UMNO /BN tidak fikir nak kacau dan menyusahkan dia .

“UMNO tidak fikir nak kacau dia…tak ada…BN pun tak fikir nak menyusahkan dia,” itulah yang ditegaskan Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika diminta mengulas laporan polis yang dibuat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat pembantu khasnya. Sehubungan itu katanya, memandangkan laporan polis telah dibuat, pihak polis akan menyiasat perkara berkenaan dan terserah kepada pihak polis untuk menentukan tindakan selanjutnya. Beliau menafikan kononnya laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhri Azlan itu adalah perancangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menganiaya Anwar bagi memastikan beliau tidak boleh bangkit semula dalam politik. "UMNO tak fikir nak kacau dia macam ini, tidak ada. BN pun tak fikir nak menyusahkan dia, nak kacau dia atau nak timbulkan perkara yang macam ini...tidak ada niat seumpama ini, tak terlintas dalam fikiran saya langsung kot-kot nak buat khianat dia dan saya percaya kawan-kawan saya... Datuk Seri Najib Razak dan siapa pun tak berfikir begitu.
06.29.08 (12:32 pm) [
edit]
4
Comments
EZAM CALON DUN SANGLANG?

Bukan tidak ada calon lain untuk Sanglang di Perlis.Tetapi mengetengahkan sdra Ezam bagi membuktikan betapa UMNO bersedia untuk memberikan ruang kepada tokoh muda ini kembali ke arena politik secara total adalah sangat berharga.
Sdra Ezam dikenali ramai para belia sebagai pejuang anti korupsi dan tulen.Saya percaya peluang ini dapat memberikan pentas terbuka untuknya mendedahkan beberapa agenda sulit PKR dan kepimpinan de facto Anwar itu sendiri.
Dalam situasi sekarang tokoh muda harus diberikan peranan yang memberangsangkan agar kekuatan dan idealisme UMNO dapat digerapkan kepada generasi muda yang banyak di indoktrinasikan oleh para juak-juak Anwar dan PKR.
Bersediakah UMNO?
06.21.08 (2:23 am) [
edit]
0
Comments
Anwar tawar jawatan TPM kepada Yong?

KOTA BHARU 20 Jun - Langkah Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee mengisytiharkan parti itu telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dipercayai termakan tawaran daripada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, beliau difahamkan Teck Lee akan dilantik jawatan nombor dua kerajaan sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri kelak.
"Dengar kata macam-macam yang ditawarkan (kepada Teck Lee) seperti jawatan Timbalan Perdana Menteri dan royalti minyak.
"Sebenarnya saya nak tahu, apakah tawaran secara individu daripada Anwar kepada Teck Lee, adakah Teck Lee ditawarkan jawatan TPM kalau Anwar jadi PM. Jika benar, ia membuktikan ini bukan pendirian berprinsip, tapi bersyarat sebab dia memang dah berjumpa," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, hari ini.
Khairy sebelum itu mengadakan perjumpaan tertutup dengan 14 ketua Pemuda UMNO bahagian di Kelantan.
selanjutnya...
06.21.08 (1:57 am) [
edit]
0
Comments
SAPP : UNDI TIDAK PERCAYA /USUL TERHADAP PM

SAPP mempunyai dua ahli Parlimen, iaitu Dato' Dr Chua Soon Bui (Tawau) dan Dato' Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) selain empat ahli dewan undangan negeri.
4 Sebab Bertindak Sedemikian
Walaupun seruan demi seruan dibuat oleh SAPP kepada perdana menteri berkaitan dengan isu pendatang tanpa izin, namun tidak ada tindakan konkrit yang telah diambil dan ia menyebabkan "kedaulatan kita terancam".
Kenaikan harga bahan api yang dibuat tanpa perancangan, telah membebabkan rakyat Malaysia, khasnya di Sabah (negeri termiskin di Malaysia) mengakibatkan 16 peratus kumpulan miskin, menjadi miskin tegar.
Merasa gagal dalam melaksanakan tanggungjawab selaku pemimpin yang dipilih oleh rakyat sekiranya ketidakpuasan hati rakyat Sabah terhadap sistem penyampaian yang tidak cekap, rasuah, pembaziran, tiada ketelusan dan akauntabiliti diketepikan.
Rakyat telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan di bawah Datuk Abdullah Ahmad Badawi. SAPP juga berpendapat bahawa sekiranya pemimpin atasan tidak boleh melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan, ia seharusnya berundur dan memberi laluan kepada pemimpin lain mengambil alih.
06.18.08 (9:39 am) [
edit]
0
Comments
Peralihan Kuasa : Kenyataan Media Pusaka Bangsa

