Kenapa media ISRAEL Sokong BERSIH ?

Oleh 1peluru - Berita perhimpunan BERSHIT 2.0 pada 9 julai lalu turut disiarkan oleh sebuah akhbar berpengaruh israel iaitu the jerusalem post (klik). walaupun jumlah peserta yang menyertai demo tersebut tidak dinyatakan secara tepat, tetapi jelas pada perenggan kedua berita dalam akhbar itu cuba mempengaruhi pelabur2 asing supaya tidak melabur ke Malaysia. Nyata sekali agenda Anwar dengan proksinya Ambiga bukan setakat untuk memburukkan imej polis, tetapi turut juga mempunyai agenda lebih besar supaya jumlah pelaburan asing ke malaysia menurun dan mereka dapat menjadikannya isu menjelang PRU13. Lihatlah betapa celakanya Anwar Ibrahim, sanggup mensabotaj perkembangan ekonomi negara hanya kerana kerakusan kuasa yang tak sudah-sudah.
Baca seterusnya.....
07.16.11 (10:21 pm) [
edit]
1
Comments
Azizah Perlu Sumpah Laknat
Aktivis PAS : Azizah Perlu Sumpah Laknat Nafi Anwar Bukan Pelaku Video Seks.

Untuk menyelesaikan kekusutan berkenaan isu video seks, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail disaran bersumpah laknat bagi menafikan pelaku seks itu bukan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Wan Nasuha Wan Hassan dalam emailnya kepada blog pro-PAS, ikutsukaakuisa.co.cc.
"Dr Wan Azizah perlu akur bahawa isu video ini telah menjangkaui kepentingan peribadi, keluarga dan politik. Keharmonian ummah sudah terancam dan kestabilan negara telah tergugat. Hanya Dr Wan Azizah yang mampu untuk menyelamatkan ummah daripada terus dilanda musibah ini.
"Maka dengan ini, saya dengan segala rendah hatinya mencadangkan supaya Dr Wan Azizah membuat sumpah laknat atas nama Allah bahawa pelaku dalam video itu bukan suami beliau.
"Selepas membuat sumpah tersebut, beliau haruslah mengadakan sidang media di mana jam Omega suami beliau yang selama ini saya percaya di dalam simpanan beliau ditunjuk kepada para hadirin", katanya.
Wan Nasuha yang juga merupakan salah seorang aktivis PAS berkata penafian yang dilakukan secara lisan oleh Wan Azizah selama ini tidak mencukupi kerana beliau akan dianggap berkepentingan untuk melindungi suaminya.
"Selama ini penafian secara lisan dari beliau telah diperlekehkan atas alasan beliau berkepentingan sebagai isteri untuk melindungi reputasi suami beliau.
"Tambahan pula si isteri adalah presiden parti yang berketua umumkan si suami. Mahu tak mahu, Dr Wan Azizah harus mengambil tindakan yang lebih tegas dan berani untuk menamatkan fitnah jijik ini", katanya.
Menurutnya sumpah laknat Wan Azizah itu dianggap satu keperluan untuk menyelesaikan isu tersebut yang sepatutnya lebih tepat lagi dilakukan oleh Anwar sendiri.
"Tiada insan rasional dapat menolak kesahihan sumpah laknat yang dibuat oleh Dr Wan Azizah, malah itu lebih efektif dari apa-apa sumpah laknat yang dibuat oleh Anwar Ibrahim sendiri.
"Apatah lagi diperkukuhkan dengan adanya jam Omega yang menafikan sama sekali bahawa Anwar telah berada di tempat di mana video hubungan seks haram telah dirakam", katanya lagi.
7 Mei lalu melaporkan Wan Azizah mengakui bahagian muka dan leher pelaku seks dalam video itu menyerupai suaminya, Anwar, tetapi menafikan pelaku itu suaminya kerana perutnya lebih boroi.
Azizah berkata demikian ketika berceramah di di Markaz PKR Satok, Jalan Patingan, Kuching Sarawak pada 7 April 2011.
Anwar turut mengakui isterinya, Azizah melarangnya supaya tidak makan banyak untuk mengelakkan perut menjadi boroi kerana dibimbangi akan menyerupai pelaku dalam video seks tersebut.
Ketua Umum PKR itu berkata demikian ketika berceramah di Dewan Hamzah Klang baru-baru ini.
selanjutnya...
05.19.11 (9:16 pm) [
edit]
2
Comments
Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar Isnin ini.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud umum petang Sabtu Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan Isnin ini.
Berikutan pembubaran itu nanti pilihanraya negeri Sarawak perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.
Taib buat pengumuman itu dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Mahyuddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
BN Sarawak kini kuasai 63 dari semuanya 71 kerusi DUN Sarawak.DAP 6,PKR 1,Bebas 1.-19/3/2011
Najib-Taib Mahmud dah ada persefahaman bila peralihan kepimpinan Sarawak akan dibuat
BERITA SEBELUM ITU: Perhatian Sabtu bertumpu ke Sarawak bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serentak turun ke negeri itu.Ini lebih-lebih lagi ketika spekulasi mengenai kemungkinan Dewan Undangan Negeri itu dibubarkan dalam masa terdekat untuk pilihanraya negeri diadakan bulan depan hangat diperkatakan.
