NEGARAWAN BIJAKSANA DAN TERBILANG DILAHIRKAN UMNO

Teka-teki terjawab hari ini apabila Mantan PM Tun Dr Mahathir menghadiri persidangan UMNO sebelum menutup tirainya selepas pergulungan perbahasan.Beliau mendapat penghormatan dan tepuk gemuruh tanda perwakilan dan yang hadir betapa perlunya seperti kata Presiden UMNO Datuk Seri Najib "Yang penting bukan kepentingan diri, yang penting Umno dan negara kita. Insya-Allah, jika negarawan kita menunjukkan teladan yang baik, kita akan berjaya merapatkan barisan kita.
"Yang di bawah ini akan ikut bersama. Mereka akan mendapat inspirasi daripada negarawan kita," katanya dalam ucapan lantang dan berapi-rapi.
Sudah Pasti Reform dalam UMNO akan mencetus kekuatan parti dan saya cukup yakin dengan kebijaksanaan Presiden UMNO dalam hal ini akan melonjak kecemerlangan UMNO pada masa terdekat ini.Kita tunggu rombakan kabinet dan 2 April setelah penyerahan kuasa.
03.28.09 (6:38 am) [
edit]
0
Comments
MENANG DENGAN AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB BANGSA

Keputusan Pemilihan UMNO 2008-2011
March 27, 2009 : 01.20 AM
---
Pengerusi Tetap
Datuk Paduka Badruddin Amiruldin – 2272 undi
Timbalan Pengerusi Tetap
Datuk Mohamad Haji Aziz
Presiden
Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak (Menang tanpa bertanding)
Timbalan Presiden
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin – 1575 undi
Naib Presiden
1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – 1592 undi
2. Datuk Seri Hishammuddin Hussein – 1515 undi
3. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal – 1445 undi
Ahli Majlis Tertinggi
1. Datuk Mustapa Mohamad – 2259 undi
2. Datuk Noh Omar – 2084 undi
3. Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman – 2084 undi
4. Datuk Azian Osman – 2060 undi
5. Datuk Zainal Abidin Osman – 2054 undi
6. Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed – 1854 undi
7. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob – 1838 undi
8. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin – 1804 undi
9. Datuk Shaziman Abu Mansor – 1705 undi
10. Dr. Mohd. Puad Zarkashi – 1700 undi
11. Datuk Tajuddin Abdul Rahman – 1685 undi
12. Datuk Idris Haron – 1658 undi
13. Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad – 1624 undi
14. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis – 1622 undi
15. Datuk Saifuddin Abdullah – 1619 undi
16. Datuk Dr. Norraesah Mohamad – 1611 undi
17. Datuk Seri Mahdzir Khalid – 1580 undi
18. Datuk Ahmad Husni Mohd Hanadzlah – 1529 undi
19. Datuk Hamzah Zainuddin – 1518 undi
20. Datuk Bung Mokhtar Radin – 1517 undi
21. Datuk Dr. Awang Adek Hussin – 1481 undi
22. Datuk Seri Zulhasnan Rafique – 1431 undi
23. Datuk Ahmad Shabery Cheek – 1377 undi
24. Datuk Seri Idris Jusoh – 1275 undi
25. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim – 1265 undi
03.27.09 (7:28 am) [
edit]
0
Comments
Khairy : Pastikan Datuk Hishamuddin Naib Presiden UMNO.
Ketua Pemuda UMNO yang baru, Khairy Jamaluddin Abu Bakar minta perwakilan pemuda beri undi kepada bekas boss mereka, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

“Saya ada hutang yang belum selesai. Arahan pertama saya pada semua (perwakilan pemuda), esok pagi masuk Dewan Merdeka, kita kena pastikan dia menang. Saya tak boleh terima kalau dia kalah atau kurang undi,” katanya.
Katanya, amanah atau tugas yang diserahkan bekas Ketua Pemuda itu cukup berat.
“Besar tanggungjawab ini. Kalau silap, wajib tegur saya dan yang lain. Kita bukan pemimpin atau manusia terbaik. Pada bila-bila masa, kita perlu sedia ditegur,” tegasnya.
Beliau bagaimanapun mengakui kemenangannya bukan majoriti dan itu jelas tanda barisan dalam Pemuda perlu dirapatkan antara setiakawan, pemuda berani dan berani berubah.
“Dalam barisan baru ini perlu ada pemuda yang berani untuk sama-sama masuk ke kubu lawan, perlu ada yang berani berubah untuk membawa perubahan kepada UMNO atau parti akan rebah,” ujarnya.
Dalam persaingan tiga penjuru itu, Khairy memperolehi 304 undi manakala Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sebanyak 254 undi dan Datuk Mukhriz Mahathir, 232 undi.
Katanya, kemenangan ini catat sejarah kerana pertandingan tersebut menunjukkan semangat demokrasi yang cukup tinggi dan matang oleh semua perwakilan.
03.26.09 (1:40 am) [
edit]
0
Comments
Pak Lah seru dan ikrar sokong Presiden UMNO dan PM baru

