KJ Pahlawan Pemuda UMNO Siap Siaga.

Berbakalkan jiwa pahlawan yang arif dengan adab dan budaya bangsa.Hadir untuk menerima jemputan sebagai pahlawan yang sentiasa menjalinkan salam sahabat baik kepada lawan dan kawan.Justeru di Wacana Tranformasi Politik Malaysia baru-baru ini,sdra Khairy bangkit dan melangkah semangat juang Pemuda UMNO untuk menerima segala macam cabaran di waktu selaku panelis jemputan.
Kematangan dalam wadah politik dewasa ini dimiliki oleh sdra Khairy.Adalah amat malang jika ini tidak dijadikan satu ukuran kejayaan cemerlang beliau untuk Pemuda memilihnya sebagai Ketua Pemuda UMNO.Harus diingat zaman ini adalah untuk generasi Pemuda yang mempunyai paksi kekuatan dalaman dan luaran untuk memantapkan arah tuju,misi dan visi Pemuda memasuki era globalisasi yang teramat mencabar.
Apa yang penting peradaban bangsa terjamin dan utuh tanpa termangu-mangu dengan kebodohan bangsa yang lemah dan lalai dalam erti yang tidak dimengertikannya.Apalah ertinya Pemuda Jiwa Merdeka jika tidak ada sifat kepahlawanan baik dalam diskusi intelek dan debat sehingga sanggup menyalahkan cadangan dan paksi perubahan zaman dewasa ini.Ingat!masyarakat kita sudah berubah cara pemikiran dan pandangan mereka baik dalam politik negara ini.
Buat Khairy:Ku Hadiahkan Mantera Warisan Zaman Melayu
Ha! Si gempar alam,
Gegak gempita! Jarum besi akan romaku!
Jarum tembaga akan buluku! Ular bisa akan janggutku!
Buaya akan tekakku! Harimau menderam di bibirku!
Gajah mendering bunyi suaraku! Suaraku seperti bunyi halilintar!
Bibir terkatup! Gigi terkunci!
12.23.08 (9:33 am) [
edit]
0
Comments
Datuk Radin Bung Mokhtar Jaguh Dewan Parlimen.

