Jangan jadikan parlimen tempat sarkas lompat melompat

Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen kedua-duanya adalah wakil rakyat. Mereka membawa suara, isihati dan kehendak rakyat. Mereka berkhidmat untuk rakyat dan kerana rakyat. Malah mereka dipilih oleh rakyat. Dengan kata lain, tindakan wakil-wakil rakyat bukanlah tindakan bersendirian. Apabila ahli parlimen membuat undi di Dewan Rakyat, bermakna mereka mengundi bagi pihak masyarakat yang diwakili.
Maksudnya, segala tindakan wakil rakyat adalah kehendak majoriti rakyat yang telah memilih mereka. Wakil-wakil rakyat tidak boleh mengundi atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak rakyat kerana itu sudah tidak sedlari dan bertentangan dengan maksud wakil.
Wakil rakyat dipilih dalam pilihanraya melalui parti. Parti itulah lambang sokongan dan kekuatan rakyat di kawasan masing-masing. Tatkala bertanding, calon meminta restu dan sokongan daripada orang ramai termasuk daripada mereka yang bukan menjadi ahli partinya.
YB dipilih kerana partinya oleh itu YB berkenaan harus terikat dengan parti yang telah dipilih.Wakil-wakil rakyat ini tidak boleh sewenang-wenangnya menukar atau melompat parti kerana itu bukan kehendak rakyat yang diwakili. Parti baru yang hendak disertai wakil rakyat berkenaan, mungkin parti yang mereka tentang habis-habisan sebelum ini.
Oleh itu, memang wajarlah digubal undang-undang untuk menyekat wakil rakyat menjadi katak pula. Mereka tidak boleh lompat parti ikut perangai katak iaitu melompat ke mana sahaja ia suka.
Katak bolehlah mana-mana ia nak pergi sebab di belakangnya bukan ada pengikut. Jangan kata pengundi, anak sendiripun dibiarkan bergerak sendiri. Elok sangatlah ada undang-undang untuk menyekat wakil rakyat katak ini. Kalau boleh, sekat terus mereka ini daripada bertanding kerana kita percaya, jika dibiarkan, institusi parlimen dan dewan negeri nanti bakal bertukar fungsi daripada penggubal undang-undang kepada sarkis zaman purba! .
03.29.08 (9:51 am) [
edit]
0
Comments
Gong pemilihan UMNO sudah dipalu.

Oleh: ROSLI ISMAIL |
Gong pemilihan UMNO sudah dipalu.Yang pasti antara sekarang hingga ke 9 Oktober nanti bila 191 UMNO Bahagian di seluruh negara mula bersidang calon-calon yang mengintai jawatan sudah perlu get set untuk mendapatkan pencalonan.Setiap pemilihan sebelum ini fokusnya sentiasa bertumpu kepada jawatan tiga Naib Presiden UMNO dan 25 barisan Majlis Tertinggi UMNO.Sepanjang enam bulan akan datang ini setiap gerak langkah bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah tentunya mencuri perhatian setelah beliau mengumumkan hasrat untuk berentap jawatan Presiden UMNO.Mampukah beliau mendapat pencalonan ? Untuk Seterusnya Klik di SINI..
|
03.29.08 (9:36 am) [
edit]
0
Comments
Rakyat Malaysia Inginkan Perubahan Selepas PRU12.
SHAHRIR SAMAD Mingguan: Bagaimana Datuk melihat keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 baru-baru ini?
SHAHRIR: Bagi saya, rakyat memang berkehendakkan perubahan. Mereka mahu melihat perubahan pada janji-janji yang dibuat oleh pemimpin pada pilihan raya umum 2004 iaitu untuk membawa era mengurangkan rasuah, kerajaan yang responsif dan mengambil berat tentang masalah rakyat. Bagaimanapun perubahan yang dijanjikan itu belum menepati harapan mereka. Maka mereka sendiri membuat keputusan untuk membawa perubahan secara mendadak melalui pilihan raya.
klik di sini.....
03.26.08 (1:14 pm) [
edit]
0
Comments
Senasibkah UMNO Senasib Parti GOLKAR?

