Siapakah bakal Ketua Pemuda UMNO Malaysia?

 

TERKINI.

Siapakah bakal Ketua Pemuda UMNO Malaysia?

  • Khairy Jamaluddin (47%, 8,776 Votes)
  • Mukhriz Tun Mahahthir (35%, 6,514 Votes)
  • Dr Khir Toyo (16%, 3,000 Votes)
  • Datuk Zahidi Zainul Abidin (3%, 564 Votes)

Total Voters: 18,854

Khairy Jamaluddin Bakal Ketua Pemuda UMNO Malaysia?

Jangan dibelenggu perbalahan politik - Hisham

PUTRAJAYA 25 Julai - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyarankan agar muzakarah antara UMNO dan Pas di masa-masa depan tidak dibelenggu dengan perbalahan politik.

Beliau berkata, perbalahan sedemikian akan menjejaskan usaha membela nasib generasi muda, menyatukan masyarakat dan memelihara kesucian Islam dalam menghadapi cabaran global masa kini.

“Muzakarah itu sepatutnya melihat dan mencari titik persamaan kerana pendekatan sedemikian akan memudahkan kita bergerak ke depan.

“Perbalahan yang berterusan akan hanya mewujudkan suasana syak wasangka sesama kita sendiri,” katanya. LAGI..

Ismail: Jangan ganggu siasatan polis

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini memberi memberi amaran kepada mana-mana pihak, termasuk penulis blog supaya tidak mengganggu siasatan polis dengan menyiarkan bahan atau maklumat yang tidak sah.
    
"Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang sengaja ingin mengganggu siasatan polis. Biar polis yang buat kerja dengan teliti,"  katanya.
    
Pada 28 Jun lalu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis mendakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang merupakan bekas majikannya meliwatnya beberapa kali, termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara dua hari sebelum laporan polis itu. LAGI...


 

Anwar cuba berbohong isu harga minyak - Khairy

 
KUALA LUMPUR 16 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai cuba berbohong apabila berjanji kepada rakyat untuk menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen daripada RM2.70 kepada RM2.20 seliter.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berkata, harga RM2.20 seliter berkenaan ternyata jauh lebih tinggi daripada harga minyak RM1.92 seliter semasa Anwar membuat janji menurunkan harga minyak semasa kempen pilihan raya umum Mac lalu.

”Jelas terbukti kaedah Anwar amat lucu, dengan bercadang mengurangkan harga minyak negara dengan menurunkan kadar rizab kuasa Penjana Kuasa Bebas (IPP) daripada 40 peratus kepada 20 peratus dengan harapan kerajaan boleh menjimatkan wang sebanyak RM2 bilion.

”Kalau kita keluarkan wang berjumlah RM2 bilion itu, penjimatan tidak pergi kepada kerajaan tetapi kepada syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedangkan TNB bukan syarikat milik 100 peratus kerajaan.

”Kerajaan juga bukan boleh minta sebarang dividen istimewa daripada TNB, lainlah Petronas. Permintaan ini tidak masuk akal dan membodohkan rakyat,” katanya ketika membahaskan Rang Undang- Undang Perbekalan Tambahan (2008) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Semalam Anwar mengemukakan mekanisme menurunkan harga minyak semasa berdebat dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dengan tajuk Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini.

Khairy memberitahu, rakyat tidak akan mempercayai apa yang dikatakan oleh Anwar kerana ia merupakan pembohongan besar walaupun masih belum menubuhkan kerajaan.

Jadi Nak Jadi..Jadikah Debat?

Sehingga masuk jam kerja pagi tadi sampai sekarang Agendadaily terus menerima panggilan telefon dan SMS dan rakan para wartawan serta orang politik bertanya pasal debat antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Juga semakin ramai yang meminta kad jemputan untuk melihat sendiri debat itu.

Semuanya ingin tahu jadi ke tak jadi?

Kami yang merancang takdir yang menentukan.