Juga semua orang nak tahu apa ceritanya 'satu pengumuman' yang Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud kata Jumaat beliau akan buat hari ini.
Perkembangan yang terbesar ialah ' kenyataan bersama' yang dibuat oleh Najib dan Taib mengenai kedudukan jawatan Ketua Menteri Sarawak.
Yang pasti ialah Taib yang sudah memegang jawatan itu sejak 30 tahun lampau akan tetap bertanding dalam pilihanraya negeri kali ini.
"Saya akan ketuai pilihan raya negeri bagi memastikan pemimpin baru dibimbing, yang boleh membentuk satu pasukan dan boleh bekerja untuk negara," katanya dalam ucapannya di majlis pelancaran Sejiwa Senda di Serian,60 kolimiter dari Kuching.
Ketua Menteri itu membuat pengakuan beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihanraya negeri kali ini.
"Kemungkinan saya bersara sudah semakin dekat,"katanya.
Perhatian Sabtu bertumpu ke Sarawak bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serentak turun ke negeri itu.Ini lebih-lebih lagi ketika spekulasi mengenai kemungkinan Dewan Undangan Negeri itu dibubarkan dalam masa terdekat untuk pilihanraya negeri diadakan bulan depan hangat diperkatakan. Juga semua orang nak tahu apa ceritanya 'satu pengumuman' yang Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud kata Jumaat beliau akan buat hari ini. Perkembangan yang terbesar ialah ' kenyataan bersama' yang dibuat oleh Najib dan Taib mengenai kedudukan jawatan Ketua Menteri Sarawak. Yang pasti ialah Taib yang sudah memegang jawatan itu sejak 30 tahun lampau akan tetap bertanding dalam pilihanraya negeri kali ini. "Saya akan ketuai pilihan raya negeri bagi memastikan pemimpin baru dibimbing, yang boleh membentuk satu pasukan dan boleh bekerja untuk negara," katanya dalam ucapannya di majlis pelancaran Sejiwa Senda di Serian,60 kolimiter dari Kuching. Ketua Menteri itu membuat pengakuan beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihanraya negeri kali ini. "Kemungkinan saya bersara sudah semakin dekat,"katanya.
Perhatian Sabtu bertumpu ke Sarawak bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serentak turun ke negeri itu.Ini lebih-lebih lagi ketika spekulasi mengenai kemungkinan Dewan Undangan Negeri itu dibubarkan dalam masa terdekat untuk pilihanraya negeri diadakan bulan depan hangat diperkatakan. Juga semua orang nak tahu apa ceritanya 'satu pengumuman' yang Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud kata Jumaat beliau akan buat hari ini. Perkembangan yang terbesar ialah ' kenyataan bersama' yang dibuat oleh Najib dan Taib mengenai kedudukan jawatan Ketua Menteri Sarawak. Yang pasti ialah Taib yang sudah memegang jawatan itu sejak 30 tahun lampau akan tetap bertanding dalam pilihanraya negeri kali ini. "Saya akan ketuai pilihan raya negeri bagi memastikan pemimpin baru dibimbing, yang boleh membentuk satu pasukan dan boleh bekerja untuk negara," katanya dalam ucapannya di majlis pelancaran Sejiwa Senda di Serian,60 kolimiter dari Kuching. Ketua Menteri itu membuat pengakuan beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihanraya negeri kali ini. "Kemungkinan saya bersara sudah semakin dekat,"katanya.
Ketua Menteri Sarawak yang berusia 74 tahubn itu berkata biarpun satu hari kelak beliau akan bersara daripada menyandang jawatan yang dipegangnya hampir 30 tahun itu, beliau mahu melihat kualiti hidup rakyat Sarawak terus meningkat di bawah kepimpinan baru negeri akan datang.
"Ini cita-cita saya. Satu hari nanti saya akan pergi juga. Saya sudah tua dan saya tidak mahu cita-cita saya mati bersama saya," katanya.
Taib berkata cita-cita itu turut didukung oleh pemimpin-pemimpin negeri Sarawak yang seangkatan dengan beliau yang mahukan pemimpin-pemimpin baru nanti meningkatkan perkhidmatan mereka demi untuk memenuhi aspirasi rakyat.
Selain Najib dan Muhyiddin majlis itu turut dihadiri beberapa menteri Kabinet persekutuan dan negeri, termasuk Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.-
Sementara itu Najib dalam ucapannya ketika menyentuh soal Taib meminta semua pihak serahkan soal peralihan kepimpinan negeri ditentukan oleh beliau dan Ketua Menteri itu.
"Kami tahu masa yang terbaik untuk buat perubahan di Sarawak.Saya dapat beri jaminan Pehin Seri (Taib Mahmud) sudah bersedia...bila tiba masanya beliau akan tinggalkan (lepas jawatan)...kami sudah ada persefahaman baik bila ia akan berlaku.
