UMNO Parti Pilihan Bukannya PKR.

Kenapa harus orang melayu bersatu di payung UMNO.UMNO adalah parti tunggal orang melayu dan inilah satu-satunya parti yang membela nasib orang-orang melayu itu sendiri.Di sini,di Semenanjung Malaysia dan Sabah UMNO bertapak kuat dan berpaut di hati orang-orang melayu.
Melayu itu tidak boleh dipisahkan dengan UMNO.Kemerdekaan tanahair, jelas dan nyata adalah dari kekuatan UMNO dan pemimpinnya yang terbilang lagi perkasa menuntut kemerdekaan kepada British.Jasa dan budi para pejuang UMNO harus menjadi teladan kita sebagai warga yang berdaulat dan terhormat di mata dunia.
Kini,ramai para pemimpin muda yang dulunya berselimut kelabu bersama PKR(Parti Keadilan?Rakyat) ingin kembali kepangkuan UMNO.Presiden parti dan Timbalan Presiden memahami dengan jelas maksud golongan pemuda ini untuk kembali ke UMNO iaitu parti orang melayu.Soal untuk seseorang memasuki UMNO perlu diperhalusi adalah sesuatu yang tidak tepat,UMNO perlu pewaris muda dalam era perjuangan keabad 21 ini.Jika ini sebagai satu peraturan pada mereka yang ingin kembali semula,ia menjadi rumit dan sukar untuk UMNO dikembangkan sayapnya di zaman globalisasi ini.
Sikap keterbukaan kita perlu berlandaskan prinsip yang di bawah oleh pemimpin terdahulu.Jangan cepat melatah dan kebingungan,seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri.Pada saya,UMNO bukan tempat untuk mencari makan,UMNO adalah memperjuangkan nasib orang-orang melayu terutamanya dalam pendidikan anak bangsa itu sendiri.Ini bukan soal perkauman,UMNO wujud di zaman nenek moyang kita lagi.
Cuma harus diingatkan pada pemimpin muda yang ingin kembali bersama UMNO ini,jangan seperti buih minuman tin coca-cola sahaja.
Semangat ketulenan juang dalam membela nasib orang-orang melayu dan membina perubahan secara menyeluruh baik dalam kerajaan dan bukan kerajaan perlu diangkat dan dimartabatkan semahunya.
Jika dulu dalam reformasi para pemimpin muda ini galaknya semacam pendekar,adakah ia masih begitu?atau reformasi itu menjadi nasi yang basi!.
Selamat berjuang...sdra-sdri sebangsaku!!.
05.31.08 (9:25 am) [
edit]
0
Comments
Sdra Ezam Kembali ke Umno

Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Nor menyerahkan borang keahlian untuk menyertai semula Umno hari ini.
Bekas setiausaha politik mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, menyerahkan borang keahlian tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Beliau menyerahkan borang tersebut ketika mengadakan pertemuan dengan presiden Umno itu di bangunan Parlimen petang tadi.
Perkara tersebut diumumkan oleh Abdullah selepas pertemuan selama 30 minit dengan Ezam itu.
Ezam yang hadir sama dalam sidang akhbar tersebut tidak membuat sebarang kenyataan. Beliau dijangka mengadakan sidang akhbar esok.
Abdullah juga berkata, Ezam menyertai semula Umno tanpa sebarang syarat atau keistimewaan.
Sebelum ini, Ezam dilaporkan akan dilantik sebagai senator dan menerajui sebuah syarikat berkaitan kerajaan selepas menyertai semula Umno.
Abdullah berkata, Ezam mahu kembali semula kepada Umno dan parti itu mengalu-alukannya.
"Dulu dia di luar dan kritikal terhadap parti. Kini sudah ubah fikiran, mungkin kerana merasa Umno adalah landasan lebih baik untuknya," kata perdana menteri.
05.28.08 (7:30 am) [
edit]
4
Comments
Pentingnya Ezam daripada Pedra Branca .