Melihat kepada ketidak tentuan dalam erti kata kecelaruan Parti Melayu UMNO dewasa ini sangat membimbangkan kita.Walaupun kenyataan Tim.Presiden UMNO Datuk Seri Najib bahawa kedudukkan Parti masih stabil"cuma perlukan suntikan semangat" namun dari pemerhatian kita UMNO kini dalam dalema yang amat sangat.Bermula dari Negeri Perlis dan kini yang paling mendesak ialah Negeri Trengganu.
Apakah penting sangat jawatan Menteri Besar itu dari mempertahankan kewibawaan UMNO dalam menangani krisis demi krisis.Kita orang Melayu kita ada adat-budaya dan kesopanan ,kenapa kita tidak boleh berunding baik dan bertolak-ansur dewasa ini?Sedangkan kini kita cukup tercelar dan untuk berlari pun sangat letih.Batang tubuh UMNO itu lebih penting daripada individu tertentu,perpaduan yang sering dilaungkan pemimpin kita nampaknya tinggal laungan saja.Susah sangatkah untuk kita menerima/cadangan titah Sultan,sedangkan kita diminta taat setia kepada Raja dan Negara.Itu terdapat dalam Rukun Negara.Yang dulunya para generasi muda diarah memahaminya.Cukup meluas di media-massa ketika itu.Kini seolah-olah kita seumpama"melastik getah kedinding kena kemuka sendiri".Betulkah begitu wahai pemimpinku.
Cukuplah kita bergelut dengan tugasan /jawatan yang tidak menjaminkan keamanan dan kestabilan dalam Parti UMNO itu sendiri.Bersatulah dan berikanlah contoh teladan yang baik ketika kita berkrisis sesama sendiri.
Cukup menakutkan kalau kita tidak dapat menerima kenyataan dan membuat kerenah sendiri,akibatnya tidak mustahil lagi nasib UMNO seakan Parti Golkar di Indonesia nanti.Mungkin orang melayu masih ada harapan untuk berpayung di Parti UMNO ini,tapi macam mana pada kaum lain yang muak dengan kerakusan kita dalam merebut jawatan.Adakah sokongan itu boleh lagi kita dapat pada PRU13 kelak.Atau mungkin,jika kelangsungan ini berterusan akan banyak berlaku perpecahan sesama sendiri.Cawangan demi cawangan akan banyak yang bubar.Atau mungkin sangat kendur semangat,akhirnya lompat ke Parti lawan.Siapakah yang dipersalahkan?Saya,awak,k ita..bukan jawapnya PEMIMPIN!
Semoga tulisan sekelumit ini boleh menjadi peringatan dan kesedaran untuk para pimpinan yang telus dan jujur dalam perjuangan Bangsa,Agama dan Negara.
03.23.08 (2:01 am) [
edit]
0
Comments
Pertahankan DEB...Itu maruah Melayu !

Kira-kira 1,000 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat berhimpun di Dataran Shah Alam hari Rabu bagi membantah cadangan PKR dan DAP yang kini memerintah Selangor untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Perhimpunan yang berlangsung di dalam hujan lebat itu menyaksikan perhimpunan yang dinamakan Himpunan Melayu Selangor itu dipenuhi dengan ucapan yang membantah cadangan pihak kerajaan negeri Selangor untuk menghapuskan DEB. Beberapa pemimpin perhimpunan itu dalam ucapannya mengutuk cadangan menghapuskan DEB yang disifatkan mencabar kesabaran orang Melayu. Malah mereka melaungkan slogan Hidup Melayu dan Daulat Tuanku berharap agar Sultan Selangor terus diberikan kekuatan untuk mempertahankan kepentingan orang Melayu di Selangor. Perhimpunan berkenaan berlangsung dalam masa setengah jam dan berjalan dengan aman dan pihak polis kelihatan berkawal di sekitar Dataran Shah Alam sepanjang perhimpunan itu berlangsung. - 19/3/2008
03.19.08 (9:56 am) [
edit]
0
Comments
Isu suruh PM letak jawatan : Mukhriz bebas

Mesyuarat Exco Pemuda UMNO Malaysia hari Selasa memutuskan tindakan exconya Datuk Mukhriz Mahathir yang menghantar surat kepada Perdana Menteri memintanya meletakkan jawatan dianggap tidak bersalah.
Keputusan ini dibuat kerana surat berkenaan bersifat peribadi dan penyebaran surat berkenaan dibuat oleh pihak lain tanpa pengetahun Mukhriz sendiri.
Keputusan Pemuda itu telah disambut dengan tepukan gemuruh oleh para penyokong Mukhriz yang turut berada di luar bilik mesyuarat semasa sidang media diadakan.
Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, ada agenda yang lebih besar yang perlu diselesaikan oleh Pemuda dan Pemuda mahu melupkan episod surat Mukhriz berkenaan.
Sementara itu, Mukhriz ketika ditemui wartawan selepas sidang akhbar berkenaan berkata, beliau tetap berpegang kepada surat yang dihantarnya kepada Perdana Menteri.
Beliau menjelaskan semasa mesyuarat Exco Pemuda keputusan yang dicapai ialah mereka bersetuju untuk tidak bersetuju berhubung dengan isu berkenaan. - 18/3/2008
03.19.08 (9:15 am) [
edit]
0
Comments
Tindakan DAP Boleh Mengakibatkan Suasana Tidak Selesa Antara Kaum