Kedua-dua pihak sudah memberi persetujuan.Keraguan itu memang tidak dapat dielakan berikutan perkembangan kes dakwaan liwat keatas Anwar kerana beliau tidak hadir beri keterangan polis petang Isnin.
 
klik imej.... 
 
 

Debat 15 Julai Perangkap atau Sandiwara DSAI.

Tajuk: Hari ini membentuk kerajaan,esok turun harga minyak.

Saya tidak melihat betapa perlunya Debat berkaitan isu harga minyak di war-warkan buat masa ini dan tidak perlunya pihak kerajaan membenarkan ianya dilaksanakan.Berdasar pemerhatian dan kajian saya ia cukup menguntungkan di pihak Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi Penasihat PKR Anwar Ibrahim dalam hal ini.

Dalam kenyataan penuh makna Penasihat PKR ini."Kita mahu ambilalih kerajaan kerana hari ini kita ambilaih kerajaan esok harga minyak tetap turun". Kaedahnya saya akan terangkan pada 15 Julai, inilah pertama kali saya nak ajak saudara-saudara tengok televisyen di Malaysia ini.

Dalam hal ini jelas ia akan mempolitikkan isu ini kepada khalayak ramai dan membentuk satu agenda tersirat yang cukup matang bagi apa yang dicanangkan pada September kelak.Itupun antara benar atau tidak.

Imej pemimpin biasanya dilakukan dengan menonjolkan personaliti walaupun fakta dalam debat itu sendiri ada yang mengarut dan tidak berasas.Saya tidak menyatakan Yb.Ahmad Shabery tidak mampu menangkis dan mengeluarkan idea-idea bernas dalam isu harga minyak ini cuma khuathir isu ini akan digunakan oleh pihak pembangkang sebagai gelanggang jongkang jongkit menari rentak sama akhirnya terpijak paku.

Dalam tempoh inilah ruang ini pasti digunakan sebaik mungkin?Persoalan"ta kut" tidak timbul di sini,lagi pun Datuk Shahrir Samad sudah berjaya menjelaskan kepada rakyat sebelum ini.Kenapa lagi perlu melayan kerenah yang tidak membawa impak besar kepada kerajaan yang mendapat mandat rakyat.

Sebaiknya diatur saja pakar ekonomi di pihak kerajaan dan pembangkang mengadakan debat bagi menjelaskan isu harga minyak yang tidak dapat diturunkan itu. Berkompromi sedemikian dalam bertukar pendapat dan idea secara pakar dengan pakarnya adalah lebih baik dan tidak timbul dipolitikkan atau serang-menyerang dalam hal ini.Ini lebih akademik dan menjurus kepada fakta yang lebih global serta menyeluruh.

Sudah barang tentu semua golongan akan memberikan tumpuan minat terutama golongan cerdik pandai,mahasiswa dan para tokoh usahawan sehingga golongan marhaen sekalipun.

Sekali lagi,saya menegaskan tidak ada faedahnya Debat ini dilangsungkan oleh tokoh politik yang berkepentingan "nyata" lagi bersuluh.Tugas negara lagi banyak untuk di martabatkan daripada sibuk mengatur program debat yang tidak sedikitpun mencatatkan sejarah di masa silam kelak.

Sekian.

Najib penghalang Anwar jadi PM

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

SUBANG 4 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa memfitnah dan menyerang peribadi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana pemimpin nombor dua negara itu merupakan penghalang besar untuk Anwar mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Bekas Setiausaha Politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, Anwar menggunakan taktik tersebut dengan matlamat mencemarkan imej dan maruah Najib bagi mengelakkan Najib menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti.

Menurut Ezam, semasa masih berkuasa dalam kerajaan dan UMNO, Anwar pernah mengakui bahawa Najib merupakan seorang pemimpin yang pintar, cerdik dan berwibawa.

“Anwar pernah menceritakan beberapa kali kepada saya mengenai kepintaran dan kecerdikan Najib sebagai seorang ahli politik.