"Jadi janganlah kita bangkitkan perkara ini...yang penting satu peralihan yang baik InsyaAllah akan berlaku di Sarawak...kita tidak mahu keadaan ini hura hara,"kata Perdana Menteri.
Najib berkata perubahan kepimpinan negeri bukanlah suatu perkara yang boleh didesak memandangkan peralihan yang lancar merupakan perkara paling utama.
Menerusi peralihan kuasa yang lancar, beliau berkata kerajaan persekutuan akan dapat membantu Sarawak mencapai kejayaan yang lebih gemilang.-19/3/2011
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud umum petang Sabtu Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan Isnin ini.
Berikutan pembubaran itu nanti pilihanraya negeri Sarawak perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.
Taib buat pengumuman itu dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Mahyuddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
BN Sarawak kini kuasai 63 dari semuanya 71 kerusi DUN Sarawak.DAP 6,PKR 1,Bebas 1.-19/3/2011
------------------------- ------------------------- ------------------------- -----
Najib-Taib Mahmud dah ada persefahaman bila peralihan kepimpinan Sarawak akan dibuat
BERITA SEBELUM ITU: Perhatian Sabtu bertumpu ke Sarawak bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serentak turun ke negeri itu.Ini lebih-lebih lagi ketika spekulasi mengenai kemungkinan Dewan Undangan Negeri itu dibubarkan dalam masa terdekat untuk pilihanraya negeri diadakan bulan depan hangat diperkatakan.
Juga semua orang nak tahu apa ceritanya 'satu pengumuman' yang Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud kata Jumaat beliau akan buat hari ini.
Perkembangan yang terbesar ialah ' kenyataan bersama' yang dibuat oleh Najib dan Taib mengenai kedudukan jawatan Ketua Menteri Sarawak.
Yang pasti ialah Taib yang sudah memegang jawatan itu sejak 30 tahun lampau akan tetap bertanding dalam pilihanraya negeri kali ini.
"Saya akan ketuai pilihan raya negeri bagi memastikan pemimpin baru dibimbing, yang boleh membentuk satu pasukan dan boleh bekerja untuk negara," katanya dalam ucapannya di majlis pelancaran Sejiwa Senda di Serian,60 kolimiter dari Kuching.
Ketua Menteri itu membuat pengakuan beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihanraya negeri kali ini.
"Kemungkinan saya bersara sudah semakin dekat,"katanya.
Ketua Menteri Sarawak yang berusia 74 tahubn itu berkata biarpun satu hari kelak beliau akan bersara daripada menyandang jawatan yang dipegangnya hampir 30 tahun itu, beliau mahu melihat kualiti hidup rakyat Sarawak terus meningkat di bawah kepimpinan baru negeri akan datang.
"Ini cita-cita saya. Satu hari nanti saya akan pergi juga. Saya sudah tua dan saya tidak mahu cita-cita saya mati bersama saya," katanya.
Taib berkata cita-cita itu turut didukung oleh pemimpin-pemimpin negeri Sarawak yang seangkatan dengan beliau yang mahukan pemimpin-pemimpin baru nanti meningkatkan perkhidmatan mereka demi untuk memenuhi aspirasi rakyat.
Selain Najib dan Muhyiddin majlis itu turut dihadiri beberapa menteri Kabinet persekutuan dan negeri, termasuk Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.-
Sementara itu Najib dalam ucapannya ketika menyentuh soal Taib meminta semua pihak serahkan soal peralihan kepimpinan negeri ditentukan oleh beliau dan Ketua Menteri itu.
"Kami tahu masa yang terbaik untuk buat perubahan di Sarawak.Saya dapat beri jaminan Pehin Seri (Taib Mahmud) sudah bersedia...bila tiba masanya beliau akan tinggalkan (lepas jawatan)...kami sudah ada persefahaman baik bila ia akan berlaku.
"Jadi janganlah kita bangkitkan perkara ini...yang penting satu peralihan yang baik InsyaAllah akan berlaku di Sarawak...kita tidak mahu keadaan ini hura hara,"kata Perdana Menteri.
Najib berkata perubahan kepimpinan negeri bukanlah suatu perkara yang boleh didesak memandangkan peralihan yang lancar merupakan perkara paling utama.
Menerusi peralihan kuasa yang lancar, beliau berkata kerajaan persekutuan akan dapat membantu Sarawak mencapai kejayaan yang lebih gemilang.-19/3/2011
Agendadaily.
03.20.11 (7:08 pm) [
edit]
1
Comments
Pertembungan BN-Pas di DUN Tenang

LABIS 22 Jan. - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Tenang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN ) dan Pas.
Selepas tamat tempoh bantahan pada proses penamaan calon di Pejabat Majlis Daerah Labis di sini, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md. Asri Amir mengumumkan nama kedua-dua calon itu pada 11.20 pagi.