Sesuatu yang mendukacitakan bila Pulau Batu Puteh akhirnya di putuskan oleh ICJ milik Negara Singapura.Banyak orang meletakkan tanggungjawab ini kepada pihak UMNO.Pada mereka UMNO adalah parti tulang belakang pemerentah dan perlu bertanggungjawab.Di atas kecuaian dan ketidak pedulinya orang melayu ketika sebelum merdeka lagi sekitar 1950-1953 di atas kedaulatan Tanah Melayu dan akhirnya terciptalah surat pegawai yang mewakili setiausaha kerajaan negeri Johor pada 1953 dianggap mahkamah sebagai bukti menyerahkan kuasa dan kedaulatan pulau itu.
Pedra Branca adalah Pulau Berputeh Mata.Apa tidaknya,Sejurus selepas pengumuman tersebut tidak ada langsung ulasan ataupun pandangan daripada pemimpin tertinggi kita.Kenapa?Terkejut!sedangkan rakyat diminta menerima sebarang keputusan dari ICJ baik positif ataupun sebaliknya.Ulasan berkaitan hanya datang dari Datuk Rais Yatim,Datuk Muhiyddin Yassin dan Datuk Rahim.Perkara ini adalah serius dan sepatutnya dapat memberikan sedikit pandangan dan membolehkan masyarakat menilai pula apa yang dirasai oleh pemimpin tertinggi negara dalam hal ini.
Lebih malang lagi,ura-ura kemasukkan sdra Ezam ke UMNO pula mendapat liputan meluas sehingga ramai pemimpin tertinggi UMNO menyuarakan pandangan mereka.Pelik,apakah lebih penting berita kemasukan sdra Ezam ke UMNO dari Pulau Batu Puteh?
Ezam ini boleh jadi agen Anwar atau "friendly party "(?).Banyak wayang kulit yang sudah dilakukan oleh mereka yang giat untuk kesinggahsana.Betulkah Ezam di tugaskan untuk menduduki kerusi badan khas yang membantu BPR,itu cakap-cakap yang kita dengar.Apa-apa pun "Selamat Datang Kembali" kalau itu yang kamu mahu.
05.23.08 (10:40 am) [
edit]
0
Comments
Tun Dr.Mahathir Keluar UMNO.Apa Kata Pak Lah.
Merujuk kepada kepada keputusan Tun Dr.Mahathir keluar UMNO memang sesuatu yang memeranjat banyak pihak.Tapi harus diingat,tindakan ini sebenarnya memberikan tekanan kuat kepada PM selaku presiden UMNO.Malang bagi UMNO jika ia tidak ditangani dengan baik.Saya masih "membaca" maksud tersirat yang terdapat pada perancangan keluar pemimpin Agung UMNO ini.Perselisihan pendapat adalah perkara biasa tapi dengan satu ini ia teramat luar biasa.

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian.
Katanya, beliau bertindak keluar parti - yang diterajuinya selama 22 tahun sehingga 2003 - kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
seterusnya klik disini..

Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terperanjat dengan keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk keluar dari Umno.
seterusnya di sini...
05.19.08 (7:28 am) [
edit]
2
Comments
Ketua Pemuda UMNO Malaysia:Kenapa Bukan Khairy?

Pemuda UMNO harus lebih berani dan bersemangat kental dalam mengharungi wadah perjuangan yang lebih dinamik.Kekuatan Pemudanya harus lebih dekat dengan generasi masa kini yang lebih cerdik dan berfikiran keterbukaan dewasa ini.Golongan mudalah yang perlu didekati dengan lebih berhemah dan tertib mengikuti acuan generasi yang penuh dengan keilmuan serta bersedia untuk menerima pendapat,idea yang lebih mendatangkan kekuatan kepada UMNO itu sendiri.
Jestru itu saya lebih suka jika sdra Khairy itu sendiri kita ketengahkan sebagai waris Pemuda yang paling sesuai untuk menduduki kepimpinan Pemuda UMNO yang mendatang kelak.Khairy adalah golongan muda yang dilahirkan sebagai pemimpin untuk meneruskan agenda pemuda itu sendiri,jika bukan golongan Pemuda siapa lagi yang mengakui dirinya pemuda?Sdra Khairy mengikut pengamatan saya,beliau mempunyai ketokohan yang sangat besar dan kepetahan bila beliau berucap dan berpidato telah teruji dengan memenangi kerusi Rembau dan ketika perbahasan di Parlimen baru-baru ini.Yang selebihnya golongan Pemuda UMNO boleh mengetahui ketika ini dengan jawatan Naib Pemuda UMNO.
Soal politik dan dipolitikkan keatas diri sdra Khairy,jelas.Itu adalah mainan dalam arus dan gelombang politik kepentingan individu tertentu.Dalam hal ini sdra Khairy tidak harus mengalah dan patah semangat.Baik pihak pembangkang yang suka memanipulasikan isu-isu tertentu atas peribadi sdra Khairy,sebenarnya adalah sesuatu yang memang dirancang untuk menidakkan sdra Khairy menguasai golongan Pemuda dan generasi muda di Malaysia.
Saya tidak mengenali sdra Khairy secara dekat tapi saya "membaca" dan saya yakin beliau sangat sesuai untuk mengambilalih Ketua Pemuda UMNO Malaysia selepas Sdra Hishammudin(tokoh Pemuda UMNO yang banyak berjasa).
Pembaharuan dan permodenan idealisme Pemuda UMNO harus ada "anjakan paradigma" sehebat yang mungkin.Program Pemuda UMNO tidak seharusnya berdasarkan kepartian semata-mata,kerana ini tidak sesuai pada generasi pemuda "atas pagar"(majoriti).Itu ingatan buat Pemuda UMNO.Sebab itu,saya melihat sdra Khairy memahami suasana ini apabila beliau mengetuai sesuatu program yang tidak berlandaskan kepartian.
Ingatan saya,jangan tersilap langkah.Biarlah Pemuda urus keluarga dalam Pemuda itu sendiri.Mereka yang sudah bergelar "kereta lembu"ada baiknya membantu membangunkan dan memartabatkan apa yang terdapat kelemahan pada batang tubuh UMNO itu sendiri.
Bersediakah Pemuda UMNO Malaysia menyerahkan kepimpinan Pemuda kepada golongan muda itu sendiri?
05.16.08 (9:05 am) [
edit]
1
Comments
SABAH DIANAKTIRIKAN...DIHINA PULA..Sdra Anifah.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Terima kasih YB, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya dengan YB, ada berapa kali YB datang ke negeri Sabah?
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Dua tiga kali.
Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Dua tiga kali tidak mencukupi YB untuk menilai rasa hati orang-orang Sabah. Jadi kalau YB seperti Ahli-ahli YB daripada Sabah yang sering menyuarakan tentang... (ada yang minta laluan) ...Tunggu sekejap, tentang perasaan rakyat Sabah. Barangkali inilah daripada satu punca masalah bahawa apabila ada pemimpin-pemimpin datang dua tiga kali sudah membuat satu rumusan, bahawa Sabah itu apabila mereka datang cuma sampai ke Kota Kinabalu sahaja YB. Tidak pergi kawasan-kawasan seperti Kinabatangan, Beluran dan kawasan Kalabakan. Jadi inilah satu fenomena yang kita sama sekali kita menolak oleh kerana datang ke Sabah dua kali, tiga kali sudah membuat andaian. Sedangkan kita yang selaku Ahli YB yang turun ke kawasan pada tiap minggu maka pandangan kita selalu diketepikan. Ini daripada satu masalah, masalah pemimpin-pemimpin kita termasuklah YB dari Kuala Krau. (minta laluan) Ya, YB Kota Belud.



Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Tuan Yang di-Pertua, Ahli YB daripada Kota Belud, bahawa bukan kita yang menetapkan tarikhnya. Itu adalah satu-satu isu yang kita mempertikaikan bahawa, biar pun kita dalam satu rumah banglo yang besar, tapi kita tidak merasa nikmat. Nikmat yang dirasai oleh kumpulankumpulan dan orang-orang yang tertentu. Jadi apabila kita bersuara YB, apabila kita mengutarakan perasaan rakyat, mereka menganggap kita hendak melompat. Sudahlah kita dianaktirikan, dihina pula. Jadi kalau sudah dianaktirikan dan di hina pula, ke mana kita nak pergi? Rumah teres pun, tereslah YB. [Ketawa] Apa gunanya banglo kalau sekumpulan sahaja yang merasai nikmat. Kita mahu biarpun teres sama-sama kita kongsi. Kalau pun banglo, sama-samalah kita menikmatinya. (laluan) Jangan separuh banglo separuh teres. Kita dalam banglo pun tidur di tepi tandas, apa gunanya.

Untuk selanjutnya disini
Secara jujur saya mengucapkan terima kasih Datuk dan syabas untuk rakyat SABAH.Masih ada yang sayang NEGERIKU!Mana pemimpin PBS?
05.10.08 (2:46 am) [
edit]
0
Comments
Anwar Ganti MB Selangor?

Jalan buntu dan teramat rumit untuk sdra Anwar yang bergelar Sang Rajawali ini menduduki kerusi singgahsana yang sangat diidamkannya.Para juak-juak Sang Rajawali bertungkus-lumus bergerak kesana-sini melobi dan mengangkat Sang Rajawali yang akhirnya berjaya mendapat gelaran anugerah tokoh paling berpengaruh ke 100 di dunia ini.Hebat.
Namun tugasan itu belum selesai kerana Sang Rajawali tidak terasa gelombang yang mendesak untuk berlakunya peralihan kuasa yang entah bila.Cuma Nujum Pak Belalang saja yang dapat meramalkan kejadian yang ditunggu-tunggu itu berlaku dengan luar biasa.Ia memang luar biasa.
Kekuatan Sang Rajawali ini tidak sehebat sewaktu kepimpinannya di ABIM dulu,kini ia lebih kepada berpolitik yang menghalalkan cara untuk memudahkan proses ke arah tujuan yang satu iaitu KUASA.