KUALA LUMPUR - Tindakan Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk menghapuskan Dasar Pembangunan Baru atau lebih dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) di Pulau Pinang adalah satu tindakan yang akan mencetuskan ketegangan di antara kaum dan menyebabkan ketidakstabilan negara.
berita penuh-klik sini.
03.17.08 (11:53 am) [
edit]
0
Comments
Plot Pertemuan Sdra ZAM dan Sdra Anwar.

Dalam keadaan politik yang ‘macam-macam’ sekarang apa saja boleh menjadi bahan desas desus.
Dengan jalan cerita yang dibawa dari mulut ke mulut dicampur pula dengan tokok tambah sebagai penyedap bahan perbualan ia boleh bertukar jadi seolah-olah cerita benar. Cuba tengok kes Datuk Seri Zainuddin Maidin.Heboh juga cerita yang tersebar termasuk kalangan circle atasan mengatakan bekas Menteri Penerangan itu ‘sudah berunding’ dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Cerita ini timbul bila ada yang ternampak beliau berbual dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu di sebuah restoran Jepun di Hotel Hilton Petaling Jaya.
Betulkah bagai yang dicerita?
Agendadaily menghubungi Zam sendiri petang Ahad untuk mendapat pengesahan.Tanpa berselindung beliau mengakui ada bersua dengan Anwar.
Namun kemudiannya sambil tertawa Zam menjelaskan ia berlaku secara kebetulan semasa sedang makan di restoran itu bersama Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Khalid Mohd dan bekas Timbalan ketua Pengarang Kumpulan Utusan Hamzah Sidek pada pada waktu tengahari Khamis 13 Mac baru ini.
Katanya pada waktu itu restoran itu penuh dengan pelanggan dan semua bilik habis ditempah.Beliau,Khalid dan Hamzah terpaksa duduk di sebuah meja biasa dalam restoran itu.
Tidak lama kemudian Datin Seri Wan Azizah Ismail bersama anak kecil iaitu cucunya masuk dan duduk di meja sebelah mereka.
Kemudiannya Anwar pula masuk.Menurut Zam mereka bertegur sapa sejenak dan sebelum kira-kira 45 minit kemudian mereka keluar setelah habis makan.Mereka sekali lagi bercakap sejenak.
“Itu saja…antara yang saya ingat Anwar kata pada saya Zam you look good ,”katanya. Zam berkata beliau sendiri hairan bagaimana pertemuan secara kebetulan itu menjadi bahan desas desus.
“Who am I ,”katanya sambil memberitahu baginya tidak ada sebarang agenda atau kepentingan politik.
“Bab politik sudah habis bagi saya.”katanya.
Menurut Zam beliau merasa bersyukur dapat memberi khidmat kepada kerajaan dan rakyat selama memegang jawatan menteri,timbalan menteri dan Setiausaha Parlimen dulu.
“Saya tidak rasa saya ada apa-apa masa depan dalam politik sekarang.Kalau saya nak ambil tahu pun apa-apa tentang politik ialah sebagai seorang wartawan,”katanya.
Zam memberitahu beliau cuma tersedar ada orang yang bercakap hal ini bila menerima panggilan telefon pada jam 11 malam Khamis dari bekas Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil bertanya hal itu.“Datuk Shahrizat tanya saya betulkah saya ada buat pertemuan dengan Datuk Seri Anwar.Saya pun jelaskan hal sebenar kepadanya,”katanya.
Beliau tewas di kerusi parlimen Sungai Petani dalam pilihanraya umum 8 Mac ditangan calon Parti Keadilan Rakyat, Johari Abdul.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan itu sebelum itu menang kerusi parlimen Merbok yang bersempadan dengan Sungai Petani semasa pilihanraya umum 2004.- 16/3/2008
------------------------- --
03.17.08 (11:26 am) [
edit]
0
Comments
ARTIS MALAYSIA WAJIB MENDENDANGKAN SATU LAGU PATRIOTIK UNTUK ALBUM MEREKA..
Melihat kepada perkembangan dewasa ini setelah di analisa dan dibuat penilaian,saya dapati artis Malaysia perlu mengorak langkah yang lebih drastik untuk membangun dan membina warga Malaysia yang cintakan kestabilan dan keamanan negara.Perjuangan para artis baik dibawa naungan Persatuan yang ada terpaksa atau tidak mengambil peranan yang lebih besar.
Untuk itu dicadangkan mana-mana artis yang ingin membuat album solo atau kumpulan di wajibkan menyumbang satu lagu berunsurkan Semangat Patriotik yang bertemakan cintakan kepada negara.Para penulis lagu dan lirik kenalah menyediakan satu lagu sedemikian.Ia bukanlah lagu semacam "NEGARAKU" (Ini lagu Kebangsaan kita).Pada saya Kementerian Penerangan kenalah mengambil serius perkara ini.
Kita lihat saja artis Indonesia,mereka kebanyakkanya ada mendendangkan lagu-lagu unsur patriotik pada setiap;album mereka.Kenapa kita tidak boleh berbuat demikian.Saya ambil contoh lagu Dirgayu Indonesia(arwah Gombloh),Mata Dewa(Iwan Fals).Biar apa rentak sekalipun,yang penting lagu itu berjaya menarik minat para remaja dewasa ini.
Amat kurang atau sukar kita mendengar adanya lagu-lagu semangat Patriotik semacam;"kritikan sosial" dewasa ini.Trend pencipta lagu harus berubah mengikut zaman.Terlalu banyak yang berlumba-lumba mencari idea untuk satu lagu Cinta.Tidak menjadi kerugian bila satu album ada lagu semangat patriotik.Saya rasa anda faham maksud saya.
Dulu M.Nasir ada dengan lagu"Kuala Lumpur","Semera h Padi",tapi kini ketandusan idea pulak.Mana sudah Kopratasa!

