Calon Underdog Kata Khairy..

Keputusan terkini beliau mendapat 36 pencalonan yang pastinya akan berpeluang untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.Walaupun dengan rendah hati beliau menganggap dirinya hanya sebagai calon underdog saja,namun sudah yang pastinya beliau mendapat keyakinan dan kepercayaan Pemuda untuk diketengahkan sebagai tokoh Pemuda yang perkasa dan mempunyai jati diri yang kental.
Melihat kepada tindakan "segolongan mereka" yang terus menghentam dan bermain politik dengan menunding jari ke arah beliau tidak memberi impak malah pada mereka itu pula terpalitnya apa yang tersirat dengan isu menyuruh DIAM.Siapakah yang seharusnya diam dalam hal ini...dan siapakah yang setia bersama Parti UMNO ini serta siapakah yang sudah dipinggiran parti UMNO.
Apakah yang di mahu lagi?
Pada Pemuda UMNO..Ayuh! dalam barisan setia dan taat bagi mengembalikan maruah bangsa dan negara serta agama kita.Jangan pedulikan mereka yang sudah bingung dan macam belalang tua yang kerjanya makan dan terus makan.Apa yang pasti kita harus memastikan mengangkat martabat bangsa dan disegani dipelosok dunia.
Bermainlah dengan adil dan saksama,jangan pedulikan mereka yang mengasakkan isu-isu yang tidak logik dan menguntungkan Pemuda.Banyakkan berfikir dan menilai satu persatu apa sebenarnya yang akan terjadi jika Pemuda tidak bertaring dan lesu.Ingat!! isu Nasional belum selesai lagi.Jangan asyik menari bersama mereka yang lagunya Si Belalang Tua.
Teruskan Sokongan Anda Bersama Pemuda Yang berjiwa Singa,jangan bersama mereka jiwanya seperti Tikus-Tikus Mencari Sesuap Nasi.......!


Erti Kemerdekaan..A.Samad.Said