KAMI INGIN AMAN DAN DAMAI,SEDAMAI-DAMAINYA.

  

UNTUK SATU MALAYSIA.

 

KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Keputusan siapa Menteri Besar Perak yang sah telah pun diketahui dan penghakiman dengan berlandaskan hujah-hujah yang kukuh dijadikan sandaran dan perlu difahami oleh seluruh rakyat, bukan sahaja kalangan pemimpin terlibat tetapi juga keseluruhan masyarakat agar polemik krisis Perak dapat ditamatkan.Tentunya, apa yang lebih penting di sebalik keputusan Mahkamah Rayuan semalam adalah hala tuju kepimpinan dalam fokus kepada kebajikan dan kesejahteraan keseluruhan rakyat Negeri Perak.Selain keputusan terhadap siapa Menteri Besar, mahkamah juga menolak permohonan Nizar untuk mengenepikan perintah penangguhan yang diputuskan sebelumnya.Selanjutnya

 

PKR SYOK SENDIRI DI PENANTI

 

PM

Perdana menteri juga menggariskan tiga sebab BN menolak untuk bertanding di kerusi tersebut.
Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.
Kedua,pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.
Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.

 

Kali ini pembangkang terpaksa menari dengan rentak sumbang dan tak menjadi,mungkin sebelum ini mereka mahu sekonyong-konyongnya menari ala metal dan mengganas di pentas politik tapi bila "kamu ketahuan" mahu menggeret masalah dalaman parti ,kamu terpaksalah kini dengan air liur pidato masin yang disambut dengan tangan berbau tahi.

Kecoh Sidang Dewan Perak: Sakit Mata dan Hati Cucu Cicit Tok Perak.

DUN Perak...kemuncak sikap kurang ajar
Walau apa apa pun akan diperkatakan oleh orang luar dan analisa yang akan dibuat oleh mana-mana pihak tentang insiden dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari Khamis...mereka yang berada dalam dewan DUN itu sejak 10 pagi hingga 4.10 petang, dapat melihat dengan mata kepala sendiri apa yang sebenarnya berlaku.
Kesimpulan yang dapat dibuat hanya satu - pembangkang khususnya DAP menunjukkan sikap kemuncak kepada kurang ajar.

Channel Pemuda Siri 2

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Abd.Razak 

Perjalanan Pemuda UMNO di dewasa ini tidak boleh lagi di bawah ketiak pucuk pimpinan tertinggi.Pemuda harus bergerak mengikut acuan dan gerak hati yang benar-benar dapat menyakinkan dalam slogan Satu Malaysia khasnya menjurus kepada satu bangsa Malaysia yang majmuk ini.

Pemuda UMNO perlu melepaskan jika benar “Anda Syok Sendiri”, dalam banyak hal.Apa yang perlu Pemuda lebih konsisten dan mempunyai agenda/program yang sangat menarik minat golongan belia kita.Ada banyak mekanisma dalam batang tubuh PEMUDA itu sendiri,yang boleh kita ketengahkan.

Penglibatan Pemuda dalam aktiviti sosial,pendidikan,sukan,h iburan,keagamaan dan kebajikan sangat menarik jika ia lebih diperkasakan dan di permantapkan mengikut tata susila bangsa yang menggabungkan semua Pemuda dalam BN.

Sdra Khairy tidak hanya berperanan sebagai penceramah atau perasmi majlis saja,ini patut di sedari.Yang penting sentiasa mempunyai program mendampingi rakyat jelata khususnya golongan belia dan beliawanis kita.

Kenapa tidak gunakan rangkaian televisyen(ASTRO)untuk satu program khas golongan belia yang diprogramkan sendiri.Saya rasa tidaklah menyukarkan jika ia dapat di jana untuk kebaikkan golongan muda ini yang semakin terhakis jiwa bangsanya dan ini dapat digerap dan digalas dari slogan “Satu Malaysia” itu sendiri.
Pada program rangkaian belia tersebut patut ada :

1.Jiwa dan Raga dalam Satu Malaysia

2.Semangat Sejarahwan

3.Keagamaan

4.Sukan

5.Hiburan

6.Kemasyarakatan

7.Politik tempatan

8.Pendidikan

9.Anugerah/Hadiah(pemenang para belia dalam program)

10.Sudut Pidato

  

  

semangat cintakan negerimu