“Bagi saya, inilah puncanya Anwar bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan Najib lebih-lebih lagi dalam keadaan Anwar semakin terdesak sekarang,” kata Ezam kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau menambah: “Semasa Anwar menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada awal 1980-an, beliau mengakui tahap kebijaksanaan Najib yang ketika itu merupakan salah seorang Exco Pemuda yang jauh lebih bijak jika dibandingkan dengan exco-exco yang lain.”

Mengulas siri tindakan Anwar yang kini berhadapan dengan krisis peribadi ekoran laporan liwat yang dibuat oleh pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan baru-baru ini, Ezam berkata: “Anwar sememangnya mengakui kehebatan yang ada pada Najib.’’

Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda PKR memberitahu, serangan yang dilakukan oleh Anwar terhadap Najib terutama berkaitan isu Altantuya Shaariibuu telah lama bermula sejak sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu tetapi ia tidak seagresif sekarang.

“Kedudukan Najib pada masa ini cukup selesa iaitu hanya menunggu proses peralihan kuasa berlaku dan haluan perjalanan politik Najib berbeza dengan Anwar.

“Anwar sekarang berada dalam keadaan buntu dan terdesak. Dia kata sebanyak 30 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) akan lompat parti sedangkan dakwaan itu tidak berlaku.

“Bulan September semakin hampir dan peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri kini semakin samar kerana strateginya untuk menarik ahli Parlimen BN menyertai pembangkang tidak menjadi,’’ katanya.

Berdasarkan maklumat yang diterimanya, Ezam mendedahkan tidak sampai sepuluh orang ahli Parlimen BN ‘mungkin’ akan lompat parti.

Jumlah itu tidak cukup untuk membolehkan pakatan pembangkang yang diketuai oleh Anwar membentuk kerajaan kerana pada masa ini BN mempunyai 140 ahli Parlimen manakala pakatan pembangkang hanya memiliki 82 orang wakil rakyat.

“Saya guna istilah ‘mungkin’ kerana kemungkinan ia berlaku mungkin ya dan mungkin tidak. Pas sendiri menekan Anwar iaitu Pas mahu memastikan mereka yang lompat parti adalah orang Melayu. Masalah ini juga merunsingkan Anwar,’’ ujarnya.

Sehubungan itu, Ezam berkata, mahu tidak mahu Anwar terpaksa menggunakan taktik serangan peribadi terhadap Najib berhubung isu Altantuya walaupun faktanya terlalu longgar.

Beliau berkata, semua pihak dalam UMNO harus bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Najib mempertahankan kewibawaan dan imej UMNO.

“Jangan biarkan UMNO terus diserang dengan tuduhan yang bukan-bukan.

“Yang diserang sekarang ialah pemimpin nombor dua negara dan parti. Jangan biarkan Anwar menyerang pemimpin dan parti kita dengan sewenang-wenangnya. Kita wajib mempertahankan maruah pemimpin dan parti kita,’’ tegasnya.

Beliau berkata, umum mengetahui Anwar seorang ahli politik yang licik

“Anwar bijak membentuk persepsi yang mana dengan persepsi ini beliau mampu mempengaruhi rakyat. Sebagai pemimpin parti, kita tidak boleh membiarkan persepsi itu berleluasa.

“Pemimpin UMNO wajib bangun berikan penjelasan bahawa persepsi itu tidak betul. Najib tiada kaitan langsung dengan Altantuya. Apa yang dibangkitkan oleh Anwar itu adalah satu rekaan semata-mata,’&rsquo ; katanya.

Anwar Ibrahim,Lain Bengkak Lain Bernanah?

Anwar Ibrahim,Lain Bengkak Lain Bernanah?

Oleh: Dr Mohamad Khir Toyo




Dalam tulisan saya sebelum ini (lihat Anwar Ibrahim dan Mimpinya ), saya menyentuh mengenai tingkah laku Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dalam mencatur dan memporak-perandakan senario politik negara.

Seperti yang dijangka beliau menjadikan YAB. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai sasarannnya.