Untuk itu,saya mencadangkan agar Sang Rajawali ini mengambilalih kepimpinan Menteri Besar Selangor daripada sdra TS Khalid Ibrahim.Ini akan memperlihatkan dengan jelas bentuk wawasan dan pemerentahan yang ingin dibina oleh Sang Rajawali yang sangat-sangat diharapkan oleh para juak beliau untuk memerentah.Saya rasa,TS Khalid tidak akan berkecil hati,itupun jika Sang Rajawali berjaya untuk memenangi seberang kerusi di DUN Selangor.Apakah akan berlaku sesuatu yang MENAKJUBKAN bila Sang Rajawali ini menjadi MB Selangor dan akan terubahkah segala-segalanya,yang miskin menjadi kaya,yang pemabuk menjadi alim ke masjid,yang gila rasuah menjadi pesedekah atau yang zalim menjadi penyayang..atau mungkinkah akan berlaku "jadi-jadian" yang berpeleseran di Shah Alam.Mampukah Sang Rajawali ini?.Atau cemburukah Tok Guru Nik Aziz di Kelantan?.
Peralihan kuasa di Selangor dari TS Khalid Ibrahim kepada sdra Anwar adalah wajar jika benar-benar Sang Rajawali ini ingin mentadbir dan dituntut oleh para juak Pakatan Rakyat.Mengetuai sesebuah negeri berbanding dengan menjadi TPM adalah berbeza.Pada saya mentadbir sesebuah negeri cukup mencabar dan memberikan kesan jangka pendek bentuk pentadiran yang ingin di bawah oleh peneraju.Oleh itu,Sang Rajawali patut bersedia dahulu mengambil alih pentadbiran Selangor selaku MB barulah ke PM.Itupun jika benar berlaku sesuatu yang "luar biasa".Saya melihat,para idola Sang Rajawali ini sangat mengharapkan itu berlaku.Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat.
05.05.08 (11:29 am) [
edit]
0
Comments
Patutkah Negeri Di bawah Bayu Mengemis lagi?

Kami mempunyai pelbagai suku kaum dan kehidupan kami sangat harmonis,perpaduan kami juga tidak pernah tergugat.Itupun jika tidak ada pihak yang memanipulasikan kemasyarakatan kami di Sabah.Berpolitik adalah lumrah dan bukan menjadi halangan untuk kami boleh minum semeja dengan seteru yang berbeza pendapat.Ini berlaku baik di zaman Tun Mustapha,Datuk Harris dan Datuk Pairin sehingga sekarang tiada yang boleh merenggangkan hubungan keakraban di kalangan pemimpin dan rakyatnya.
Cuma satu saja yang kami amat lemah dan terlalu berharap.Kami mudah menyerahkan sesuatu yang kami punya dan memberikan peluang itu kepada mereka yang bersedia untuk mengambilnya.Sebabnya,kami tak cukup kuasa.Bukan sebab kami bertingkah tetapi "mereka" merancang untuk kami agar berkelahi sesama sendiri.Itu dulu.Kebodohan dan kedunguan pemimpin yang lemah akan menyebabkan Negeriku mudah diperkotak-katikkan.Oleh itu,kami bersedia menyerahkan kebijaksanaan pemimpin Sabah dewasa ini untuk meneruskan agenda pembangunan yang kita ketinggalan dewasa ini,terutamanya Pendidikan di kalangan anak-anak pribumi tercinta yang masih ketinggalan wawasannya.Kenapa tidak!tanyakan Sairin Karno bila beliau berkata masih ada yang tidak mempunyai rangkaian televisyen di kampung-kampung pendalaman.Cukup menyakitkan hati.
Bangunlah YB Negeri Di bawah Bayu,cukuplah anda mendengar bisikan-bisikan kepalsuan dan janji-janji kosong dari mereka diseberang sana.Jangan sampai "tahi yang terpijak" di bawah keseluruh kampung nanti akhirnya masyarakat terhidu juga najis yang kamu bawah itu.16 Sept.adalah tarikh kita menyertai pembentukkan Malaysia,bukannya menerima kemasukkan anda ke dalam Pakatan Rakyat.Itu adalah permainan sdra Anwar dalam berpolitik dewasa ini,setakat gempak saja.

Rakyatnya bersatu padu dan tidak mahu lagi menjadi pengemis pembangunan dan bukanya peminta-minta yang memalukan.Tetapi telah menjadi satu Power yang tidak ternilai harganya apabila Negeriku telah memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional.Untuk itu apakah anugerahmu wahai BN untuk negeriku yang kini dalam kemiskinan arus pembangunan perdana.Lawat-lawatilah kami di sini wahai Menteri Persekutuan,kalau setakat yang diberi hanya kelebihan masa untuk "News Sabah" di RTM.Itu tidak membuat kami "kenyang" kerana kami mahu makan hari ini.

05.04.08 (5:30 am) [
edit]
1
Comments