Pemuda Menuntut Kelangsungan Agendanya.

 

 APAKAH SETAKAT INI PERJUANGAN PEMUDA.

  

  

  

UMNO adalah parti yang sangat dibanggakan dalam era perjuangannya dan ia juga menjadi tumpuan masyarakat Melayu dewasa lampau dan kini.Ia tidak membezakan malah menyatukan.Sebabnya dibuat sesuatu SUMPAH yang terbukti dapat menyatukan kita selama ini iaitu dalam Sumpah Pemuda UMNO itu sendiri.

Kita harus mempercayai bahawa Pemudalah yang selama ini mencetuskan idea-idea bernas yang sangat membanggakan dalam menuntut kelangsungan negara ini.Pemuda juga yang memainkan peranan dan sangat dominan dalam setiap kali menuntut kemenangan dan kepercayaan rakyat dalam setiap pilihanraya yang diadakan.Tapi itu adalah suasana dahulu bukannya sekarang.

Sekarang keadaannya sangat kritikal dan ia hampir sahaja direnapkan.Oleh itu,kita sangat memerlukan dukungan dalam satu angatan Pemuda untuk menuntut kelangsungan keberadaan kita dalam erti Kepartian.

Pemuda hampir-hampir sahaja kehilangan taring untuk menggigit dan mengoyak,pemuda juga hampir-hampir kehilangan suaranya untuk berteriak jesteru itu bersatulah Pemuda UMNO jangan kehilangan KUKU untuk merobek dan kehilangan tongkat bagai si buta meraba-raba mencari kekuatan jati diri yang sebenarnya.

Kerusi Ketua Pemuda Milik Khairy

Kita memerlukan seorang ketua pemuda yang berani lagi lantang di persada politik masa kini yang boleh membela nasib orang melayu… seorang ketua daripada golongan yang eklusif dan bangsawan yang sukar didampingi perlu di tolak untuk memimpin pemuda UMNO malaysia…. hanya mereka yang pernah melalui kesusahan memahami jiwa rakyat kebanyakkan terutama melayu kita… Manifesto setiakawan yang diperkenalkan oleh Khairy, menggambarkan perjuangan persahabatan dengan tujuan utama untuk mengurangkan jurang antara akar umbi dan pemimpin.

Khairy Jamaluddin mampu menewaskan calon lain teramasuk anaknya Mukhriz jelas Tun Mahathir yang mengucapkan “selamat Berjaya” kepada Khairy Jamaluddin. Khairy sememangnya merupakan calon yang dikatakan paling panas di pasaran telah membuat bukan calon-calon lain yang menjadi kendur tetapi telah membuat bekas Perdana Menteri lemas dan mengakui bahawa Khairy adalah lebih panas dari anaknya,Walaupun Tun cuba bermain kotor dalam tulisan beliau baru-baru ini di laman blognya dengan menuduh Khairy Jamaluddin sebagai’ pencuri yang bijak ‘ namun semua ini tidak langsung menjadi kudis kepada penyokong Naib Ketua Pemuda UMNO untuk memberikan sokongan kepada beliau. Pastinya sokongan Pemuda kepada Khairy bertambah kental dan padu dan mereka mahu memastikan kerusi Ketua Pemuda UMNO di isi oleh penyandang yang sepatutnya,

Baca Seterusnya...Disini.

SERU UNTUK PEMUDA UMNO.

 
 
 
SERU UNTUK PEMUDA
 
ANGKATLAH NEGERIMU DARI KETIDAK TENTUAN INI
BERTERIAKLAH... UNTUK UMNO DAN PERSATUAN BANGSA INI..
JANGAN PERNAH LUPA DARAH-DARAH BANGSAMU YANG PERNAH
TERTUMPAH UNTUK KEABDIAN NEGARA INI....
JANGAN LENGAH SEDIKITPUN MELIHAT "LANUN TERLUKA"
YANG SEMAUNYA KEHANCURAN
NASIONAL INI..... 
 
BIARLAH KAKI,TANGAN,MULUT,JIWA DAN RAGAMU TETAP
MENGHARGAI KEPARTIAN YANG PERNAH ADA...
 
BIAR MAKNA SUMPAH PEMUDA..TETAP MEMBARA DIDADAMU...
CUMA KITA YANG BOLEH MERUBAH..CITRA NEGARA INI..
CUMA KITA YANG BOLEH MENGOBRAK-ABRIK..KEPERLUAN YANG
ADA INI..CUMA KITA..
INGAT CUMA KITA.... 
 
PERJUANGANMU TETAP MENDAPAT MANDAT DAN SOKONGAN..TERUSKAN MARA DAN BERGERAK SEPASUKAN BERSAMA YANG YAKIN DAN PERCAYA..JIWAMU ADALAH PEMUDA!!!