ANWAR BANYAK WAYANG-WAYANGAN

Kehadiran Sdra Anwar ke Sabah baru-baru sedikit pun tidak mengejutkan kepada rakyat Sabah itu sendiri.Tiada angin perubahan atau yang boleh dibanggakan.Putaran angin yang dikatakan mengganas itu tidak berlaku kepada suasana politik negeri di bawah bayu ini,malah rasa semacam disepikan saja idea dan tawaran demi tawaran yang tidak praktikal itu.
Walaupun kuasa Autonomi Pentadbiran ke atas Sabah diberikan dengan janji-janji muluk itu, ia juga boleh diberikan oleh pimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan ke atas Sabah mengikut kesefahaman antara kerajaan Barisan Nasional.Malah lebih bernas jika permuafakatan yang sudah terjalin lama ini diketengahkan oleh pimpinan Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan.Mengapa harus terkejut dengan tawaran sdra Anwar itu?
Permainan dan rentak wayang kulit ini sangat licik,tiada suatupun yang boleh menjamin kepercayaan dan diterima pakai bagi penduduk Sabah idea yang di utarakan oleh sdra Anwar bagi membolehkan peralihan kuasa yang ingin dikuasainya.Rakyat Sabah sudah masak betul dalam berpolitik malah lebih matang bagi menentukan hala-tuju negeri ini.
Apa yang penting dewasa ini,pemimpin BN Semenanjung perlu melayani dan berhemah dengan baik sebarang permintaan Kerajaan Negeri.Kalau dulu pernah berlaku"tikam belakang" ke atas BN oleh PBS di atas sesuatu yang tidak mendapat layanan seperti yang dikehendakinya.Sehingga Sabah ketika itu tidak mendapat peruntukkan sebaik mungkin untuk membangunkan negeri,sekarang politik menikam dari belakang itu berlaku pula di Semenanjung.Apakah mereka juga akan menerima nasib yang sama seperti Sabah di zaman pemerentahan PBS?.Fikir-fikirkanlah.
Adalah menjadi harapan rakyat Sabah agar negeri ini sentiasa makmur dan terjamin kestabilan politiknya.Sekian.
04.25.08 (9:50 am) [
edit]
0
Comments
Akar Umbi Menuntut Air Bersih dan Jalanraya terbaik untuk Sabah.

Kekuatan UMNO SABAH tidak diragukan lagi.Malah BN dapat diperkasakan di Negeri Bawah Bayu ini dengan kepimpinan Datuk Seri Panglima Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Barisan Nasional Negeri.
Apa yang penting ketika ini ialah menunaikan apa yang dijanjikan ketika rakyat Sabah dijamin kemakmuran dan keamanan di setiap pelosok daerah di negeri Sabah.
JALAN RAYA ASPAL TAK BERKUALITI
Diantaranya ialah pembangunan infrastuktur jalanraya di bandar utama yang kualiti aspalnya setakat jalanraya kampung saja.Ini sangat menyedihkan.Apa lagi kalau diambil kira jalan-jalan kampung.Perbezaan ini amat ketara kalau dilihat jalanraya Bandar Kota Kinabalu dengan Kuala Lumpur atau bandar utama di sebelah sana,sangat jauh bezanya.Kita sudah di abad ke 21,malah Malaysia akan dijangka negara maju pada 2020 kelak.Apakah Sabah sudah bersedia untuk itu.

Contoh Jalan Utama berkualiti Semenanjung Malaysia.

AIR BERSIH
Seperkara lagi yang tidak kurang pentingnya di ambil perhatian ialah kemudahan air di Sabah yang juga kurang berkualiti.Terutama di bandar utamanya.Air tidak ada kemudahan fluorida seperti mana yang terdapat di Semenanjung.
Fluorida boleh di tambah ke dalam air terawat untuk mencegah dan mengurangkan kerosakan gigi di kalangan kanak-kanak.Fluorida ialah asid dan di tambah ke dalam air terawat dalam jumlah yang kecil , cukup untuk mengurangkan kerosakan gigi.
Keadaan ini perlu diambil kira,lebih-lebih lagi Sabah sentiasa dikunjungi oleh para pelancong dari negara luar.Adakah air kita sudah memenuhi standard antarabangsa?Alangkah lebih baik jika seluruh rakyat Sabah dapat menikmatinya.Fikir-fikirkanlah....
04.20.08 (12:41 pm) [
edit]
0
Comments
BILA WAKTUNYA PEMIMPIN MELAYU MAHU SEPAKAT.