BN menamakan Mohd. Azahar Ibrahim, 39, yang sebelum ini merupakan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit manakala Pas mengumumkan bekas guru, Normala Sudirman, 38, sebagai calon parti itu.
Yang menariknya, kedua-dua calon merupakan anak tempatan yang memang dikenali di kalangan masyarakat di kawasan DUN Tenang.
Mohd. Azhar menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9 pagi, sejurus selepas pusat penamaan calon dibuka manakala Normala menghantar borangnya pada pukul 9.10 pagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 30 Januari ini sebagai tarikh pengundian.
Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.
Sulaiman menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008. - Utusan
01.22.11 (8:29 am) [
edit]
0
Comments
BN bakal menang di Galas dan Batu Sapi...

Oleh: HELME HANAFI
Bila hujan lebat di Hulu Kelantan, limpahan air akan mengalir ke Sungai Galas melalui Sungai Lebir sebelum bersatu ke Sungai Kelantan, yang arusnya selalu menyebabkan banjir besar di hilir Kelantan iaitu kawasan Rantau Panjang, Pasir Mas, Tumpat dan akhirnya Kota Bharu.
Kebetulan, Gua Musang ini adalah kawasan Hulu Kelantan. Sebab itu, walaupun hujan lebat di sini, dan berita banjir heboh di Kelantan, hingga ribuan orang dipindahkan, mereka di Gua Musang aman-aman sahaja.
Di Galas, cuacanya kerap kali mendung di awal pagi, panas terik di waktu tengah hari dan hujan bermula dari petang hingga ke malam. Namum tidak berlaku lagi banjir di sini.
Langit malam memang gelap kerana tiada bintang dan bulan langsung tidak kelihatan, hanya lambang bulan bendera PAS sahaja yang ada dan ‘bulan’ itupun selalunya basah kuyup dek kerana hujan.
STRATEGI KEMPEN BN MENGENA
Ramai yang berpendapat strategi kempen yang digerakkan Pengarah Pilihanraya BN Galas Tengku Razaliegh Hamzah memang memberi kesan maksimum di sini.
Berkempen secara sederhana, dari rumah ke rumah, dalam kelompok kecil-kecilan lebih berkesan dari ceramah umum dan program besar-besaran di kawasan terbuka pada musim tengkujuh ini.
Bekas ahli parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof mengaku bahwa pendekatan Ku Li di Galas memang boleh jadi ikutan dalam pilihanraya kecil akan datang.
Katanya, sebelum ini BN dan pembangkang sering serang menyerang menggunakan ceramah umum tapi di Galas, hanya pembangkang yang berceramah.
“BN pergi dari rumah ke rumah jawab apa yang PAS kata, sudahnya orang kampung tak keluar lagi dengar ceramah pembangkang sebab kita sudah terang isunya pada mereka,” kata beliau ketika ditemui Agendadaily.
Galas yang seluas Negeri Sembilan dengan taburan penduduk berkelompok, serta berbukit bukau memang menjadi cabaran kepada jentera parti politik untuk berkempen.
Terdapat 13 peti undi, dengan empat daripadanya adalah majoriti Orang Asli yang mempunyai 1,958 pengundi.
Strategi kempen Ku Li adalah jentera kempen di peti undi, Ketua Peti Undi yang dilantik diberikan kuasa untuk menentukan bentuk program yang sesuai untuk kawasan itu.
“Saya percaya sepenuhnya orang yang saya lantik, saya hanya pantau laporan harian dan mingguan sahaja, jika ada masalah dan Ketua Peti Undi tidak dapat selesaikan, baru kita akan bantu,” kata Ku Li ditanya mengenai pendekatan kempennya kepada media petang Rabu.
Memang masalah sentiasa ada, kata Ku Li, kerana pendekatan itu melibatkan ramai orang dengan berbagai kerenah.
“Sebab itu saya kata, jika ada masalah baru kita masuk campur, bantu dan cuba selesaikan,” jelas beliau.
Menurut pegawai khas ahli parlimen Gua Musang itu, Lukman Ghani, ada pasukan kedua yang dibentuk sebagai barisan simpanan yang beroperasi sepenuhnya dari pejabat UMNO bahagian.
“Jika kita dapati peti undi tidak bergerak, maka pasukan kedua itu akan ambil alih kerja-kerja kempen tersebut,” ujar beliau.
PAS SALAH CATUR
Galas yang mempunyai 11,553 pengundi dengan 7,069 pengundi Melayu, 2,262 pengundi Cina, 1,79 pengundi India, 1,958 pengundi Orang Asli dan 33 lain-lain kaum.
Pendekatan Ku Li yang menyusup perlahan-lahan di dalam masyarakat itu turut diakui keberkesanannya oleh Pengarah Pilihanraya PAS Dun Galas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.
Kata Halim, Ku Li menggunakan orang kepercayaannya, dan di bawah seorang itu ada 10 lagi yang berkerja untuk menyusup ke dalam masyarakat.
