PAKATAN RAKYAT RETAK MENUNGGU BELAH!!


Sebelum ini bila kalangan pemimpin Barisan Nasional cakap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi pelopor budaya lompat parti ia dianggap satu propaganda.Semua orang tahu mengenai Pelan 16 Septembernya yang tak menjadi hingga ada drama kejar mengejar para Ahli Parlimen BN yang nak melawat Taiwan tidak lama dulu. Kemudiannya beliau tampil bergaya bila Ahli Dewan Undangan Negeri BN kawasan Bota,Perak Datuk Nasaruddin Hashim melompat 11 hari ke PKR. Tidak timbul soal perlu pilihanraya semula.Bagi Anwar itulah demokrasi.
Namun bila dua Exco Kerajaan Negeri PKR Perak,Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu istihar diri melompat jadi wakil rakyat Bebas beliau terus menjerit kata tak sah. Rupanya dalam barisan pembangkang ramai yang ‘ angin satu badan’ pada Anwar kerana bersikap lidah bercabang dalam soal melompat parti.Ada yang memendam rasa dan ada yang sudah tidak tahan dengan karenahnya.
Ahad,Pengerusi DAP, Karpal Singh lepas bom bila beliau dalam satu sidang akhbar di Georgetown mahu Anwar letak jawatan sebagai Ketua Umum barisan pembangkang. Baginya Anwar tidak layak jadi ketua mereka kerana bertanggongjawab mempromosikan budaya lompat parti hingga mencetuskan ketegangan dikalangan pembangkang.Karpal mengakui ahli PKR dan DAP telah terperangkap dengan retorik Anwar yang menyokong perbuatan wakil rakyat melompat parti.
"Beliau telah menyebabkan cukup masalah dan sudah tiba masa bagi Anwar bertaubat"."Kini masa untuk Pakatan Rakyat memerlukan seorang lagi pemimpin," kata Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor,Pulau Pinang. Difahamkan kalangan pemimpin pembangkang merasakan tamparan hebat bila Anwar terkena jeratnya sendiri dengan tindakan Nasaruddin kembali menyertai UMNO.
Ada yang merasa malu kerana tak tahu nak berjawab lagi dalam soal lompat parti kerana semua tahu Anwar adalah 'kepala' dalam tindak tanduk ini.
Kalangan mereka dikatakan menyalahkan Anwar hingga jatuhnya kerajaan negeri Perak kepada BN kerana nak mengejar cita-citanya merampas kerajaan pusat menerusi pintu belakang.Juga difahamkan selain DAP kalangan pimpinan PAS sendiri berbeza pendapat terhadap gerakan Anwar nak memancing Ahli Parlimen BN menerusi lompat parti.
Mereka yang diketahui kuat mendokongnya hanyalah puak Erdogan - iaitu gelaran bagi kalangan pemimpin PAS yang pro-Anwar diketuai oleh Datuk Husam Musa.- http://www.agendadaily.com/
02.08.09 (5:40 am) [
edit]
0
Comments
APAKAH TERBENTUKNYA KERAJAAN CAMPURAN DI PERAK?
Bila MB Perak PR tidak bersedia untuk meletakkan jawatan atas alasan untuk menunggu keputusan terhadap perundangan dan sidang dewan negeri akan menyebabkan timbul ketidak-tentuan pentadbiran Kerajaan Negeri.
Pandangan Sdra A Kadir Jasin: Tuduhan ketua de fakto PR, Anwar Ibrahim, bahawa BN cuba menubuhkan kerajaan di Perak dengan apa cara pun – by hook or by crook – seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Perancis, AFP, tidak lagi bermakna.Malah hujah beliau bahawa dia dan pakatannya sedang berusaha membubarkan Dewan Undangan Negeri dan memanggil pilihan raya bagi mendapatkan mandat baru daripada rakyat jelata juga sudah tidak meyakinkan lagi.
Kurang dua minggu lalu apabila Nasaruddin belot dan melompat menyertai PKR, Anwar tidak pula mengatakan perlu kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat baru. Malah dia berkata ramai lagi akan menyertai partinya.Bukan itu saja, sepanjang masa dia mengusik dan mengasak untuk menumbangkan Kerajaan BN melalui pembelotan Ahli Parlimen BN, dia tidak sedikit pun menghiraukan mandat yang pengundi berikan kepada BN.
Yang tragik bukan sangat pembelotan oleh Adun PKR dan DAP itu, tetapi implikasi tindakan mereka ke atas pengundi yang menaruh sepenuh harapan kepada PR sebagai pengganti BN.Pembelotan mereka itu juga akan menimbulkan tanda tanya mengenai keutuhan dan integriti PKR sebagai pemangkin gerakan pembangkang.
Lagipun, tidak kira apa jua tuduhan dan selaran yang Anwar dan penyokongnya buat terhadap BN, mereka terpaksa akui bahawa bertepuk tidak boleh sebelah tangan.

Menurut Nizar, beliau akan tetap ke pejabatnya seperti biasa. "Tiada kuasa yang boleh menghalang saya, saya masih Menteri Besar," katanya. Namun, beliau menjelaskan, pendiriannya itu tidak bermakna beliau menderhaka kepada Sultan Perak kerana masih menunggu keputusan mahkamah berhubung dengan kedudukan ADUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang yang telah dirujuk kepada mahkamah. Nizar juga menegaskan, di bawah Undang-Undang Tubuh negeri beliau mempunyai hak untuk mencadangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihan raya diadakan. Namun, permohonannya itu telah pun ditolak oleh Sultan Perak yang tidak memberikan perkenan kepada cadangan berkenaan

Apakah perlunya Pembentukkan Kerajaan Campuran BN/PR?.Ini pernah berlaku di Sabah bila mana PBS dan USNO membentuk kerajaan.Cuma ketika itu kedua parti ini berada dalam BN,lain dengan situasi di Perak.Tapi ini pernah berlaku di Kelantan.Fikir-fikirkanlah.
Apakah ini sudah ketentuan ilahi untuk melihat BN dan PR di Perak menjadi jambatan untuk mengukuhkan kesatuan umat melayu/Islam di Malaysia.
02.05.09 (6:21 am) [
edit]
3
Comments