Mempertahankan Ketuanan Melayu harusnya kita rujuk kepada sejarah silam,bagaimana para pejuang Melayu ketika itu bersedia untuk bersatu mempertahankan "Bangsa"nya.Mereka dapat menghindari kefahaman atau idealogi dalam aliran yang berbeza pendapat demi rumpun Melayu sentiasa terbela.Sejarah politik orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu bangkit menentang penjajah,kini orang Melayu sudah lupa Tanahairnya sendiri yang dahulunya diperkasakan oleh pemimpin atau pejuang bangsa yang sudah berpergian.Politik dalam perebutan kuasa memerentah menjadi agenda utama untuk direbuti oleh pemimpin Melayu yang kini bercakaran sesama sendiri.
Sudah sampai masanya pemimpin tertinggi orang Melayu di negara ini bersatu dalam bermaufakatan ke arah penyatuan Bangsanya itu sendiri.Sebelum ada yang "meneguk air keruh" jika benar ianya keruh.Sejarah UMNO di dalam sejarahnya penuh liku dan onak berduri ketika di zaman Datuk Onn dan Tengku Abd.Rahman,kenapakah kita lupa?Memangkah orang Melayu itu mudah lupa...atau kita dibuai mimpi yang panjang.Kekuatan orang Melayu terletak di bahu Parti UMNO itu sendiri.Kerana memang UMNO itu Parti Melayu.
04.15.08 (10:25 am) [
edit]
0
Comments
Khairy Jamaluddin Bakal Ketua Pemuda UMNO Malaysia?

Saya sealiran berfikir dengan sdra Datuk Jamlus Aziz Ketua Pemuda UMNO N.Sembilan bahawa orang yang paling layak menerajui Pemuda UMNO bagi mengganti Datuk Seri Hishammuddin secara ikhlas adalah sdra Khairy Naib Ketua Pemuda dewasa ini.
Berdasarkan pengalaman dan kejayaan beliau membawa arah tuju Pemuda bersama Ketuanya Datuk Seri Hishammuddin perlu minda pemuda ketika ini memikirkan secara rasional dan berhemah.Pada saya,sebarang kritikan yang dilontarkan kepada beliau adalah seumpama permainan politik "cubit paha kanan,paha kira terasa sakit".Beliau menjadi "mangsa" keadaan yang tidak seharusnya sebilangan kecil pimpinan UMNO terikut-ikut.
Memang sesuatu kerugian besar tokoh yang sudah digilap dan banyak melakukan pengorbanan dalam perjuangan parti tidak dapat menyumbang kehadapan sekiranya sdra Khairy tidak diberikan peluang ini.Sebagai ahli biasa,harapan kami ahli-ahli UMNO diseluruh negara biarlah perebutan jawatan itu dilakukan dengan "timbangtara" yang cukup teliti dan jangan bermainkan emosi yang direka cipta oleh mereka yang kecewa.Umno sebuah parti yang utuh dan sudah tentulah berpayung dipersadanya "Melayu Takkan Hilang Di Dunia".
Saya percaya dan yakin pemimpin akar umbi akan menyokong sdra Khairy untuk meneruskan agenda politik melayu di kalangan Pemuda UMNO.
klik di sini.Pemuda NS: Rugi jika tak pilih Khairy
Bakal Ketua Pemuda UMNO Malaysia ke 11.
04.08.08 (10:07 am) [
edit]
8
Comments
BARISAN RAKYAT TIADA TEMPAT DI SABAH.

De Facto Leader BA Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berura-ura bersedia untuk memujuk para pimpinan UMNO dan Barisan Nasional Negeri Sabah untuk menyertai BA, apa yang pastinya mengundang "kecewa dan kegagalan" delegasi itu kelak.
Pimpinan UMNO/BN Sabah tetap utuh dan berdiri teguh dalam kerajaan BN.Yang jelas,tidak ada suatu faedahpun yang boleh diperolehi oleh mereka yang ingin melompat ke BA.Saya amat yakin politik orang Sabah sangat berbeza dengan apa yang berlaku di Semenanjung Malaysia dewasa ini.Jaminan untuk masa depan budaya,ekonomi,pendidikan dan kepentingan segala suku yang terdapat di bumi Sabah sudahpun di angkat dan di martabatkan oleh kerajaan Barisan Nasional Negeri.
Suatu yang amat malang bila "janji 100 hari" Sabah membangun di waktu DSAI berucap di Bumi Sabah ke tika dulu(siapa yg membuat janji).Janji tinggal janji.Ini masih dalam ingatan para pemimpin Negeri Sabah yang pernah mendengar dan mengharungi cabaran ketika PBS tidak bersama BN.Apakah janji itu akan berulang lagi.Pada saya,Sabah kini cukup makmur,aman dan maju bersama pimpinan Datuk Seri Panglima Musa Aman Ketua Menteri Sabah dan Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Titingan.Apa yang penting kini BN pusat akan memberi peluang anak tempatan(YB) Negeri Sabah mengendali "pentadbiran persekutuan" lebih luas lagi.
Adakah delegasi itu bertujuan memakmurkan atau melatih semula perebutan kuasa di Sabah?Saya yakin pemimpin Sabah lebih berwaspada dengan kehadiran juak-juak BA yang bersedia untuk memancing.Ingatlah!kepentingan individu tidak menjamin apa-apa tetapi apakah jaminan anda kepada rakyat jelata yang mahukan kestabilan politik dan kehidupan yang lebih selesa.Kuasa tidak segala-segalanya.Tanpa ekonomi yang stabil kuasa tidak berguna.
Marilah,kita kekalkan kemakmuran ini dan berdiri teguh bersama Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Abdullah Ahmad Badawi dan Tim.Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Najib Abd.Razak.Pendekar UMNO.HIDUP UMNO!
Perjuangan Belum Selesai!
04.06.08 (10:33 am) [
edit]
0
Comments
UMNO - Perlukah EGM?