“Kita kenal orang-orang ini dan kita sedang pantau aktiviti mereka,” katanya dalam satu taklimat media beberapa hari lalu.
Jika itu pendekatan kempen BN, PAS di Galas pula bagaikan hilang sentuhan mereka untuk menawan hati penduduk di sini.
Sejak hari pengumuman calon lagi, ada macam-macam masalah kedengaran. Soal calon yang tidak dipersetujui oleh ahli sendiri, jentera tempatan yang tidak bergerak hinggakan kepada percaturan strategi yang salah.
PAS masih mengamalkan cara lama dalam berkempen, iaitu dengan menggunakan nama-nama besar tokoh politik pembangkang untuk berceramah di pihak mereka.
Semua tokoh utama Pakatan Rakyat turun berceramah di Galas, tapi keberkesanannya menjadi bahan bualan di kalangan wartawan.
Misalnya, ceramah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Kerinting di peringkat awal kempen yang hadirnya cuma 200 orang.
Jika ditolak orang luar, mungkin hanya 100 orang sahaja pengundi, sepanjang tempoh berkempen dari 26 Oktober hingga 3 November, tidak ada ceramah pembangkang yang mampu himpun lebih 2000 orang.
Kenapa orang tidak keluar? Jawapannya mudah, pertama kerana musim hujan jadi ceramah umum di tempat terbuka bukan strategi yang bijak.
Kedua, demografi penduduk yang tinggal berkelompok dan jarak jauh antara satu penempatan dengan satu penempatan.
Contohnya, dari Bandar Lama Gua Musang hendak ke Kampung Pulai memerlukan 30 minit berkereta melalui kawasan sunyi tanpa lampu jalan.
Jadi jika ceramah umum dibuat di kawasan bandar Gua Musang, hanya penyokong fanatik sahaja sanggup keluar rumah berkereta 30 minit untuk dengar ceramah itu.
Sebab itu, strategi PAS gagal di sini.
Tambahan pula, sehingga hari ke lima kempen, ketika media meredah hutan lima jam ke kawasan Orang Asli, kami diberitahu belum ada petugas PAS yang ke sana menemui mereka.
“PAS hanya tumpu undi Orang Asli di Pos Sandrop, Brooke/Lojing yang mudah di masuki kenderaan. Pos-Pos lain diabaikan PAS kerana memang mereka tiada penyokong di sana, selain bentuk muka bumi yang menyukarkan perhubungan,” kata Lukman.
KEMPEN PAS TIDAK MENYELURUH
Selain Orang Asli, PAS juga dilihat tidak berkempen dengan berkesan di Taman Tropica, kawasan penempatan masyarakat India paling ramai di DUN Galas.
PAS hanya menumpukan kempen di kawasan Melayu, Sungai Terah yang mempunyai 1,920 pengundi, Kampung Batu Papan yang mempunyai 1,749 pengundi dan Lepan Jaya 597 pengundi.
Di kawasan Cina, PAS dengan bantuan DAP dan PKR ‘kepung’ pengundi di Bandar Baru Gua Musang yang mempunyai 1,189 pengundi, Bandar Lama Gua Musang 1,574 pengundi dan Kampung Bharu 2,168 pengundi.
Mereka mengabaikan undi Orang Asli sebanyak 1,958 dan undi kaum India 179.
Sedangkan di pihak BN, Ku Li berkali-kali pesan kepada jentera, satu undi pun penting, dan undi semua kaum adalah sama.
“Jangan tumpu kepada satu-satu kaum sahaja, semua undi adalah penting untuk BN,” kata Ku Li.
Hingga kini, hari terakhir kempen, semua tanda-tanda yang menjadi pengukur kemenangan berpihak kepada BN.
Maklum balas yang dikumpul sepanjang tempoh berkempen menunjukkan BN mendahului PAS di Galas.
Ada yang kata, 52 peratus BN, 48 peratus PAS. Satu yang pasti, kajian lapangan penyelidik Ilham Centre yang pro PAS sendiri mendapati BN di depan dalam pilihanraya kecil ini.
Hujan lebat di malam akhir kempen, tambah melukakan PAS kerana bulan yang ditunggu-tunggu tidak muncul di sini.
Berdasarkan analisis terakhir selepas tempoh berkempen tamat. BN kata orang yang tahu, boleh menang antara 800 ke 1200 undi.
Benarkah ramalan itu, sama-samalah kita tunggu sekitar jam lapan malam ini.- 3/11/2010
11.04.10 (8:46 am) [
edit]
0
Comments
PM buka cerita mengenai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Oleh: ROSLAN BIAN
Ucapan dasar Datuk Seri Najib Tun Razak pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO memberi tumpuan mengingatkan tentang sejarah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak istimewa orang Melayu dan hal berkaitan dengannya yang kebelakangan ini cuba dipersoalkan oleh pembangkang dan kumpulan tertentu.
Perdana Menteri meminta mereka sedar polemik yang hangat mengenai isu berkenaan kebelakangan ini hanyalah perdebatan akademik sahaja kerana dari segi perundangan perkara berkenaan tidak boleh dipinda sekalipun mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen TANPA PERSETUJUAN Majlis Raja- Raja.
"Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis yang dianggotai sembilan orang Raja-Raja Melayu. Dalam ucapan bertajuk : Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran - di Dewan Merdeka PWTC ,Najib menegaskan dengan kata lain, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung.
Menurut beliau ini sebenarnya asas teras kepada kontrak yang telah dimuafakat bapa-bapa pengasas mewakili kaum masing-masing di ambang kemerdekaan.
"Ia kemudiannya telah dimaktubkan sebagai kontrak sosial nasional, tertinta dalam perkara dan fasal Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang tertinggi negara.
"Mahu tidak mahu, kita sewajibnya menghormati persepakatan mulia yang telah dilakukan kerana itulah kunci kepada kelangsungan dan survival kebangsaan," katanya.
Dalam ucapan yang dianggap memberi tumpuan kepada hal politik,Perdana Menteri meminta rakyat dan ahli UMNO berwaspada terhadap saudagar mimpi yang membuai dogengan, menjadi petualang memintal kepalsuan, menenun kebencian, memperdagang fitnah, mengadun madu dengan racun sehingga sanggup menggadai segala-galanya. Apa yang jadi masalah katanya, ketegangan akan timbul apabila sejarah dientengkan atau dilupakan akibat perjalanan masa atau juga apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mentafsir semua itu ikut agenda sempit kelompok masing-masing. Presiden UMNO itu berkata, kerana yang demikianlah, pemimpin oportunis yang menangguk di air keruh, sebenarnya musang berbulu ayam, bermain api permusuhan dan memanipulasi keadaan tidak layak digelar pemimpin.
"Bertolak dari situlah, bagi bangsa Melayu khususnya perasaan mereka amat terhiris kerana ikrar budiman yang dipateri di ambang merdeka kini diungkit kembali,".
"Sedangkan berpayung sumpah dan janji itulah kita sanggup buat pengorbanan terbesar bagi mencapai kemerdekaan yakni berkongsi pemilikan Tanah Melayu dengan kaum-kaum lain," katanya. Serentak dengan itu kata Perdana Menteri, penerimaan rakyat yang berasaskan prinsip jus soli atau hak tempat kelahiran berbanding prinsip jus sanguinis yakni hak darah dengan sekelip mata telah mentransformasi landskap sosiopolitik Tanah Melayu untuk selama-lamanya.
"Dek kerana itu, kita tidak boleh lagi hidup terpenjara kisah nan lalu tanpa melihat ke hadapan," katanya dalam ucapan sarat prosa dengan pelbagai pelambangan.
10.21.10 (8:01 am) [
edit]
2
Comments
Haji: Mengapa masuk syurgapun kena ada kuota, soal MP BN

October 19, 2010
KUALA LUMPUR, 19 Okt - Seorang Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) mendesak pengurusan Lembaga Tabung Haji mengubah sistem pemilihan bakal haji berasaskan kuota kerana ia menimbulkan banyak masalah, selain terlalu berorientasikan perniagaan.
Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang membangkitkan isu itu berkata, sistem kuota berkenaan telah menyebabkan ketidakadilan berlaku apabila ada pencarum mendakwa tidak diberi peluang sama rata untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu.
"Jadi orang Sabah kata, ini BN mahu masuk syurgapun ada kuota... dalam Islam kita tahu antara syaratnya (masuk syurga) ialah naik haji... jadi bila mereka tidak boleh naik haji kerana dikawal oleh kerajaan, siapa yang mahu tanggung dosa?
"Dalam televisyen kita nampak ramai rakyat diberi peluang untuk bersuara mengatakan mereka sudah empat, lima, enam kali naik haji...mereka ini tak pakai kuotakah?" katanya ketika membahaskan Bajet 2011 di Parlimen hari ini.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya Tabung Haji mengamalkan sistem tidak akan menawarkan peluang sama kepada individu yang telah mengerjakan haji di bawah Tabung Haji dalam tempoh lima tahun, bagi membolehkan kuota itu diberikan kepada mereka yang tidak pernah menerima tawaran tersebut.
Abdul Ghapur juga mempersoalkan bagaimana kuota 35,000 jemaah haji yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia ditentukan.
"Ke mana kuota 35,000 jemaah itu diberikan kerana apabila kita minta kuota, Tabung Haji kata sudah tidak ada kuota...tahun ini, seluruh Sabah hanya mendapat 1,000 kuota...sedangkan kalau bagi 2,000 kuota bagi 13 negeripun, baru 26,000," katanya.
Beliau turut bersetuju dengan pandangan Taib Azamudden Md Taib (PAS-Baling) yang mencelah bahawa Tabung Haji kini sudah "lari" daripada asas matlamatnya iaitu memberi kemudahan kepada jemaah haji menunaikan ibadah kepada perniagaan.