'Jaguh' Dewan Rakyat
Ketegasan Ahli Parlimen Kinabatangan ada kaitan dengan sejarah hidup penuh liku, ranjau dibelenggu kemiskinan
NAMA Datuk Bung Mokhtar Radin memang menarik perhatian ramai setiap kali Dewan Rakyat bersidang kerana ‘jaguh’ dari Kinabatangan ini sentiasa bersedia menangkis segala asakan daripada pembangkang demi mempertahankan maruah partinya, Barisan Nasional (BN).
Ketegasan Ahli Parlimen Kinabatangan itu sebenarnya mempunyai kaitan dengan sejarah hidupnya yang penuh liku dan ranjau berikutan kemiskinan hidup membelenggu zaman mudanya sehingga beliau terpaksa berhenti sekolah untuk membantu keluarga.
Sebagai anak kampung dari pedalaman yang suatu masa dulu paling mundur di Sabah, Bung Mokhtar berkata, kemiskinan yang pernah dialaminya cukup menginsafkannya dan kerana itu beliau sentiasa mendekati rakyat dan memberi bantuan kepada mereka.
"Saya daripada keluarga yang besar, ada 13 adik beradik, ayah pula buruh. Bagi membantu keluarga, saya melakukan pelbagai kerja seperti menoreh getah dan kerja kilang.
"Saya akhirnya berhenti sekolah ketika berada dalam tingkatan empat, ia dilakukan semata-mata untuk membantu keluarga. Bagi mencari rezeki, saya mengambil upah mencari sarang burung di Gua Gumantung," katanya merenung jauh mengingati kenangan silamnya.
Bagaimanapun, semangat mahu berjaya tetap membara pada dirinya apabila beliau mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 1989 dan lulus Diploma Pengajian Perniagaan, Universiti Boxton, United Kingdom dalam pendidikan jarak jauh sebelum lulus Sarjana Analisis Strategi Keselamatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
“Pengalaman perit masa silam tidak akan saya lupakan kerana itulah apabila ada rezeki lebih, saya sentiasa akan membeli pakaian dan barangan untuk diserahkan kepada mereka yang susah," katanya.
Menceritakan detik yang membawa beliau menceburi bidang politik, Bung Mokhtar berkata insiden itu berlaku pada 1977, ketika dia berada di tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan.
“Ketika itu kerajaan Sabah baru saja diambil alih oleh Berjaya daripada Usno. Saya dimaklumkan kakak dan abang saya yang bekerja sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Bilit serta Yayasan Sabah dipecat.
"Pemberhentian mereka dibuat tanpa sebarang alasan namun saya difahamkan selepas itu ia kerana keluarga kami adalah penyokong Usno ketika itu. Bila saya tahu, saya jadi marah. Saya tanya pada diri sendiri, inikah politik apabila tidak menyokong parti terus dipecat," katanya.
Apabila Umno mula mengembangkan sayapnya ke Sabah pada akhir 1990, Bung Mokhtar adalah antara pemimpin yang paling aktif membantu. Beliau ketika itu dilantik sebagai penaja Ketua Penerangan Pemuda Umno Sabah dan Ketua Pemuda Kinabatangan.
Apabila Umno disahkan masuk ke Sabah pada 21 Februari 1991, Bung Mokhtar kekal menjadi penaja Ketua Pemuda Kinabatangan. Pada 1994, apabila pilihan raya negeri Sabah diadakan, Bung Mokhtar dicalonkan bertanding atas tiket BN di kerusi Kuamut, menentang calon Parti Bersatu Sabah (PBS), Joseph Saang. Bagaimanapun, beliau tewas di kubu kuat pembangkang itu.
Selepas kekalahan itu, Bung Mokhtar tidak putus asa atau merajuk. Pada pilihan raya umum 1995, beliau membuktikan kesetiaannya apabila bertanding dan memenangi Parlimen Kinabatangan.
Beliau mempertahankan kerusi Kinabatangan itu apabila memenangi tanpa bertanding pada 2003 dan sekali lagi pada Mac lalu. Bung Mokhtar berkata beliau sangat gembira kerana isteri dan empat anaknya memahami tugasnya sebagai wakil rakyat apabila sentiasa memberi sokongan dan kerjasama kepadanya.
"Saya bersyukur kerana memiliki sebuah keluarga yang cukup memahami. Bayangkan jika dewan bersidang panjang, dalam sebulan saya hanya mempunyai masa 12 hari bersama mereka manakala selebihnya di Parlimen.
"Malah ada kalanya ia terpaksa dibagi lagi dengan tugasan di kawasan pada hujung minggu," katanya.
PROFIL: Datuk Bung Mokhtar Radin
a.. Jawatan : Ahli Parlimen Kinabatangan
b.. Asal : Kampung Bilit, Sukau, Kinabatangan, Sabah
c.. Umur : 49 tahun
d.. Tarikh Lahir : 15 September 1959
e.. Keturunan : Orang Sungai
f.. Ibu bapa : Rashidah Jikrun dan Radin Yatim
g.. Adik beradik: 13 (anak kelima)
h.. Isteri : Datin Nor Asidah Alimudin
i.. Anak : Empat (Mohd Khairulnizam, 16, Mohd Kurniawan Naim, 14, Nor Khairunisah, 9, Nur Safurah, 6 bulan)
Pendidikan
a.. Sarjana Analisis Strategi Keselamatan UKM
b.. Diploma Pengajian Perniagaan, Universiti Boxton, United Kingdom
c.. Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan
d.. Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Bilit, Kinabatangan
Jawatan politik
a.. Ahli Parlimen Kinabatangan (penggal ketiga sejak 1999)
b.. Ketua Umno Bahagian Kinabatangan (1996 sehingga sekarang)
c.. Ketua Penerangan Pemuda Umno Sabah (1991-1995)
d.. Ketua Pemuda Umno Bahagian Kinabatangan (1991-1995)
e.. Exco Pemuda Usno (1980-1991)
f.. Ketua Pemuda Usno Bahagian Kinabatangan (1979-1991)
12.11.08 (7:49 am) [
edit]
4
Comments
Komponen BN kritik Mukhriz