Saya melihat melalui lagu yang disampaikan, mesej itu sangat cepat sampai;kepada audien untuk mengamatinya.Saya bukan pakar dalam bidang ini,cuma saya merasakan idea ada dan perlu dipertanggungjawabkan .
03.17.08 (10:54 am) [
edit]
0
Comments
Mengapa Rakyat Menolak BN

Oleh: Perantau
Umno tercari-cari sebab mengapa mereka kalah. Akhirnya mereka kata rakyat keliru, tidak faham dasar kerajaan (balik-balik dia tuduh rakyat yang bodoh sedangkan kebodohan itu milik mereka) ataupun rakyat telah diputar belit dan di tipu oleh pembangkang. Kita sebenarnya kasihan kepada Umno kerana kajiannya sangat lemah dan tahap keilmuan mereka sangat rendah. Kita sebagai pemerhati boleh membantu Umno mencari formula penyelesaian dan membantu mereka juga mengapa mereka kecundang dalam PRU12.
Untuk seterusnya klik ke sini.
03.16.08 (9:00 am) [
edit]
0
Comments
HUKUM MUKHRIZ: PRESIDEN UMNO SERAH KEPADA PEMUDA
(KLpos) PUTRAJAYA: Menteri-menteri Kabinet yang kalah pada pilihan raya umum ke-12 Sabtu lalu tidak akan dilantik semula dalam barisan jemaah Kabinet baru yang akan diumumkan tidak lama lagi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau menegaskan bahawa Kabinet baru itu akan dianggotai oleh barisan pemimpin yang berwibawa dan mampu melaksanakan segala yang dirancang oleh kerajaan.katanya pemilihan anggota Kabinet baru itu merangkumi calon-calon dari pelbagai kaum dan muka baru yang berjaya dalam pilihan raya umum lepas. "Yang sudah tewas kita tidak ada cadangan untuk melantik semula. Kita mahu transformasi yang hendak dibawa itu mesti dilaksanakan sebaik-baiknya," katanya semasa temubual dengan Bernama TV di kediaman rasminya di Seri Perdana di sini hari ini.
Bagaimanapun, Abdullah, berkata Kabinet baru itu akan dianggotai oleh calon-calon daripada semua kaum sama ada Cina, India, Iban dan Kadazan.Pada pilihan raya tersebut, empat menteri Kabinet dan Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mencatatkan keputusan luar dugaan apabila tewas kepada muka baru yang dicalonkan oleh parti pembangkang.Presiden MIC dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil (Lembah Pantai), Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (Shah Alam) dan Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin di kerusi Parlimen Sungai Petani.
YB Dato' Mukhriz Mahathir.
03.15.08 (9:41 am) [
edit]
0
Comments
DAP BERCELARU,PKR-PAS BINGUNG.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:
mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan
mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991.Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng telah menolak dasar ini dan dengan terang menunjukkan betapa sikap DAP terhadap pemimpin orang melayu yang ingin membantu bangsanya sendiri.Sedangkan dengan jelas proses penyusunan semula masyarakat telah banyak memberikan impak baik dari segi ekonomi malah sosial dan kestabilan politik di negara ini.Tindakan Lim Guan Eng ini telah menunjukkan sudah terang lagi bersuluh"Siapa DAP".Adakah posisinya parti berbilang kaum atau untuk memperjuangkan nasib satu kaum.Fikir-fikirkanlah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memberi amaran kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya tidak membuat kenyataan yang boleh memarakkan ketegangan kaum.
