belakang dan tunggak bangsa melayu dipersada perjuangan nasionalisnya dan berpegang teguh dengan Islam sebagai kekuatannya.
Kita sangat percaya orang-orang melayu dan generasi muda bangsa tidak akan sangat terpengaruh oleh golongan pemecah-belah bangsa malah UMNO akan mencapai kegemilangannya serta akan bertambah kekuatannya.Hanya usaha dan memberikan keyakinan serta 100% turun padang bertemu rakyat jelata tidak kira bangsa apa sekalipun,sesuai dengan 1Malaysia.
CIRI-CIRI KEPERLUAN MEMARTABATKAN UMNO
1.UMNO HARUS MERUBAH CARA KEPIMPINANNYA,DARI DISEGANI KEPADA DISAYANGI.
2.JENTERA UMNO BAIK DARI ATAS ,PEMUDA ,WANITA DAN PUTERI BERSEDIA MENGHADAPI GOLONGAN MUDA DENGAN MENYAKINKAN MEREKA SERTA MENCORAK KEPIMPINAN MESRA RAKYAT.
3.TIDAK ADA PILIH MEMILIH BAIK KAWAN DAN LAWAN LAYAN DENGAN BAIK DAN SAKSAMA.
4.PROGRAM INSANIAH DAN KEAGAMAAN PERLU DIPERLUASKAN/PELBAGAIKAN KESELURUH NEGARA DENGAN PEMIMPIN NEGERI BERSEDIA UNTUK MENGHADIRINYA.
5.PROGRAM BERSAMA RAKAN DALAM BN DALAM SATU WADAH DIADAKAN DISELURUH NEGARA.
6.ISU-ISU DALAM NEGARA DAN LUAR NEGARA HARUS DITANGANI DENGAN BAIK,JANGAN SAMPAI MENCACAT CELAKAN PARTI.
7.DALAM PENDIDIKAN UMNO HARUS LEBIH KEHADAPAN.MEMBELA BANGSA MISKIN TEGAR DI LUAR BANDAR DENGAN MENGHANTAR PEMIMPIN TEMPATAN,PEMUDA,WANITA DAN PUTERI SENTIASA MENDAMPINGI GOLONGAN INI SERTA DIPROGRAMKAN KESELURUH NEGARA.
- SESI DIALOG BERSAMA PIBG DAN GURU DAPAT MERAPATKAN BARISAN DAN MENYAKINKAN.
8.KENAPA DIBIARKAN PENULIS BLOG PRO UMNO BERJUANG BERSENDIRIAN,KENAPA TIDAK MEREKA INI DIGABUNGKAN DALAM SATU WADAH ATAU DISUSUN DENGAN LEBIH BAIK.
9.TEKNOLOGI MAKLUMAT ICT PERLU DIPERKEMASKAN SENTIASA UNTUK LAMAN UMNO DAN SETIAP NEGERI,BAHAGIAN PERLU ADA WEB PORTAL SENDIRI SEBAGAI JARINGAN MAKLUMAT TERKINI UNTUK AHLI CELIK ICT.
10.BERKAITAN RTM CADANGAN:KENAPA TIDAK MENTERI -MENTERI KITA DIBERIKAN PELUANG DALAM SATU SITUASI IKLAN UNTUK MENGKABARKAN ATAU MENGAJAK RAKYAT BERSAMA KEMENTERIANNYA.CONTOH: PERTANIAN(Menteri turun sawah sambil memberikan kata-kata semangat untuk para petani dll)
AKAN BERSAMBUNG....
07.24.09 (7:55 am) [
edit]
0
Comments
Momentum Manek Urai: Keluar Dari Tempurung