Cuma kali ini, serangan Anwar terhadap DS Najib sudah menjadi strategi serampang dua mata. Jika sebelum ini beliau hanya bertujuan untuk menjatuhkan kredebiliti semua pemimpin UMNO, kali ini ia juga bertujuan mengalih perhatian umum dari isu skandal seks beliau.

Anwar sentiasa mencari jalan untuk mengalih isu-isu terhadap dirinya kepada orang lain. Apabila muncul isu tuduhan liwat dan salah guna kuasa terhadap beliau pada 1998, Anwar membuat tuduhan-tuduhan rasuah, kronisme dan "kaki perempuan" kepada pemimpin politik lain dalam UMNO.

Bagi Anwar, jika beliau buruk pun biarlah ia menjadi yang terbaik di kalangan yang terburuk.

Kali ini ketika Anwar sibuk memukul gendang lompat parti dan harga minyak, tiba-tiba sahaja orang lain pula memukul gendang ke atas beliau. Pembantu peribadi beliau membuat laporan Polis bahawa beliau diliwat beberapa kali oleh Anwar.

Ini merupakan satu laporan yang serius dan berat tuduhannya.

Yang aneh dan melucukan, mengapa Anwar perlu lari ke kedutaan Turki bagi menyembunyikan diri?

Bukankah ini gimik politik kononnya diri beliau tidak lagi selamat di Malaysia? Jika benar beliau percaya dirinya tidak selamat, mengapa sekarang beliau tidak takut pula? Apakah jaminan Datuk Seri Abdullah sahaja menjadikan beliau terus selamat?

Jika benar ada orang telah diupah untuk membunuh Anwar tentulah beliau tidak akan selamat hanya dengan satu jaminan Perdana Menteri sahaja.

Bagi saya, Anwar bersembunyi di Kedutaan Turki hanya bagi mengelak sebarang pertanyaan umum dan cuba merangka strategi baru bagi menghadapi tuduhan liwat kali ini.

Apabila beliau keluar dari persembunyian, maka serangan bertali arus dilakukan ke atas mangsa dan beberapa pihak lain bagi menenggelamkan isu sebenarnya.

Bagi mereka yang begitu taksub kepada DSAI, tentulah tuduhan dan dakwaan kali kedua ini juga tidak diterima. Sikap sedemikianlah yang merosakkan pemimpin dan masyarakat. Setia membuta tuli sehinggakan pemimpin terus melakukan kesilapan yang sama berkali-kali kerana percaya beliau akan terus lepas dari perbuatannya.

Saya cuma berharap penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang memperjuangkan ketelusan dan konsep ketuanan rakyat agar tidak menghina dan mencerca mangsa yang membuat laporan.

Bagaimanakah mahu memperjuangkan ketuanan rakyat jika mangsa tidak boleh mendapat pembelaan hanya kerana ia membabitkan pemimpin besar mereka? Apakah beliau sebagai mangsa (jika benar berlaku kejadian ini) tidak berhak mendapat pembelaan? Jangan nanti rakyat melihat Pakatan Rakyat telah berubah arus perjuangan dari ketuanan rakyat kepada Ketuanan Anwar Ibrahim.

Jika kali pertama dulu mungkin ada yang ragu-ragu sungguhpun fakta dan hujah sudah di depan mata. Namun kali ini lebih sukar untuk Anwar menepiskannya. Tuduhan kali ini datang daripada pembantu peribadi beliau sendiri.

Jika dulu dikatakan agenda politik untuk menjatuhkan beliau, kali ini agenda apa pula?

Anwar bukanlah seseorang yang memegang jawatan besar untuk dijatuhkan buat kali kedua. Malahan lebih mudah mematikan pengaruh politik Anwar melalui perubahan dasar kerajaan berbanding mewujudkan konspirasi seperti ini.

Bagi mengurangkan tumpuan kepada isu skandal seks dan jenayah beliau ini, Anwar telah "menyerang" Datuk Seri Najib dengan membuat sidang akhbar mengenai kenyataan bersumpah penyiasat persendirian yang mengaitkan Najib dengan mangsa pembunuhan bernama Altantuya.

