Memperkasakan UMNO Tanggungjawab Bersama Siri 1.

 

 

Saya sebelum ini tidak mencetuskan apa-apa idea dan cadangan dalam memperkasakan UMNO,sebagai sebuah parti yang penuh kewibawaan dan banyak berjasa kepada masyarakat Malaysia keseluruhannya.Apatah lagi orang-orang melayu khasnya di Semenanjung Malaysia.

Melihat situasi keputusan di Bukit Gantang dan sebelumnya semacam berdetik hati ini untuk mengutarakan pandangan dan pendapat untuk sama-sama kita menilainya.Pada saya orang Melayu tidak lari di dalam UMNO malah bertahan dalam parti ini.Apa yang kita lihat dan saksikan sebenarnya timbul kumpulan etnik yang lain daripada melayu itu sendiri seolah-olah ada sesuatu yang mereka inginkan dan idamkan.Harus diingat,banyak kerusi orang melayu yang bergantung kepada masyarakat Cina dan India untuk di menangi bagi parti UMNO.Sekitar 80an dan 90an mereka bulat memberikan undi kepada calon UMNO tapi kini mereka beralih arah.

Kenapa ini terjadi?Apakah Anwar telah berjaya manipulasikan pelbagai isu kepentingan mereka atau janji yang terlalu besar yang tidak pernah mereka rasai sebelum ini dalam BN.Saya percaya pemimpin dalam UMNO akan bersedia menerima pandangan dan pendapat dari rakan-rakan mereka dalam BN jika ia sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikkan untuk generasi mendatang.

UMNO tidak bersalah dalam hal ini,pemimpin harus berubah dan membetulkan arah tuju yang lebih dinamik dan mendapat keyakinan dan kepercayaan rakyat jelata.Rakyat tidak bosan kepada UMNO cuma bosan kepada pemimpin yang bercakaran,rasuah dan selalunya memberikan “Mee Segera” bila memerlukannya.

Saya tertarik bila Negeri Sembilan mengadakan satu minggu satu kampung yang di adakan oleh Menteri Besarnya untuk mengetahui permasalahan rakyat di negerinya.Ini idea yang baik dan harus dipuji semoga ia berjalan seperti mana yang dikehendaki.Kalau dilihat di mana-mana pun,kampung sekarang sudah dikuasai oleh mereka yang berpelajaran tinggi malah memegang jawatan tertinggi masyarakat.Inilah generasi masa kini UMNO kena fikirkan.Kalau di Sabah saja ada sebuah kampung,ketua kampungnya berkelulusan Sarjana Ekonomi dari luar negeri(sudah bersara dalam jawatan kerajaan).Jadi tidak hairanlah pengaruh masyarakat kampung dalam menentukan sesebuah parti itu mendapat undi atau tidak terletak pada YB-YB yang kerap mengunjungi mereka.

Kita bukan berada lagi di abad 18,19 dan 20 tapi kini sudah memasuki abad 21 yang mana masyarakatnya berpelajaran,sekurang-kur angnya satu isi rumah mempunyai seorang yang berkelulusan ijazah.Pengaruh mereka dalam kemasyarakatan sangat berfaedah digunakan oleh pihak lawan.

Bayangkan sudah puluhan ribu kader-kader PAS dilahirkan melalui PASTI bermula dari zaman kanak-kanak lagi.Yang pastinya kanak-kanak yang mendapat didikan di PASTI tidak akan lupa pada bulan terang yang diserap dalam sanubari mereka.Itu kejayaan PAS dalam system pendidikan mereka.Tapi apakah UMNO sudah terlupa,PAS hanyalah sebuah parti sedangkan UMNO adalah  Parti pemerentah terbesar.Untuk itu KEMAS harus dikaji semula keberkesanannya dalam memacu agenda dan membina negara bangsa yang sebenar.