Semalam YAB Presiden UMNO sekali lagi menyatakan bahawa pelan peralihan kuasa antara beliau dan Timbalan Presiden telah pun dipersetujui di antara mereka. Pemuda mengalu alu kan pengumuman tersebut.
Ianya juga mengundang pelbagai persoalan dari pemimpin dan ahli UMNO serta tidak kurang dari rakyat biasa. Ini adalah kerana pada masa ini, semua orang sudah pandai berpolitik, tak kira ahli parti atau tidak. Sebab itu lah kita lihat ramai pengunjung laman weblog ini pun terdiri dari yang bukan ahli mana mana parti.
Apa yang dijelaskan oleh presiden UMNO sedikit sebanyak melegakan keresahan ahli serta kepimpinan UMNO. Namun tidak semua terjawab. Persoalan baru timbul iaitu bila?
Ia bakal meneruskan perdebatan, keresahan dan persoalan serta tandatanya.
Bagi Pemuda UMNO, peralihan kuasa ini lambat laun akan berlaku. Samaada sebelum Julai, pada Disember ini atau pada tahun tahun akan datang, ianya tetap akan berlaku.
06.15.08 (12:38 pm) [
edit]
0
Comments
Syabas! Datuk Sharir Debat Yang Berjaya.

Penjelasan dan ketepatan sasaran untuk masyarakat berkaitan isu kenaikan minyak adalah jelas maksud yang bermakna kepada rakyat apa yang di terangkan oleh YB Datuk Sharir tentang tindakan kerajaan untuk menaikkan harga minyak.
Beliau tidak berselindung dan bermain politik berkaitan isu gempak ini,yang jelas Datuk Shahir berjaya memberikan mesej itu kepada rakyat betapa pihak kerajaan bukan melakukannya dengan tujuan menyusahkan rakyat tetapi melibatkan kenaikkan harga minyak di pasaran dunia.Itupun pihak kerajaan bersedia untuk memberikan subsidi kepada masyarakat daripada hasil pendapatan setelah ditolakkan kos pembelanjaan negara.
Datuk Shahrir dengan pengalaman yang ada dapat mematahkan hujah-hujah longgar dari YB Salahuddin yang banyak mencuba mainankan isu minyak ini dengan kepentingan politik pembangkang,walaupun sekali sekala beliau memperlihatkan seolah-olah beliau sudah membuat kajian mendalam soal kenaikan harga minyak ini.Cuma markah yang dapat saya berikan kepada beliau adalah berkaitan pandangan dan cadangan bernas untuk membawa negara-negara pengeluar minyak menyimpan hasil minyak ke negara ini dan fungsi Petronas dalam falsafah Tun Razak itu.
Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Shahrir!.
06.11.08 (7:59 am) [
edit]
6
Comments
Wang rebat dibayar mulai Sabtu

Bukan lagi mulai 1 Julai seperti diumumkan minggu lalu, wang rebat RM625 bagi kenderaan dan RM150 bagi motosikal akan dibayar mulai Sabtu ini.
Keputusan terbaru itu - masing-masing untuk pemilik kenderaan berkuasa bawah 2000cc dan pemilik motosikal bawah 250cc - diumumkan perdana menteri hari ini.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata mereka yang telah memperbaharui cukai jalan pada April dan Mei tahun ini juga boleh mendapatkan rebat di pejabat pos pada 14 Jun,
Maklumat lengkap cara menuntut wang itu akan diumumkan dalam masa terdekat, lapor Bernama.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Menangani Inflasi di pejabatnya.
Rabu lalu, sewaktu mengumumkan keputusan kerajaan mengurangkan subsidi minyak, beliau mengumumkan beberapa langkah mengurang beban, antaranya membuat bayaran rebat tersebut.
06.09.08 (3:08 pm) [
edit]
1
Comments
Elaun PM, menteri dipotong 10%

Elaun keraian perdana menteri, timbalannya, menteri dan timbalan menteri akan dipotong 10 peratus mulai 1 Julai, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Mengumumkan langkah penjimatan sehingga RM2 bilion setahun, perdana menteri berkata kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah lain bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan susulan kenaikan harga minyak.
Ketika ini, elaun keraian sebulan perdana menteri adalah RM18,865, timbalannya (RM15,015), menteri persekutuan (RM12,320) dan timbalan menteri (RM6,000).
Bercakap selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Menangani Inflasi, Abdullah berkata penjimatan RM2 bilion itu akan digunakan untuk membantu golongan berpendapatan rendah, lapor Bernama.
selanjutnya...
06.09.08 (3:02 pm) [
edit]
0
Comments