Syabas dan tahniah kepada Pak Pah dan barisan Pemuda UMNO dan Puteri serta Wanita UMNO yang berkerja keras dalam usaha menjamin kelangsungan Parti UMNO di hati rakyat.Kejayaan mengagalkan PAS meraih undi seperti yang mereka jangkaan sehingga tergamam setika dan sukar mempercayainya dengan hanya majoriti 65 undi yang sangat tipis itu.
Kehadiran dan kesangguhan TPM bersama rakyat di Manek Urai dapat memberikan banyak impak dan keyakinan semasa kempen berlangsung.Adalah jelas,kekuatan PM dan TPM dalam agenda satu Malaysia yang dapat di fahami dan diterima rakyat sebagai wadah dan arah tuju membentuk sebuah Negara yang bersatu padu serta membangun seiring dengan pembentukkan bangsa bermaruah menambat hati rakyat.
Pada calon UMNO Tuan Aziz Tuan Mat yang pastinya anda mendapat sokongan yang menyakinkan dan memberikan satu titik awal bahawa orang-orang melayu berpegang pada janjinya untuk bersatu dan berpayung di Parti UMNO yang sememangnya utuh dan menjamin kelangsungan bangsa.Anda adalah yang terbaik untuk Manek Urai,Cuma ada segelintir yang tidak mau keluar-luar dari tempurung parti PAS atau PR itu sendiri.Sokongan yang besar 5283 itu sangat berharga bagai intan yang tidak ternilai,anda pada saya masih berpeluang jika 2013 di letak semula di Manek Urai.Teruskanlah,mencurah bakti di Manek Urai jangan tunggu PRU 13 bergerak sekarang.Anda adalah YB UMNO.
Harus di ingat Kelantan adalah merupakan “puting beliung” yang menggerakkan ancaman dan merubah minda masyarakat melayu sehingga penyebab berlakunya aliran-aliran yang tidak menyokong kepimpinan UMNO ketika ini.Kelantan juga yang menjadikan seolah-olah ikutkan di Semenanjung Malaysia beralih arah sehingga Selangor,Kedah,P.Pinang dan Perak(ketika itu) dapat di rampas PR ke tangan BN.
Tapi dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai pola dan momentum “rebut puting beliung” itu semakin jelas berkurangan dan seakan-akan ada yang mahu keluar dari tempurung kegelapan yang teramat sangat itu.Kacau bilau dalam PAS,pergeseran Datuk Nik Aziz dengan T.Presiden PAS dalam isu perpaduan juga memberikan betapa curangnya ketokohan yang dibanggakan selama ini,sedangkan Islam penganjur perpaduan sejagat tanpa mengira bangsa dan agama.
Campur tangan Defacto Anwar Ibrahim dalam hal dalaman PAS sangat mengecewakan ahli-ahli PAS.Bukan saja semasa beliau sebagai mahasiswa ketika itu tapi sehingga kini mengambil tangan seolah-olah maha tahu.Bila timbul dan berbangkit keperluan bangsa dalam penyatuan perpaduan dengan suasana harmoni dan saling mencurahkan pandangan dan pendapat terhalang dengan hanya seorang individu yang mempunyai agenda tersendiri.Ini sangat merugikan bangsa melayu.
Cetusan dan tanda protes itu di tunjukkan di Manek Urai,orang-orang melayu menyedari UMNO dapat memberikan jaminan dan mempertahankan hak ketuanan melayu yang semakin tercabar dan akan tercabar.Apa yang berlaku di Kedah juga satu pengajaran untuk di sedari,bagaimana jika situasi itu “mereka adalah pemerentah Negara” yang pastinya akan berlaku tuntutan demi tuntutan sehingga kerak pun tiada yang tinggal.
Sampai bila PAS tidur nyenyak di tempurung Pakatan Rakyat.
07.15.09 (7:25 am) [
edit]
0
Comments
NASHARUDDIN BERMAIN WAYANG DI MANEK URAI

Taktik wayang kulit disebalik tabir untuk mendapatkan simpati dan kejutan konon,apabila belaku pertemuan besar beliau dengan Tok Guru Nik Aziz akan dapat mengambil hati pengundi manek urai dengan harga yang cukup mahal setelah isu perpaduan bangsa berkecai tidak semena-mena itu.
Yang pastinya ini akan berlaku!Jika tidak.jelaslah PAS menghadapi permasalahan besar dalam 2 team yang akan membawa kapal yang mempunyai 2 nakhoda yang berlainan arah.
Pengundi di Manek Urai sudah pastinya menyayangi dan mahukan UMNO memimpin dan menerajui
N41 Manek Urai sebaik mungkin.Sejarah membuktikan Manek Urai adalah kerusi yang pernah di menangi UMNO.Isu-isu yang diputar belitkan oleh macai-macai DSAI telah banyak merugikan penduduk di Manek Urai.

