HIKMAH DISEBALIK KEKALAHAN

Bukan masanya untuk menuding jari di atas kekalahan di P 36 Kuala Terengganu.Nampaknya pucuk pimpinan akan terpaksa melakukan "Post Mortem" dalam gabungan BN itu sendiri.Berlaku kesilapan memilih wakil calon bukan satu punca yang serius pada pandangan saya,harus diingat ada ketikanya pada waktu-waktu yang lepas calon BN boleh memenangi dengan bergaya tanpa mengambil kira keseriusan dalam hal memilih calon.
UMNO dan BN perlu menjana satu suntikan baru yang dapat mengangkat kembali keperkasaan gabungan ini dengan membuat kajian menyeluruh dan mempastikan fungsi rakan dalam BN memberikan komited yang mempunyai nilai tambah yang bermakna.
Segalanya kita serahkan kepada pucuk pimpinan untuk melakukan sesuatu yang terbaik.Pada pimpinanlah yang kita harapkan agar dapat memartabatkan haratuju Parti UMNO yang tercinta ini.
BN susun semula imej parti kembalikan keyakinan rakyat-Najib

Barisan Nasional menerima kekalahan calonnya Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan perasaan terbuka kerana percaya pada prinsip demokrasi selain menghormati pilihan rakyat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini bukan bermakna akan melemahkan iltizam dan semangat BN untuk terus berkhidmat kepada rakyat tetapi akan melipatkan gandakan usaha memberi khidmat berbakti kepada rakyat.
“BN akan melakukan apa-apa yang perlu untuk menyusun semula imej parti dan dasar serta pendekatan bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN. Saya amat yakin, kesudahannya rakyat akan merasakan BN masih parti terbaik memimpin negara kita,” katanya.
Laporan lanjut...
01.18.09 (8:28 am) [
edit]
0
Comments
JASAMU DIKENANG SEPANJANG ZAMAN.

Menteri Pelajaran Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah mengumumkan nama Razali akan diabadikan di sebuah maktab perguruan di utara bandar raya Kuala Terengganu dan sekolah menengah di kawasan Kuala Terengganu.
Institut Perguruan Kuala Terengganu di Batu Rakit akan dikenali Institut Perguruan Dato' Razali Ismail dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar di Kg Gong Tok Nasek ditukar kepada SMK Dato' Razali Ismail berkuatkuasa Jumaat ini.

UMNO dan BN tidak akan melupai segala jasa dan pengorbanan yang selama ini telah di sumbangkan oleh Allahyarham Datuk Ismail Razali kepada dunia pendidikan negara.Semoga rakyat Kuala Terengganu akan mengambil kira keperihatian dan kesungguhan UMNO dan BN untuk meneruskan agenda Allahyarham bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan terus menyokong dan memilih sdra Wan Ahmad Farid.

01.14.09 (6:19 am) [
edit]
0
Comments
Kuala Terengganu: Antara persepsi, emosi dan realiti
Oleh: ROSLAN BIAN

Menjelang tarikh pengundian pilihan raya kecil P 036 atau parlimen Kuala Terengganu yang semakin hampir, belum ada parti sama ada Barisan Nasional (BN) ataupun PAS, berani mendabik dada mengaku sudah berjaya menambat hati 80,299 pengundi.Jentera kempen kedua-dua parti semakin gigih bersaing. Apa yang pasti calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut jauh meninggalkan calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam.Cuaca lembab berterusan dan hujan hampir sepanjang hari sejak Jumaat lalu yang dijangka berterusan sehingga hari pengundian Sabtu ini sedikit sebanyak turut memberi kesan kepada aktiviti kempen selain ada poster, bendera dan sepanduk yang rosak.Sepintas lalu, sejak penamaan calon dan permulaan kempen, tiada isu besar diketengahkan parti-parti yang bertanding.Sama ada isu tempatan atau nasional, PAS dengan sokongan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP seolah-olah ketandusan idea apabila ceramah dan kempen masih memperkatakan soal pemimpin BN rasuah, salah guna kuasa dan isu-isu kecil lain yang tidak relevan.LAPORAN SETERUSNYA.
DAP Keluar Pakatan Jika Hudud Dilaksana : Karpal