Melihat pada situasi sekarang, Parti UMNO pada pandangan saya perlu membuat "Post Mortem"Atau EGM (Perhimpunan Agung Khas).Banyak kebaikkan daripada keburukkan apabila dilakukan perhimpunan berkenaan.Disini kita dapat meluahkan apa yang tersirat daripada PRU12 itu sendiri.Luahan akar umbi dalam hal ini perlu diketengahkan dan diberikan peluang untuk menyuarakan pandangan dan hasil rumusan pada perhimpunan berkenaan.
Pada himpunan ini juga mengeratkan kembali kekuatan yang ada dan menyedarkan para pimpinan bagi membetulkan sebarang kelemahan Parti.Harus diingat kekuatan UMNO terletak kepada keutuhan ahlinya.Jangan sampai ada ahli di 5 negeri belot.Diwaktu ini juga,ahli diseluruh negeri akan dapat mendengar hasil perbahasan dan amanat pemimpin UMNO dalam memperkasakan batang tubuh UMNO itu sendiri.
Berkaitan ucapan Y.B.M. Tengku Razaleigh Hamzah, Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Kelantan baru-baru ini ada baiknya diambil perhatian sebaik mungkin.Saya tidak bersedia untuk memberikan komen hasil ucapan itu.
Setakat inipun saya belum bersedia melakukan kritikan keatas Barisan Rakyat.Keutamaan saya adalah memperkasakan UMNO itu lebih utama dahulu.Sekian.
04.04.08 (10:05 am) [
edit]
0
Comments
UMNO - SIAPA PERKASAKAN SIAPA?

Cukup menyedihkan dan teramatlah parahnya nasib batang tubuh UMNO itu bila para pemimpin bercakaran sesama sendiri,entah sampai bila kekalutan ini berakhir! Entah,siapakah yang ingin diperkasakan oleh mereka.Adakah UMNO itu sendiri atau individu yang mengaku tersangatlah perihatin tentang nasib bangsa.Berbulan sudah kedengaran caci-mencaci,seorang mengata dia yang betul,yang lain salah.seorang lagi menyampuk"Akulah pilihan anda".
Kalau dilihat,sudah tentu generasi muda Melayu mengatakan "Aku bosan dengan pemimpin sebegini yang dulunya mengajar tentang kesopanan dan adat budaya yang baik kini ia pula bercakaran sesama sendiri.Tidak adakah jalan "keluar" untuk ini.Apakah dunia politik melayu sudah terlalu sempit.Saya masih yakin,orang-orang melayu boleh bersatu dalam apa keadaan sekalipun.
Saya setuju,biarlah pemimpin menyelesaikan sesama mereka.Namun jangan sampai tatasusila bangsa dicemar dengan tingkah yang cukup"kurang ajar".Dimana Kesopanan dan Kesusilaan kita selama ini.Perebutan kuasa sangat merbahayakan UMNO itu sendiri.Ingatlah pada sejarah UMNO itu sendiri.Dari Parti Negara ke Semangat 46 hingga UMNO diharamkan sehingga kini adakah ia masih bergolak.Jawapan ditangan anda.
Serahkan kepada Ahli-ahli akar umbi untuk menentukan bila tiba Mesyuarat Agung UMNO nanti.Bergeraklah secara tertib dan sopan,bakal pemimpin sentiasa diperhatikan.Bukan untuk setakat merebut jawatan dalam UMNO tetapi bakal menanti PRU13 kelak.Keyakinan rakan UMNO dalam BN sangat diperlukan untuk meneruskan agenda Negara.Cukuplah kecuaian/lalainya para pemimpin UMNO selama ini.
04.02.08 (11:07 am) [
edit]
0
Comments