Versi 16 Sept: Pengumuman Skrip Untuk Pentas Teater.

Skrip disusun dan diatur dengan cukup menarik dan amat berkesan.Ia boleh saja menyakinkan sesiapa yang mendengarnya.Cara ia dimuntahkan seakan-akan skrip itu amat realiti dan bukannya profolis Sang Rajawali.Entah,berapa lama skrip itu di reka cipta dan di proses bagi membentuk plot sejarah Malaysia yang baru.

Cukup malang skrip itu tidak mendapat keyakinan jitu oleh para alim ulama PAS.Ketidak hadiran Presiden PAS dalam hal ini membuat skrip itu hambar dan ia menjadi pinggiran serta hanyut di buai mimpi yang ngeri.Mungkin Skrip itu wataknya tidak cukup untuk di buat teater agar boleh di pentaskan oleh sdra Dinsman.Atau barangkali,para watak yang ada tidak bisa berlakon dengan menyakinkan seperti Seniman Ulung P.Ramlee.

Bagi mengubah skrip itu,Sang Rajawali mengumumkan ada lebih kurang 32 pelakon yang akan menyokong Sang Rajawali dalam pentas teater itu nanti.Sibuklah para wartawan ingin tahu para pelakon itu.Sedihnya Sang Rajawali,tidak bersedia mengumumkan pelakon hebat yang dimilikinya itu,katanya takut nanti bisa-bisa tak boleh menghafal skrip yang indah dan termahal itu.Oh!Bengong lagi.

Kata Sang Rajawali,beliau bersedia memberikan nama pelakon itu kepada pihak penguasa untuk menyatakan kesediaannya untuk dilakonkan.Tetapi ditolak keras! kerana para pelakon yang dikatakan ada dimilikinya itu hanyalah gimik dan pentas teater yang dibuatnya itu hanyalah sekadar teater LAWAK yang teramat melucukan para audien yang menonton dan menyaksikan.Kita tunggu lagi,barangkali ada lagi skrip baru..

 

Versi 16 Sept Pakatan:Omongan Kosong

 

Baru pulih dari sakit yang memanjang,saya reda apa yang di anugerahkan Allah SWT dalam hal ini.Sehinggakan saya tak dapat menulis babak-babak kejadian dari Permatang Pauh hinggalah isu-isu sdra Ahmad Ismail dengan Gerakan.Rasanya hal itu sudah selesai.

Kini cerita peralihan kuasa yang kononnya berlaku pada 16 Sept adalah sesuatu yang dangkal dan tidak boleh diterima oleh banyak orang.Pakatan yang tidak membawa berkat itu sangat mengidamkan kuasa sehingga sanggup berlari 100 meter untuk membelai dan memberikan kasih sayang retorik yang gula-gulanya dirasai semasin garam itu.Siapakah yang mahu ke Taiwan!macam ada paksa memaksa di sana.Barangkali Pakatan ini mengelabah bila rakyat sudah mengerti mereka yang ada dalam pakatan cuma mencari kuasa untuk menguasai sesuatu yang mereka sendiri tidak boleh menguasainya.

Adalah lebih baik,YB-YB dalam Pakatan itu sendiri berpakat untuk membawa berkat turun padang jumpa rakyat masing-masing,menjenguk apa-apa yang perlu di bantu dan ditangani masalah rakyat bukannya sanggup ke Taiwan memberi gula-gula masam-masin.Ini tidak adil bagi rakyat yang mengundi mereka.Kalau kini usaha anda berhasil memecah belah undi,ayuh!sila turun bantu rakyat anda.

 sekadar contoh.