DAP mengancam untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat sekiranya PAS masih mahu melaksanakan undang-undang hudud dan qisas jika pembangkang menerajui negara ini.
Pengerusi DAP Karpal Singh ketika menyatakan perkara itu mengulangi pendirian bahawa hukum hudud dan qisas bukan menjadi dasar DAP dan tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac tahun lepas.
"Sewajarnya PAS mengambil kira pandangan DAP sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat dan menghormati pendirian kami," katanya kepada pemberita di luar perkarangan Istana Negara Kuala Lumpur hari Rabu. Seterusnya...
01.14.09 (5:47 am) [
edit]
0
Comments
HUDUD ANWAR VS HUDUD PAS
Nampaknya PKR menjadi pening lalat bila mana PAS dengan pendiriannya untuk melaksanakan hukum hudud jika berlaku kerajaan baru yang diidam-idamkan mereka selama ini.Manakala De Facto PKR Anwar pula cuba menjadi master mind dalam membetulkan keadaan bila mana DAP tidak bersetuju dalam hal pelaksanaan Hukum Hudud berkenaan. Peliknya Anwar berkata" bahawa hukum hudud hanya terpakai kepada orang Islam dan bukannya di seluruh negara adalah membingungkan lagi".Dalam hal ini PAS mahu mewujudkan sebuah Negara Islam.

Untuk memancing undi adalah sangat mudah dan sanggup melakukan kenyataan sehingga lupa kepentingan masyarakat majmuk Malaysia.Nampaknya tidak ada satu dasarpun yang boleh dibanggakan kepada Pakatan Rakyat untuk menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia.Melihat dalam situasi ini mereka sanggup bercakaran sesama sendiri untuk kepentingan parti masing-masing.Arah tuju yang mereka bawa juga sangat kabur,pakatan mereka adalah pakatan yang tidak menjamin kebaikkan untuk rakyat.
Kerjasama yang di war-warkan selama ini juga adalah sangat rapuh.Lakonan demi lakonan cuba diketengahkan sebagai agenda yang tersembunyi.Pengundi di P36 Kuala Trengganu sangat bijak dan pastinya menyedari siapakah yang patut mereka wakili dan memilih pemimpin yang mempunyai wawasan serta kesungguhan untuk membawa kesejateraan rakyat di sana.


01.09.09 (8:11 am) [
edit]
0
Comments
Pemuda BN tubuh tabung bantu Palestin

Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan penubuhan Tabung Barisan Bertindak Menentang Keganasan Israel sebagai tanda simpati serta kesungguhan negara ini membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis.
Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, buat permulaan, Pemuda BN menyumbang RM100,000 kepada tabung tersebut yang diharap mampu mendorong sektor korporat negara ini untuk turut menderma.
“Kita dan Palestin bagaikan satu keluarga dan kesakitan yang dirasai mereka turut dirasai di sini. Kita akan membantu mereka bagi meringankan keperitan,” katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum tiga muka surat kepada Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Aboughosh di sini hari ini.
Penyerahan memorandum itu diadakan selepas perhimpunan khas Pergerakan Pemuda BN yang disertai kira-kira 2,000 orang di hadapan kedutaan tersebut bagi membantah tindakan kejam rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza sejak kebelakangan ini.
Memorandum tersebut turut menggesa Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu (PBB) segera mengarahkan Israel menghentikan kekejaman mereka di bumi Palestin.
Turut hadir Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Reezal Merican Naina Merican; Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Azizuddin Ahmad serta wakil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Khairy menjelaskan, penubuhan tabung itu diharap menjadi permulaan yang akan membuka mata rakyat negara ini serta badan korporat untuk turut sama menyumbang kepada tabung itu.
“Sumbangan kepada tabung tersebut merupakan satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pemuda BN yang perlu juga dilakukan oleh setiap sektor korporat negara ini.
“Ini tanggungjawab semua yang perlu dipenuhi. Ini juga suara Malaysia yang tidak pernah putus membantu saudara sendiri di negara lain,” ujarnya.
Seterusnya.....
01.03.09 (10:25 am) [
edit]
0
Comments