Kepimpinan Ketua-ketua Cawangan UMNO juga sebaiknya dilakukan anjakan paradigma dengan mengubah stail kepimpinan yang ada dengan satu garis panduan yang lebih mantap dan jitu agar mendapat kepercayaan dan keyakinan masyarakat setempat.Ada baiknya biarlah mereka yang berpendidikan tinggi mengambil alih jawatan tersebut daripada mereka yang tidak bermaya lagi untuk bergerak dan mengadakan siri dialog bersama masyarakat.Harus diingat kebanyakan para belia dalam sesebuah kampung adalah golongan yang berpelajaran dan anak-anak Universiti yang sudah tentu sentiasa melihat perkembangan politik negara.

Terus terang saya katakan kebanyakan ketua-ketua cawangan UMNO tidak dapat membantu mereka yang diatas pagar,ini kerana ada ketua cawangan yang melakukan tabiat  “sambil menyelam minum air “saja sifatnya.Ini berlaku bila ada satu-satu pilihanraya berlangsung.

Semoga di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd.Razak dengan Satu Malaysia akan dapat melakukan perubahan dan kejayaan besar yang lebih menyakinkan.Sokongan padu dan secara jujur serta ikhlas kita berdiri teguh di bawah kepimpinan beliau.

 

PENGUNDI: BERFIKIRLAH DENGAN TENANG SEBELUM MENGUNDI

BERSATU DALAM BN MENJAMIN MASA DEPAN GENERASI MENDATANG.

 

 

  PASTIKAN ANDA DI BUKIT GANTANG,BUKIT SELAMBAU DAN DI BATANG AI PADA 07.04.2009.

VOTE FOR

 

Dr M kembali ke Umno.

 

Tun Dr  Mahathir Mohamad menyerahkan borang keahlian untuk kembali semula ke pangkuan Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.Turut menyerah borang keahlian untuk menyertai semula Umno ialah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anak lelakinya, Datuk Mokhzani.Borang tersebut diserahkan kepada Najib dalam sidang akhbar selepas mereka mengunjungi perdana menteri, di kediaman rasminya di Sri Satria pagi tadi.

Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak : PM Ke 6

 

Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selamat mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru dan sumpah menyimpan rahsia tepat jam 10.10 pagi Jumaat di hadapan Yang di-Pertuan Agong. Majlis mengangkat sumpah yang penuh dengan adat istiadat itu berlangsung dengan disaksikan oleh rakyat seluruh Negara melalui siaran langsung yang disiarkan oleh TV1.

Selesai acara mengangkat sumpah majlis diteruskan dengan pengurniaan Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) kepada isteri beliau Jeane Abdullah yang juga membawa gelaran Tun. Selepas majlis berkenaan, Najib bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor telah pergi ke rumah ibunya Tun Rahah Tan Sri Noah. Setelah menemui bondanya, Najib kemudian menunaikan solat Jumaat bersama-sama dengan Abdullah di Masjid Negara.

PKR Lemas Di Bukit Selambau

Calon BN, Datuk S.Ganesan

Terbaik Untuk Masyarakat Bukit Selambau.

Calon PKR S Manikumar kelihatan tidak mendapat mandat dan kepercayaan yang boleh di terima oleh pengundi-pengundi di Bukit Selambau.Ini dapat di tinjau apabila anak muda ini di katakan bukan seorang yang banyak pengalaman dalam soal politik kemasyarakatan setempat,ia hanyalah berdasarkan kaitannya dengan bekas calon bebas yang memenanginya serta kekerapannya membantu PKR dalam siri berkempen sebelum ini.

Jelas Datuk S.Ganesan akan dapat laluan mudah jika berjaya mengambil keyakinan dan keperluan masyarakat B.Selambau dalam usaha membantu dan mengatasi sebaik mungkin permasalahan yang di hadapi di sana.

Saya juga melihat T. Chandrarajan calon bebas mempunyai sedikit kemampuan dan pengaruh untuk menggugat yang lainnya.