"Tabung Haji ini berfikiran untuk berniaga, ada pakej Zamrud dan macam-macam pakej kerana mahu berniaga. Ada juga pakej am di mana VVIP, kawan-kawan, anak saudara pergi naik haji... bayar RM10,000 semua kelas pertama... ini mana boleh.
"Sedangkan orang miskin hendak kumpul RM10,000 pun kais pagi, makan pagi... kenapa, Tabung Haji untuk orang kaya sahajakah? Rakyat menabung untuk naik haji, bukan mahu pakej yang mahal-mahal," kata Abdul Ghapur.
Sehubungan itu, beliau mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campur tangan supaya perkara seumpamanya dihentikan, selain memastikan setiap negeri diberi kuota yang sepatutnya agar Tabung Haji tidak dilihat sebagai berniaga dalam mendapatkan kuota haji.
Selain itu, Abdul Ghapur turut mempersoalkan mengenai peruntukan pembangunan untuk Sabah yang didakwa "tidak nampak di mana jatuhnya".
Katanya, secara dasar Sabah mempunyai kira-kira RM12.5 bilion peruntukan pembangunan yang terdiri daripada RM2.5 bilion menerusi Bajet 2011, RM6 bilion diumumkan Perdana Menteri ketika melawat Sandakan pada 16 September lepas, dan RM4 bilion lagi melalui peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan yang tidak dibelanjakan.
"Jadi, rakyat Sabah minta saya tanya dalam Dewan Rakyat, mereka mahu tahu sebab Sabah ini dianggap ''deposit tetap'' untuk BN...mereka mahu tahu ke mana kewangan ini disalurkan, sama ada kepada kerajaan negeri, atau masih dipegang oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri," katanya. - Bernama
10.19.10 (10:00 am) [
edit]
0
Comments
BATU SAPI, 2 PENJURU ATAU 3 PENJURU?

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Oktober tarikh penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah manakala 4 November hari pengundian, serentak dengan DUN Galas, di Kelantan.Pengumuman itu dibuat Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebentar tadi.Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah daripada Barisan Nasional (BN) pada Sabtu lalu kerana terbabit dalam kemalangan motosikal berkuasa tinggi. (BERNAMA)
SEKALIPUN Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) belum meniupkan semboyan untuk dua Pakatan politik bertembung di parlimen Batu Sapi yang baru kehilangan ahli parlimennya, mendiang Datuk Edmund Chong, parti-parti dan calon-calon yang akan bertanding telah menyiapkan diri untuk turun ke gelanggang dengan misi dan visi masing-masing.
Apa pun pertembungan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat atau mungkin juga akan muncul SAPP dan calon bebas pada pilihanraya kecil kali ini bakal mewujudkan suasana baru dalam landskap politik Sabah. Kalah atau menang PBS di Parlimen Batu Sapi bakal mencorakkan masa depan Barisan Nasional di Sabah dan juga Malaysia amnya. Selama ini, Sabah menjadi simpanan tetap Barisan Nasional untuk ampuh bertahan di puncak kuasa.
Kali ini, laluan yang dilalui oleh mendiang Datuk Edmund Chong yang menang percuma pada pilihanraya 2004 dan hanya berdepan dengan calon bebas setelah calon PKR gagal hadir dalam masa yang ditentukan pada pilihanraya ke 12 mac 2008 pastinya tidak akan berulang.
Menang percuma dan berdepan calon bebas menyebabkan Barisan Nasional sukar meramalkan peluang sebenar mereka. Sekalipun mendapat sokongan hampir 70% undi di kawasan Melayu tetapi kalah di kawasan Cina.
Cuma, apa akan jadi kepada Barisan Nasional yang pastinya akan menurunkan calon daripada PBS yang tidak muslim untuk berhadapan dengan calon Muslim daripada Pakatan Rakyat, di kawasan yang lebih 60% beragama Islam?
Pilihanraya kecil ini, mungkin juga disandarkan kepada siapa dan sejauhmana kebolehpercayaan pengundi kepada calon yang ditampilkan oleh parti politik. Kehadiran calon bebas yang ramai sepertimana yang berlaku dalam beberapa DUN di Sabah seperti pilihanraya sebelum ini sedikit merencatkan ‘mood' pengundi parlimen Batu Sapi untuk memilih calon yang terbaik bagi mewakili mereka.
Persoalan anak tempatan ataupun tidak, bagi saya tidak menjadi penentu kemenangan atau kekalahan sesebuah parti kerana menurut rekod, pengundi Batu Sapi boleh menerima orang luar untuk mewakili mereka.
10.16.10 (7:22 am) [
edit]
2
Comments
KENAPA KHAIRY MAHU MENCARI PENGGANTI?

Mungkin ada ramai yang akan bertepuk tangan apabila mendengar berita khairy tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dalam pemilihan akan datang.
Walaupun belum muktamad lagi, tetapi Khairy memang menimbangkan secara serius untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda, bukan kerana dia ingin meninggalkan politik, tetapi kerana ia percaya pada parti meremajakan dengan para pemimpin muda yang lain.
