Permatang Pauh: UMNO Relevan Untuk Menang.

DAP dengan angkuhnya dan percaya bahawa Anwar adalah satu-satunya pemimpin melayu yang telah meletakkan cita-cita mereka dengan jayanya berserta konsep “Malaysian Malaysia” yang dapat diterima pakai oleh PKR dalam agenda politik mereka dewasa ini.

Adalah cukup memeranjatkan bilamana di war-warkan jika berjaya menguasai Parlimen Negara mereka bersedia berkongsi kuasa dengan mengwujudkan jawatan baru bagi Tim.Perdana Menteri daripada bukan melayu.Kebenaran ini belum dapat dipastikan,hanya jika benar ia satu gimik politik bagi mendapatkan sokongan dari pengundi Cina.
Permatang Pauh adalah medan yang harus diguna sebaik mungkin bagi UMNO selaku parti orang-orang melayu perlu menjelaskannya “Agenda Tersirat” itu kepada seluruh rakyat Malaysia dan pengundi-pengundi di Permatang Pauh.
Sesal dahulu pendapatan,Sesal kemudian tidak berguna!UMNO adalah tunggak kekuatan orang-orang melayu,orang melayu harus bersatu.Pemimpin datang dan pergi,namun bangsa melayu tidak seharusnya terkotang-kating di tanahnya sendiri.Politik yang merosakkan perpaduan bangsa adalah sangat merugikan dan ini sudah tentu menyukarkan untuk dipulihkan.
Walaupun tiada sesuatu yang merapatkan jurang yang berbeza di antara UMNO dan PAS.Kepimpinan PAS yang bersedia untuk meneruskan sesi perbincangan walaupun seakan-akan di warung kopi namun maknanya cukup besar dalam melanjutkan perpaduan bangsa dan kekuatan agama itu sendiri.


08.18.08 (11:12 am) [
edit]
0
Comments
De Facto PKR Gagal Menghayati Erti Kemerdekaan!
“Ini medan untuk kita merdeka, malam ini saya nak (mahu) isytiharkan moto kita merdeka. Bulan ini bulan ogos, kita merdeka, kita tuntut kemerdekaan. Itu motto kita. Kita hendak merdeka dari kezaliman, kita hendak merdeka dari rasuah, kita nak merdeka dari penindasan, kita nak merdekakan rakyat supaya keadilan tertegak,” kata calon PKR DSAI.

Motto PKR di Permatang Pauh sangat menyedihkan dan semacam mereka yang terpinggir dari arus perdana.Kenapa harus mencemar Kemerdekaan Negara dengan Gimik politik menuntut kemerdekaan rekaan semata-mata bagi mengabui mata,telinga pengundi Permatang Pauh.
Siapa kata kita tidak merdeka dari segi keadilan sosial,masyarakatnya mempunyai leluhur budi kesopanan bangsa dan kepedulian terhadap agama dan negara.
Kenapa harus di bawah pengundi Permatang Pauh masalah peribadi,siapa tertindas siapa?
Kita mempunyai sistem kepolisian yang berhemah dan cukup berkesan serta dihormati diseluruh dunia.Jadi,adalah bohongan semata-mata penindasan berlaku di negara ini!cukuplah permainan politik yang menghalalkan cara bagi mengaut keuntungan dengan membohongi rakyat yang celik ini.Malaysia adalah sebuah negara yang mengariskan kedaulatan undang-undang harus dipatuhi oleh seluruh masyarakatnya dengan dijamin kesejahteraan mereka.
Kerajaan Barisan Nasional pada hari ini mempertahankan itu semua daripada berlakunya sesuatu dari anasir-anasir luar yang sangat memerbahaya.UMNO tidak akan lalai daripada kelecikkan dan agenda wayang kulit DSAI dengan rakan-rakan rapatnya dalam Pakatan Rakyat atau Pakatan Anda.
Saya akan yakin pasti akan berlaku sesuatu yang dapat menyedarkan penduduk Permatang Pauh walaupun kebanggaan itu belum tiba.

08.14.08 (10:22 am) [
edit]
0
Comments
Sang Rajawali Terbongkar Atau Patah Sayap Di Permatang Pauh?

26 Ogos 2008 adalah tarikh keramat jatuh bangunnya De Facto PKR DSAI yang di cabar wibawa “moral” dan “agenda PKR dan DAP” dengan apa yang dicanangkan Perubahan Untuk Malaysia.
Apabila juak-juak dalam BA telah dipacak ilmu pengasih oleh Sang Rajawali De Facto itu dengan nada manis,beradab dan lembut bagai sutera bagi menanamkan keyakinan bahawa Sang Rajawali ini tidak bermain “wayang” dipersada politiknya.

Sang Rajawali yang kini hampir patah sayap terpaksa dan memaksa para juaknya harus ikut mencampuri masalah “peribadinya” yang masih terkatong-katong itu.Di mana lagi Rahman dan Rahim itu engkau cari.
Aku serahkan penduduk Permatang Pauh membetulkannya,dimana yang tersilap dan terlalu alpa.Kita kembali kepada yang Maha Esa semoga di waktu terdekat ini ada saja rahmat dan hidayah darinya untuk kita rakyat Malaysia.
Umpama sebiji epal yang sangat segar dan bugar lagi mengiurkan serta teramatlah harum merbaknya menusuk jiwa, lagi menyakinkan.Rupa-rupanya di “dalam” nya teramat busuk,sebusuk bangkai yang dihinggap oleh lalat langau itu.

08.06.08 (10:10 am) [
edit]
0
Comments