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyampaikan ucapan dasarnya terakhir pada Perhimpunan Agung UMNO hari Khamis menyatakan ikrarnya untuk memberikan sokongan padu kepada Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang baru. Serentak dengan itu beliau mengingatkan agar jangan ada pihak-pihak yang bertanggungjawab menjatuhkan pemimpin UMNO di kerusi Perdana Menteri. “Saya menyeru supaya beliau diberikan sokongan yang padu untuk membolehkan beliau membawa negara ke mercu kejayaan yang lebih gemilang. “Saya sendiri berikrar untuk memberikan sokongan padu kepada Presiden UMNO yang baru...kepada Perdana Menteri Malaysia yang baru,” katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh oleh para perwakilan serta pemerhati perhimpunan agung berkenaan. Dalam ucapannya yang disampaikan kira-kira 45 minit itu, Abdullah menggariskan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh UMNO dan usaha-usaha yang perlu dilakukan bagi memantapkan lagi parti berkenaan menghadapi cabaran masa depan.Agenda Daily.
03.26.09 (1:32 am) [
edit]
0
Comments
Tahniah Untuk Ketua Pemuda UMNO Terkini: Khairy Jamaluddin

Persaingan sengit tiga penjuru akhirnya dimenangi oleh naib ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dengan menewaskan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir.
Khairy Jamaluddin mendapat 304 undi, bekas menteri besar Selangor itu (254) dan anak mantan perdana menteri (232).
Syukur Dan Merenunglah Pemuda Bangsa.UMNO Dalam Gerakan Pemudanya Kini,Bersatulah Bertekad Kembalikan Maruah Parti Dalam Siap Siagamu Mengangkat dan memartabatkan Anak Melayu.
Tahniah Untuk Khairy
Semangat Kentalmu dan Cita-cita Membela Bangsa Kami Nantikan.
Klik di sini...
03.26.09 (12:53 am) [
edit]
0
Comments
Khairy mendakwa terdapat agenda untuk menghalangnya bertanding.

Calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau menghormati keputusan Lembaga Disiplin Umno walaupun "saya tidak bersalah"
Dalam reaksinya, ahli Parlimen Rembau itu berkata, apa yang penting, walaupun didapati bersalah, beliau hanya diberi amaran dan dibenarkan bertanding.
"Saya masih boleh bertanding (jawatan ketua Pemuda Umno)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Bagaimanapun, Khairy mendakwa terdapat agenda untuk menghalangnya daripada bertanding jawatan ketua Pemuda Umno hujung bulan ini.
"Saya tahu terdapat agenda tersebut, tetapi saya tidak tahu siapa yang bertanggunggung dan mengapa mereka berbuat demikian.
"Saya tetap tidak bersalah," tambahnya.
Menurutnya, beliau telah memberi penjelasan kepada lembaga disiplin.
Bagaimanapun, katanya, beliau menghormati keputusan yang dibuat oleh lembaga tersebut.
03.17.09 (8:17 am) [
edit]
0
Comments
MELANGGAR ETIKA KEMPEN
Sangat menyedihkan apabila terdapat pemimpin kanan dalam UMNO disahkan melanggar etika kempen dalam merebut jawatan penting dalam UMNO.Persoalannya,adakah bentuk melanggar etika ini serius sehingga tidak dapat bertanding.Kita tidak sekali mempersoalkan Lembaga Disiplin membuat keputusan.Itu kuasa mereka.Kita patut akur.
Betapa seriusnya bila tidak dapat bertanding.Tentulah ramai ahli dan perwakilan terkejut bila pemimpin UMNO yang siap siaga untuk berkhidmat untuk parti terhalang dan didapati bersalah dalam etika berkempen dalam parti.Apa boleh buat.Nasi sudah menjadi bubur.

Apa-apapun pemimpin yang terlibat jangan kecewa untuk meneruskan khidmat kerana ahli/perwakilan faham,kadang-kadang kegelojohan para penyokong kuat membawa akibat dan mungkin sahaja semangat juang terlalu tinggi untuk mengangkat para pemimpin yang disukai itu.
Yang penting selepas Perhimpunan Agung ini kita kembali merapatkan barisan untuk siap siaga menghadapi pilihanraya kecil di 3 kawasan yang menanti untuk kita menenangi.
03.17.09 (8:01 am) [
edit]
0
Comments