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Beberapa pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) hari ini mengkritik calon Ketua Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir yang mencadangkan agar sistem sekolah vernakular dihapuskan dan diserapkan dalam satu kaedah pendidikan kebangsaan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dalam kenyataan akhbar di sini hari ini menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengambil tindakan ke atas Mukhriz yang didakwanya mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan.
”Cadangan Mukhriz itu juga telah mencabuli hak-hak kaum lain di negara ini yang terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Semalam, Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun mencadangkan supaya sistem Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC dan SJKT) disatukan di bawah satu sistem pendidikan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar manakala subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris.
Namun beliau menjelaskan, murid-murid tetap diwajibkan mempelajari bahasa ibunda masing-masing seperti Mandarin bagi kaum Cina dan Tamil bagi kaum India, malah murid-murid Melayu mempunyai pilihan untuk mempelajari bahasa-bahasa berkenaan.
Mengulas hal yang sama, Timbalan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek tidak bersetuju dengan cadangan tersebut memandangkan ia sering diperdebatkan selama ini.
”Ramai kata saya mahu tunjuk hero untuk kaum Cina tetapi siapa sebenarnya yang nak tunjuk hero sekarang ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin menggesa Mukhriz menarik balik cadangan tersebut memandangkan sistem sekolah vernakular telah dipraktikkan di negara ini sejak merdeka serta terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan.-Utusan
12.11.08 (7:26 am) [
edit]
0
Comments
Less than half Sabah's population comprise natives
Natives represent less than half the population of 3,131.6 million in Sabah as of this year, said Sabah Native Affairs Council (MHEANS) director Mohamad Said Hinayat. He said the Kadazandusuns or Dusuns or Kadazans make up 551,300 of the 1,485,800 natives throughout the State.
The Bajaus or Samas or Bajau/Sama group, he said, constitute 28.4 per cent or 423,100 of the total number of Sabah natives.
"On the other hand, the number of Muruts in Sabah is about 104,300," he said when presenting a paper entitled "Sabah Natives Background and Customs Administration" at the forum on "Customs of the Dayaks in Kalimantan and the Ethnic Groups in Sabah" recently.
The remainder or 814,200 of the total number of natives, he said were classified as other Sabah Bumiputeras. He did not elaborate.
Based on the description provided in the Interpretation Ordinance (Native Interpretation) (Cap 64), natives are defined as those whose parents are Sabah orang asli or natives or anyone who is living as a member of native community where one of his parents or ancestors are natives.
"In relation to Sabah, a native is a person who is a citizen, is the child or grandchild of a person of a race indigenous to Sabah and was born (whether on or after Malaysia Day or not) either in Sabah or to a father domiciled in Sabah at the time of the birth," he said.
Natives in Sarawak, he said, are defined as "a person who is a citizen and either belongs to one of the races specified in Clause (7) in the Malaysian Constitution as indigenous to the State or is of mixed blood deriving exclusively from those races.
Mohamad said the ethnic groups in Sabah are namely:
- Kadazandusun or Dusun or Kadazan (92 sub-ethnic) - Bajau or Sama or Bajau/Sama (10 sub-ethnic) - Murut (29 sub-ethnic) - Brunei or Malay Brunei - Rungus (4 sub-ethnic) - Bisaya or Bisayah - Idahan or Ida'an (7 sub-ethnic) - Iranun or Illanun - Kedayan or Kadayan - Orang Sungai or Sungoi (28 sub-ethnic) - Lundayeh/Lundayah - Suluk - Tidong - Bulongan - Balabak/Molbog
He said prior to Sabah gaining its independence from the colonial masters between 1881 and 1962, customs administration were based on the Native Court presided by the Orang Kaya Kaya (OKKs), native chiefs, elders and penghulu (village headmen).
After Sabah won its independence between the period 1963 and 1999, the Sabah Bumiputera Affairs Unit (UHEB) was formed where the all customs, disputes and administration were run by the Native Courts, OKKs, native chiefs (KANs), native chief representatives (WKANs) and village chiefs.
Then from 1999 until now, Mohamad said native affairs come under the jurisdiction of the Sabah Native Affairs Council (MHEANS). He said the entity and people vested with the power to settle cases involving natives were Sabah Native Affairs Office (PHEANS), Native Courts, OKKs, KANs, WKANs and village chiefs.
12.11.08 (6:41 am) [
edit]
1
Comments
P036 Parlimen Kuala Terengganu.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Januari depan sebagai tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil P036 Parlimen Kuala Terengganu, manakala 17 Januari tarikh mengundi.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mengumumkannya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPR, di Putrajaya, jam 11.30 pagi ini berkata, SPR turut menetapkan tempoh berkempen 11 hari.
Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu diadakan ini selepas kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Razali Ismail, minggu lalu.
Razali yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, meninggal dunia Jumaat lalu selepas rebah dipercayai akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands.
Pada pilihan raya umum Mac lalu, Allahyarham mengalahkan calon Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusof dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti 628 undi.

BERSATU TEGUH BERCERAI KITA ROBOH
IKATKAN IKATAN YANG TEGUH
SEIRING DENGAN KEMBALI DALAM SEMANGAT JUANG
MEMBELA MENUNTUT CITRA BANGSA BERSATU!!
12.05.08 (9:29 am) [
edit]
0
Comments
KJ di Kampung Sentosa Jaya, Taman Rasa Sayang dan Tampin
Gambar-gambar KJ di Kampung Sentosa Jaya dalam DUN Paroi ketika siri lawatan bertemu rakyat dan memperkasa program CARI yang dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membantu golongan miskin dan susah, lawatan ke Taman Rasa Sayang berkaitan kesulitan yang dihadapi penduduk saban hari akibat kelewatan penyiapan projek pembentungan dan kenduri kesyukuran yang diadakan oleh Sdr. Mohd Isam, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin di Gemenchih.



Link: KJ
12.05.08 (8:12 am) [
edit]
0
Comments