Hakikat sebenarnya Khairy adalah seorang pemimpin berjiwa besar! Jawatan bukan segala galanya, keutamaan parti lebih penting baginya.
Walaupun usianya masih muda, Khairy sebenarnya sudah lama berada didalam gelanggang Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.
Selama tiga penggal khairy berada dalam kepimpinan tertinggi Pemuda Umno. Bermula dari exco pemuda kemudian memegang jawatan Naib ketua Pemuda dan kini sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia.
Justeru itu, Khairy sedia memberi laluan kepada bakat baru! dan beliau akan berada dalam kapasiti yang tepat, baik bergantung pada apa yang ia mendapat sokongan dalam parti.
"Saya sudah memegang jawatan Exco Pemuda selama sepenggal, begitu juga sebagai Naib dan Ketua Pemuda. Kiranya dah tiga penggal saya berada dalam kepimpinan tertinggi Pemuda Umno. Dalam politik ini dah kira lama jugalah," katanya.
"Mungkin ada orang yang cakap dia( ada pihak) tak berapa suka saya jadi Ketua Pemuda UMNO. Mungkin dalam masa setahun dua ini saya boleh mencari muka baru. Tetapi saya tidak mahu tinggalkan Pemuda kepada orang yagn sama taraf dengan saya. Falsafah saya, kalau kita nak tinggalkan, biarlah kita tinggalkan kepada orang yang lebih baik dari kita.
"Sekarang saya dalam proses mencari dan memerhati. Itulah sebabnya saya memberi banyak ruang kepada Exco kerana saya mahu melihat sama ada mereka dapat memikul tanggungjawab itu atau tidak. Kalau saya sendiri nilai, agak sukar, tetapi sekiranya mereka menonjolkan diri, saya boleh mendapat maklum balas dari rakyat.
"Saya bajet dalam dua tahun ( untuk menilai) . Saya nak selesaikan beberapa perkara, antaranya meletakkan Pemuda di peringkat centrist (kelompok tengah), membantu konsep 1Malaysia diterima semua rakyat, menamatkan program Jelajah 1Malaysia dan menyusun barisan pengganti. Kalau saya dapat selesaikan keempat-empat misi ini, Alhamdulillah," katanya.
Selagi Khairy meletakkan sasaran hala tuju yang betul dan selagi beliau berpegang teguh pada prinsip prinsip perjuangan, tiada apa pun yang boleh menghalang kemaraannya.
Memang benar namanya sedikit tercalar berikutan fitnah dan tomahan yang berterusan. Tetapi semua itu tidak menjadi kudis yang berkekalan parutnya.
Sejarah politik di Malaysia dan di mana mana telah membuktikan bahawa yang menjadi korban fitnah atau permainan kotor politik sering kali bangkit untuk menjadi lebih besar dan lebih hebat!
Yang penting individu berkenaan mempunyai iltizam yang kuat untuk melakukan kebangkitan itu!!! Insyaallah...
09.04.10 (9:23 am) [
edit]
2
Comments
KAUM GURU PERKASAKAN PERJUANGAN PBRS

TERIMA....Kurup sedang menerima 60 borang keahlian PBRS daripada kalangan guru yang diserahkan oleh Azman Antaim.
PARTI Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) terus menerima respon positif daripada golongan belia dan kakitangan kerajaan yang dibenarkan berpolitik untuk memperkasa parti berkenaan.
Terbaru, sempena mesyuarat perwakilan tahunan bagi Bahagian N.37 Sook, parti itu menerima seramai 60 keahlian dari guru-guru sekitar daerah Kecil Sook yang diketuai oleh Azman Antaim.
Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup berkata, penyertaan kalangan guru-guru itu membuktikan perjuangan dan konsep Barisan Nasional (BN) melalui parti itu diterima oleh golongan pendidik.
Menurut Kurup, yang juga Ahli Parlimen Pensiangan, Daerah Kecil Sook telah berjaya diubah oleh parti PBRS, meskipun kawasan itu pernah ditiadakan namun dikembalikan semula atas usaha PBRS yang mahu melihat kawasan itu dimajukan oleh kerajaan.
Berucap semasa merasmikan penutupan serentak mesyuarat perwakilan tahunan PBRS N.37 Sook dan N.38 Nabawan, Kurup berkata, perubahan yang berlaku di kawasan itu adalah atas usaha kerja keras pemimpin BN.
"Kita sendiri melihat bagaimana Sook ini dahulu dan sekarang yang ternyata jauh berbeza," kata Kurup di hadapan Timbalan Presiden PBRS merangkap Adun Sook, Datuk Ellron A.Angin yang juga turut hadir memeriahkan majlis berkenaan.
Kata Kurup penerimaan rakyat terhadap PBRS di Sook akan lebih memperkukuhkan kedudukan BN di kawasan itu.
"PBRS juga mengutamakan pembangunan untuk rakyat dan inilah matlamat utama kita agar rakyat kita tidak ketinggalan," kata Kurup.
08.06.10 (7:56 am) [
edit]
0
Comments