Penyiasat tersebut akhirnya menarik balik akuan bersumpah itu; beliau mendakwa akuan bersumpah tersebut dibuat dalam keadaan terpaksa dan ditekan. Malangnya kerosakan telah berlaku.

Saya telah melihat akuan bersumpah tersebut, kesemuanya lebih merupakan dengar cakap atau hearsay penyiasat tersebut.

Ini jauh berbeza dengan dakwaan Saiful yang beliau sendiri menjadi mangsa dalam kes liwat.

Akuan bersumpah bersandarkan gosip, dengar cakap orang lain dan fakta-fakta pihak ketiga dianggap benar oleh penyokong Anwar. Malangnya mereka menolak sekeras-kerasnya aduan mangsa liwat Anwar.

Bukankah ini bersikap setia membuta tuli, taksub tidak bertempat?

Saya tidak pasti apakah berlaku kejadian liwat seperti yang didakwa oleh Saiful. Namun saya fikir pengadu berhak mendapat keadilan dan perlindungan sebagai seorang mangsa yang tidak berdaya.

Adalah tidak wajar jika dalam kebanyakan kes, kita mahu polis menyiasat sedalam-dalamnya sebarang kes jenayah seperti rogol dan liwat demi membela mangsa, tetapi kali ini kita memilih untuk berada di sebelah pemangsa terlebih dahulu.

Jika sepuluh hakim kes Anwar terdahulu percaya Anwar terbabit dalam aktiviti tidak bermoral ini, maka sukar saya untuk menolak mentah-mentah dakwaan Saiful.

Bagi mengalih tumpuan juga Anwar telah membuat laporan ke atas Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Beliau mendakwa kedua-dua mereka ini telah memalsukan laporan awal mengenai kejadian mata lebamnya sepuluh tahun lalu.

Apakah tujuan Anwar membuat laporan ini?

Anwar boleh membuat laporan tersebut bila-bila masa sahaja sejak 1999 sehingga awal 2008. Sama ada ketika beliau di dalam penjara mahu pun ketika telah keluar penjara. Sama ada ketika negara ditadbir oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu pun ketika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sebaliknya Anwar hanya membuat laporan ke atas kedua-dua tokoh ini sebaik sahaja ada dakwaan liwat ke atas beliau.

Melihat senario ini, saya melihat bahawa laporan Saiful ini mungkin benar. Tindakan-tindakan Anwar membuat laporan ke atas peristiwa sepuluh tahun lalu meletakan kedudukan beliau seperti orang yang sedang lemas. Apa sahaja boleh dicapai akan dicapainya bagi membantu diri keluar dari arus yang deras.

Bagi saya, Anwar perlu mempertahankan dirinya melalui proses undang-undang. Dan sebagai ahli politik, beliau juga berhak mempertahankan dirinya kepada umum atau public opinion.

Namun mempertahankan diri dalam kes ini bukan dengan menyerang pemimpin parti politik lawan, membawa fakta-fakta palsu dalam kes mahkamah lain dan menganggu siasatan polis terhadap dakwaan ke atasnya.

Beliau perlu membuktikan kepada umum bahawa beliau tidak melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Pembersihan imej dan nama baik beliau perlu dilakukan berasaskan diri beliau dan Saiful, bukannya menimbulkan isu-isu lain.

Bersumpah bukanlah jalan penyelesaian mutlak. Ini kerana orang yang melanggar larangan-larangan Allah tentulah tidak takut untuk bersumpah apa sahaja.

Semakin banyak Anwar bersikap "lain yang bengkak, lain bernanah", maka makin jelas Anwar berada dalam keadaan terdesak dan tersepit. Mampukah beliau melepaskan jerat ciptaannya sendiri kali ini?

Bagi para penyokong Anwar, mereka perlu melihat jalan-jalan alternatif lain selepas ini. Setia kita biar bertempat, jangan setia membuta tuli.