Lim, selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang semalam, memberitahu pemberita bahawa kerajaan negeri pimpinan DAP itu tidak akan mengamalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Lim juga berkata DEB, yang diperkenalkan pada 1971 selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969 untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat, merupakan punca kepada “kronisme, rasuah dan ketidakcekapan.”
Abdullah memberitahu Bernama selepas mengadakan pertemuan dengan para pegawai tinggi kerajaan di pejabatnya di sini bahawa DEB yang diperkenalkan Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sebenarnya telah berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan ini telah memberi faedah kepada semua kaum.
Lihat saja apa yang terjadi di Perak,Barisan yang rapuh ini tidak mungkin dapat tidur sebantal malah hayatnya pun tidak panjang.PAS dan DAP yang sebenarnya umpama langit dan bumi,tidak akan sentiasa sependapat dalam banyak hal.Dalam hal untuk memilih MB pun dah bercelaru inikan pula membela kebajikan dan nasib rakyat.Satu ke hulu yang satu lagi ke hilir,PKR kebingungan entah arah mana yang hendak dibawah kepimpinan negeri yang dimenangi.
Saya tidak tahulah kalau Presiden Pas boleh menerima penolakkan DEB bersama DAP dalam hal ini.Walaupun dikatakan yang dibangkitkan adalah soal"pelaksanaan&quo t; DEB itu sendiri.Dalam hal ini,Kerajaan tidak akan melaksanakan sesuatu dasar kalau bukan telah dibincangkan bersama baik di Parlimen dan dalam Majlis Ekonomi yang mana pihak pembangkang juga adalah ahli panelnya.
03.14.08 (9:29 am) [
edit]
0
Comments
Kekalkah Ketuanan Melayu.
Perjalanan yang panjang dan penuh liku perlu banyak yang diperbetulkan.UMNO adalah Parti Pilihan orang melayu dan harus segar dan harum semarbak.Dengan UMNO Ketuanan Melayu dapat dipertahankan,Malangnya ini tidak diperjelaskan kepada generasi muda dewasa ini.Generasi muda terlupa bahawa kita dalam Raja Berperlembagaan di mana kebanyakkan negeri adalah dalam naungan daulat Raja itu sendiri.Lihat apa yang terjadi di Perak.
Semoga Kekuatan UMNO dan kebijaksanaan pemimpin memperbetulkan tanggapan salah yang telah disumbat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ke atas anak-anak melayu.Di abad ke 21 ini,informasi sangat penting.Harus cepat dan pantas sebagai maklumat yang benar dan berkesan.
Akar umbi UMNO tidak harus melatah dan kelam kabut.Perlunya tenang dan berhemah menangani isu-isu yang mendatang.Jangan mudah patah semangat,juang tetap berjuang.Mari kita bersama pemimpin.Kita kembalikan maruah para pejuang UMNO yang telah kembali ke rahmatullah dan memerdekaan negara ini.

Adalah menjadi harapan kita pemimpin yang ada .Saya percaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah 2 pemimpin besar yang akan memulihkan kembali calar yang terguris pada gabungan BN.Sokongan tidak berbelah bagi harus kita ketengahkan demi masa depan Ketuanan Melayu tidak terhakis di bumi sendiri.
Perpecahan dikalangan kita harus dielakkan.Kita rapatkan barisan dan marilah wahai Melayu,jangan lupa hari ini terbukti sudah perpecahan di kalangan kita telah diteguk oleh mereka yang mengambil kesempatan nyata.
03.13.08 (9:21 am) [
edit]
2
Comments