Mari kita utuhkan perpaduan bangsa?

Khairy percaya, ramai pemimpin dan ahli PAS inginkan perpaduan bersama dengan UMNO.
“Dulu Haji Hadi lagilah fanatik hinggan keluar amanat tentang UMNO...kalau dulu beliau radikal, fanatik dan ortodok tapi kini boleh cakap soal nak bincang tentang perpaduan dengan UMNO, apa lagi pemimpin lain kecuali Husam,” katanya.
Menurut Khairy, jika BN menang di Manek Urai maksudnya pengundi PAS menolak perpecahan umat Islam serta syarat mereka menolak Husam bersama kumpulan Erdogan yang menentang hasrat perpaduan orang Melayu.
Sehubungan itu, beliau mempelawa PAS bersama-sama UMNO dan meninggalkan DAP serta PKR sebelum parti itu dihina apabila terpaksa ikut telunjuk pemimpin pembangkang parti lain.
Mengenai calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, Khairy amat yakin Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai itu boleh jadi wakil rakyat yang membawa perubahan kepada penduduk Manek Urai.
“Beliau tak seperti orang lain berebut-rebut nak jadi calon. Tuan Aziz tolak kerana katanya bimbang tidak dapat pikul amanah untuk penduduk Manek Urai. Dia lebih utamakan rakyat daripada dirinya,” ujar Khairy.
07.10.09 (7:37 am) [
edit]
0
Comments
Khairy dan Pemuda UMNO Penyejuk Hati Penduduk Manek Urai.

Khairy berserta Pemuda UMNO yang pastinya bersiap sedia dengan penuh tawadduk dan merenung sejenak rangka kerja yang baik dan tepat bila saja lampu hijau sudah diperolehi untuk mempastikan calon BN sdra Tuan Aziz Tuan Mat dapat memenangi kerusi Manik Urai.Sebenarnya,persiapan mendekati penduduk Manek Urai dengan berhemah dan menunjukkan kedatangan seluruh Pemuda UMNO adalah untuk kembali merapatkan tali persaudaraan serta bersedia untuk mendengar sebarang permasalahan yang dihadapi penduduk dengan tekun dan sabar.

Pemuda tidak boleh gelojoh dan menunjukkan sikap teramat tahu segalanya,kehidupan dalam suasana kampung tidak sama dengan di bandar,ini kena ingat.Kalau sebelum ini kita perhatikan Pemuda suka sangat dengan membuat dan membawa "slogan atau motto" untuk mana-mana pilihanraya sedangkan ia tidak menepati apa-apapun.

Ketika ini saya merasakan PAS telah menggunakan isu "kelulusan" untuk menarik sempati kepada penduduk Manek Urai.Memang ini disengajakan.Satu serangan secara senyap yang dapat membantu pengundi-pengundi atas pagar mengundi mereka atas dasar simpati.Sehinggakan Media Perdana pun boleh terperangkap bila saja pembaca berita menyebut "Calon Pas Seorang Pemborong Jual Ikan ".Tentu saja pada kita orang bandar ada rasa gelihati dan ketawa tetapi harus diingat Pengundi-pengundi Manik Urai entah apa yang dirasakan mereka.
Kita cukup percaya kali ini pengundi-pengundi Manek Urai akan dapat menerima kembali calon UMNO untuk memimpin dan membawa mereka ke era yang menjamin masa depan dan lebih baik dengan pimpinan Pengerusi UMNO Kelantan yang berwibawa dan baik hati , Datuk Mustapha Mohammad.
Pemuda UMNO datang ke Manek Urai bukan untuk menjalankan satu kerja atau tugasan dalam lingkungan fail-fail yang tertunda,ia datang adalah untuk memulihkan minda dan wadah serta menyakinkan jaminan masa depan orang-orang melayu hanya terjamin dalam UMNO bagi kesejahteraan seluruh seluruh bangsa melayu itu.Pemuda UMNO juga bukan saja untuk golongan Pemuda tetapi sebagai penyampai maklumat yang tepat dan bernas untuk orang-orang melayu seluruhnya.
07.03.09 (8:35 am) [
edit]
0
Comments